"Tanya Balik Diri Sendiri, Siapa Amalkan Kronisme Sebenarnya" Bekas Pengasas PPBM Tanya Tun M
Tarikh : Friday, April 21 @ 11:19:27 MYT
Topik : Respon




KUALA LUMPUR: Bekas Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kamarulazman Habibur Rahman menyoal kembali Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Pengerusi parti berkenaan mendakwa perletakan jawatannya disebabkan kroni.

Ujarnya, sungguhpun tidak kecewa dengan dakwaan oleh orang nombor satu PPBM itu, Kamarulazman berkata, kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir adalah cubaan untuk menyembunyikan krisis dalaman parti yang semakin kronik.

"Saya tak kecewa (dengan kenyataan Dr Mahathir) pun, kerana saya tahu mereka akan buat kesimpulan begitu, saya berpendapat mereka tak berani menyatakan perkara yang sebenar.
 
"Dalam apa-apa perkara pun kita akan dapati ada perbezaan pendapat dan kita kena raikan perbezaan pendapat itu," ujarnya dipetik Antarapos.

Kamarulazman berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ringkas Dr Mahathir berhubung perletakan semua jawatannya dalam PPBM serta keahlian partinya.

“Kroni dia tak pilih dia kot,” kata Dr Mahathir ringkas selepas ceramah di Kampung Pandan Dalam sebelum berlalu tanpa memberi penjelasan lanjut.

Justeru itu, Kamarulazman menyoal kembali kepada Dr Mahathir dengan bertanya, "siapa yang mengamalkan kroni ini (sebenarnya)?".

Kamarul pada Selasa mengumumkan perletakan semua jawatannya dari PPBM ekoran Presidan dan Timbalan Presiden PPBM - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya melantik kroninya bagi jawatan dalaman parti.

Mengulas mengenai perletakan jawatannya kepada Antarapos, Kamarulazman menegaskan bahawa beliau sangat kecewa dengan pentadbiran pemimpin utama PPBM yang mengamalkan budaya berkenaan.

"Saya kecewa, sangat-sangat kecewa sebab mundurnya bangsa Melayu kerana amalan berpolitik yang sukar ditegur. Dan saya sudah jangka bila saya tegur dan buat keputusan ini, maka ada kata-kata sumbang seperti pemakan dedak.

"Kumpulan ini bila kita buat keputusan, mereka tak cuba menyelami mengapa keputusan ini dibuat, tetapi mereka membuat andaian-andaian sebegini. Mereka tak pernah menyelesaikan masalah, tetapi mengenepikan masalah," kata beliau lagi.

Tambahnya, ada dalam kalangan ahli parti cuba berbuat baik dengan pemimpin utama PPBM demi meraih kedudukan dalam parti sekaligus mengenepikan ahli-ahli dan pemimpin yang bekerja keras dan berkorban demi parti tetapi tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Jelasnya, ramai lagi pemimpin yang masih bersama PPBM mengakui parti berkenaan mengalami masalah kronisme kronik tetapi enggan bersuara.

Tanpa mendedahkan individu berkenaan, Kamarulazman menjelaskan bahawa akan ada lebih ramai lagi pemimpin PPBM bakal mengikut jejaknya meninggalkan parti teraju Dr Mahathir itu.





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=34635