PKR Jangan Gelojoh Berpolitik
Tarikh : Friday, May 19 @ 19:37:35 MYT
Topik : Analisis Isu




Sikap, gelagat politik gelojoh beberapa pemimpin PKR seperti YB Rafizi, SU PKR Saifudin Nasution dan beberapa lagi ekoran keputusan PAS memutuskan hubunngan tahaluf siyasi baru-baru ini, sepatutnya dibaca dan dilihat jauh dari lubuk hati dan basyirah mata yang halus dan tajam. Wajar dilihat dari lapis-lapis tebal politik negara yang sudah lama dalam kawalan umno/BN yang telah mencengkam benak, Jiwa rakyat negara ini terutama zaman Tun Mahathir.



Dalam pada itu, rakyat terutama umat Islam dan orang Melayu dan bumiputra sebagai rakyat majoriti negara. Umat Islam negara ini tanpa mengira bangsa apa, kaum apa atau suku apa, sebab umat Islam itu bersaudara dalam iman dan Islam. Inilah yang PAS hendak bawa dalam politik negara. Islam untuk semua. Islam adil untuk semua. Islam tidak Akan menzalimi mana-mana bangsa, kaum dan agama di negara ini.

PKR Kena Berpolitik Matang dan Jiwa Besar

Jika DS Anwar Ibrahim diluar penjara, tidak mungkin beliau akan bertindak politik kasar untuk meruntuhkan kerajaan Negeri Selangor yang dibina bersama PKR, PAS dan DAP sejak 2008 itu. Tenth beliau masih ingat jasa-jasa PAS sejak zaman Dato' Fadzil Nor, presiden PAS ketika beliau diaibkan oleh Tun Mahathir pada 1998 dulu.

PAS zaman Dato' Fadzil, TG Nik Aziz dan sekarang zaman TG  Hadi, juga sama saja, cuma mungkin pendekatan dan bawaan politik mereka terdapat perbezaan.

Kerana itu, politik dendam buta tuli, emosi dan amarah politik benci sebagaimana cuba digarap cantik oleh segelintir politikus gelojoh dalam PKR, juga DAP dan PAN serta Bersatu, seolah-olah mereka sahaja yang hendak selamatkan negara ini daripada angkara politik umno/BN.

PKR kena halusi dan lihat jauh-jauh lagi warna-warni politik negara, parti-parti politik di negara ini, lihat juga dalam-dalam rakan politik yang beriya-iya menyokong mati-matian, supaya PKR terus menyerang dan membenci satu lagi rakan politik sendiri. 

Rakyat Bimbang Bila Kerajaan Selangor Runtuh

Kemelut politik Selangor ekoran putus tahaluf siyasi PKR-PAS sehingga ada segelintir politikus PKR yang gelojoh supaya EXCO PAS letak jawatan. Bukan bab letak jawatan itu besar. Tetapi PKR kena lihat amanah,kepentingan rakyat, Negeri, umat Islam, orang Melayu dan kuasa politik umat Islam dan orang Melayu di Selangor itu yang lebih besar.

Jawatan EXCO, ADUN, MP itu paling lama pun 5 tahun sahaja. Tapi kuasa politik umat Islam, orang Melayu, bumiputra sebagai rakyat majoriti  Akan terhakis umpama pantai yang dilanda ombak besar.

Sejak 2008 ombak politik DAP yang dikuasai pengundi satu kaum yang bersama-sama bergayut dalam Kapal besar politik pembangkang bernama Pakatan Rakyat bersam PKR dan PAS telah memberi untung besar kepada DAP hingga menang banyak kerusi majoriti kaum Cina, sehingga DAP lupa diri, mau jadi Tuan besar politik pembangkang.

PKR wajar belajar politik kerjasama Tengku Razaleigh Hamzah, presiden Semangat 46 Padas PRU 1990 dulu. Kerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyat yang juga melibatkan parti-parti politik di Sabah, selain kerjasama dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah, akhirnya umno/BN tumbang di Kelantan.

Kematangan politik inilah dirindukan oleh majoriti rakyat negara ini, untuk menghalang umno/BN Dari terus mensengsarakan rakyat negara ini dengan segala macam petaka ekonomi, gst, harga minyak tiap minggu naik, turun, harga barang naik, inflasi dan banyak lagi.

Ketika rakyat Selangor menaruh harapan tinggi kepada Selangor, Kelantan terus dipertahankan dalam PRU 14 dan menguasai Putrajaya supaya negara dipimpin oleh para pemimpin yang benar-benar amanah, jujur, beriman dan bijaksana. 

DAP dan PAN Punca PAS PKR Putus Tahaluf Siyasi

Putus tahaluf siyasi bukan makna putus ukhuwah, putus kerjasama dalam tugas dan amanah melaksana tanggungjawab untuk rakyat, Negeri dan negara. Di sinilah menuntut ahli politik di negara ini berjiwa matang, hikmah dan berpandangan jauh. Jangan lihat untung rugi politik jangka pendek untuk ke Putrajaya, tetapi umat Islam dan orang Melayu serta anak peribumi/bumiputra negara ini hilang kekuatan, sedangkan kita rakyat majoriti di negara ini.

DAP bukan rakan politik yang setia. Kerana DAP hanya akan berkawan bila ia memberi untuk politik mereka. DAP hanya mahu berkawan dengan mereka yang boleh dicucuk hidung dan ikut rentak politik mereka.

SPR Jangan Berpolitik

Memilih pemimpin negara adalah Hak mutlak rakyat dan warganegara Malaysia. Warga asing adalah sama sekali tidak layak dan tidak wajar dibenar untuk menjadi pengundi bagi memilih wakil rakyat di negara ini.

Apa Akan jadi bila kita sebagai wakil rakyat, KETUA kampung, pengerusi JKKK, imam, pegawai, Kerani dan lain-lain dengan mudah-mudah menyokong,memproses,meluluskan dan sebagainya warga asing jadi warganegara walaupun tiada kewajaran, malah bertentangan Perlembagaan Negara dan undang-undang negara.

Belum cerita pasal angkara SPR, orang politik berjiwa hamba, pegawai hamba abdi yang menjual negara kepada warga asing kerana senang-senang mengiyakan proses memberi, melulus, menyokong permohonan warga asing menjadi warganegara semata-mata untuk mengundi umno/BN agar terus menang dalam pilihanraya.

Sedang tindakan itu amat membahayakan negara dan Negeri untuk jangka masa Akan datang. Inilah yang dibimbangkan oleh rakyat negara ini di Sabah, sebagaimana tuntutan rakyat melalui Suruhanjaya Di Raja atau RCI baru-baru.

Doa dan harapan majoriti rakyat yang telah sekian lama meyakini dan menaruh harapan kepada pemimpin PKR, PAS dan NGO'S yang berjiwa merdeka dan bermaruah sorta amanah.

Inilah celoteh dan keluhan penulis sebagai rakyat marhaen. 





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : tranung2006@yahoo.com atau tranung2006@gmail.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/v12
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35007