Pencuri: Ada yang pukul ada yang cari publisiti
Tarikh : Saturday, June 17 @ 17:31:11 MYT
Topik : Artikel




Dahulu kita pernah dengar seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah. Baru-baru ini ada seorang lelaki dipukul dan mati dihospital kerana disyaki mencabul wanita ditandas. Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mati kerana dibuli atas tuduhan mencuri laptop.

Itu hanya sebahagian kecil daripada apa yang berlaku dalam negara kita yang menunjukkan masyarakat membuat penilaian sendiri dalam membuat tuduhan dan menghukum persalah.Kegilaan apakah yang ­melanda sesetengah masyarakat di negara kita ini apabila membelasah persalah dengan begitu emosi sekali? Apabila kita mengambil tindakan sendiri sebenarnya kita menidakkan ke­adilan yang menjadi hak setiap ma­nusia.

Ada kesalahan yang memang jelas salah seperti mencuri, tetapi ada juga kesalahan yang masih kabur seperti mencabul yang memerlukan penyiasatan yang lebih profesional dengan mengambil kira pelbagai aspek kemungkinan yang berlaku.

Yang paling buruk hanya untuk ‘tumpang sekaki’ nak ajar persalah.

Apa berbaloi tindakan tersebut? Kes pelajar UPNM kerana kehilangan laptop mungkin berharga sekitar RM2500 tetapi natijahnya berhadapan hukum mati atau penjara sepanjang hayat. Itu tak masuk keluarga dan diri sendiri aib pada pandangan masyarakat.

Bila manusia membelakangi agama itu jadinya.



Bukan semua orang memukul dan membelasah persalah. Ada juga manusia yang membuat RAKAMAN KHAS pencuri dengan 'duration' yang sangat panjang bagi video klip kejadian semasa dengan tujuan untuk menunjukkan kekayaan yang ada. Ini mungkin tohmahan lebai, tetapi berdasarkan amatan pada video berkenaan yang memapar jelas senarai barang yang dicuri dengan nilai harga berserta tempat dimana barang itu dibeli. Maklumat yang berulang-ulang juga menjadi kita tanya tanya kenapa perlu ini semua.

Kalau benar dia mencuri, tunjukkalh sikit sebagai pengajaran, kemudian kalau nak maaf, maaf ajelah boleh tunjukkan kebaikan kita. Kalau tak nak bawa ke balai. Kan mudah. Apa yang perlu tunjukkan rakaman pencuri SEMBAH KITA? Hebat kita sampai pencuri boleh sembah kita?

Mahaguruprimen dalam lamannya ada menulis, Allah berfirman dengan maksud:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana (Surah Al- Maidah ayat 38)
Jelas mengikut hudud dari al Quran hukumnya adalah potong tangan. Tetapi apabila hudud tidak dapat dijalankan maka hukum ta’zir dijalankan dan ia wajib dipatuhi. Hukuman ta’zir merupakan hukuman yang telah ditetapkan oleh pemerintah melalui mahkamah. Maka haram kita mengenakan hukuman sendiri bahkan selalu kita berlebih-lebih dalam berhukum. Walaupun hanya menampar sekali wajah penjenayah itu jika ia bukan bahagian dari hukuman kepada jenayahnya maka sesungguhnya kamu telah berlaku zalim keatasnya. Apatahlagi jika sampai menyebabkan kecacatan kekal atau lebih melampau apabila menyebabkan kematian! Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah binasakan beberapa umat sebelum kamu, tatkala mereka berlaku zalim...”(maksud surah Yunus ayat 13)
“dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang yang zalim sebagai pemimpin bagi sebagian (orang-orang zalim) yang lain disebabkan apa yang mereka lakukan.” (Al An’am: 129)
Berkata Ibnu As'ad: "Ini hanyalah sunnatullah yang berulang. Bagaimana rakyat, begitulah pemimpinnya. Parti dan pemimpin boleh berubah, tapi selagi rakyat tidak berubah dengan meninggalkan kezaliman terhadap diri sendiri, adakah mungkin Allah akan mengurniakan pemimpin yang adil terhadap kita (rakyat)?"

Oleh itu bersamalah dengan parti yang ingin menegakkan hukum Allah s.w.t. di Malaysia ini. Bersabarlah dengan fitnah parti musuh dan parti kawan pembangkang yang telah menjadi sunahtullah setiap perjuangan akan mendapat tentangan daripada musuh dan kawan. Sabar dalam perjuangan adalah sebaik-baik pilihan.






Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : tranung2006@yahoo.com atau tranung2006@gmail.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/v12
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35478