Untuk Kaki Fitnah: Najib buat UG dengan Hadi di IJN Hari ini
Tarikh : Thursday, May 18 @ 15:36:52 MYT
Topik : Berita




Sebelum ini ada kaki fitnah menyebar kononya sebelum Majlis Syura membuat keputusan putus tahaluf siyasi dengan PKR Abdul Hadi berjumpa Najib. Mangnya fitnah ini kantoi rupanya Abdul Hadi sakit dan hasrat Azmin nak jumpa Hadi pun tak tercapai.

Tapi bagi pengikut PAKATAN HARAPAN terutamanya ahli PAN yang dah makan dedak mereka percaya PAS ada UG dengan UMNO dan memang Hadi jumpa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana menteri yang meluangkan masa selama 15 minit turut bertemu dengan keluarga Hadi dan doktor yang merawat ahli Parlimen Marang itu.

“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, kini beliau sedang dalam proses pemulihan.

“Sama-sama kita doakan beliau segera sembuh dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” kata Najib di laman Twitter dan Facebook beliau.

IJN dalam kenyataan Isnin lepas berkata Hadi menjalani pembedahan penggantian injap jantung selepas didapati mengalami peningkatan simptom disebabkan injap jantung bocor yang menjejaskan aktiviti harian beliau.

Untuk kaki fitnah saya sediakan gambar yang ini satu-satu bukti UG UMNO-PAS. Gambar ini Hadi dan Najib berbaju sama ini saksi utama tak boleh dinafikan mana-mana hujah lain.

Pasal itu sampai sekarang pengikut PAKATAN HARAPAN masih dibodohkan oleh BN.





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : tranung2006@yahoo.com atau tranung2006@gmail.com
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/v12
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34997