"Ketika itu UMNO cuba beli wakil rakyat Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak dan kami pernah cadangkan gubal undang-undang itu.
"Sekarang ini ia telah timbul balik, kerana untuk menyelamatkan UMNO bukan untuk menyelamatkan demokrasi," katanya.
Beliau berkata sepatutnya yang lebih utama, kerajaan harus mengubal satu undang-undang khas bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih. Undang-undang untuk pilihanraya yang bersih penting untu menghidupkan demokrasi misalnya pendaftaran pemilih, rasuah dan ugutan.
“Lebih 520,000 pengundi di Terengganu, separuh dari rakyat yang berjumlah 1 juta, adalah tidak munasabah, peratus keluar mengundi 85% paling tinggi di Malaysia,
“Pilihanraya tidak bersih, gubal undang-undang untuk bersihkan pilihanraya,” kata beliau
Justeru itu, perbuatan lompat parti tidak boleh dihalang, malah menjadi amalan wakil rakyat BN sejak dahulu.
"Tidak boleh dihalang untuk lompat parti, apa yang perlu dihalang ialah rasuah. Rasuah itu perlu dihalang sama ada ugutan rasuah berbentuk moral atau rasuah bentuk kebendaan... (undang-undang) itu yang patut digubal.
"Apapun dia (wakil rakyat) berhak melompat parti jika merasakan parti asalnya sudah berubah haluan," katanya.