Mesej jelas, Umno hanya lawan PAS, bukan bersengkongkol!
Tarikh : Friday, April 21 @ 06:35:47 MYT
Topik : Analisis Isu




Assalamualaikum,,,

Janji janji yang diberikan oleh MB Terengganu untuk menawarkan perumahan PPR kepada rakyat sekiranya mereka berjaya merampas semula kerusi Kuala Nerus dan Kuala Terengganu serta janji peruntukan RM30 juta hanya kepada DUN yang dimenangi BN saja menyerlahkan satu mesej jelas, Kepada siapa BN takut?



Sah dan jelas janji janji ini merupakan umpan kepada pengundi agar memberi undi kepada BN yang bimbang kerusi kerusi Parlimen dan DUN akan dikuasai oleh PAS bukan PAN atau PH! Jadi walaupun ada potensi pertandingan 3 penjuru BN masih bimbangkan PAS.Kerana itu mereka menggunakan umpan janji janji sebegini kerana pengundi Terengganu sudah terbiasa makan umpam BN dalam PRU yang lepas lepas.

Ini juga bermakna PAN atau PH tiada tempat di Terengganu, jadi tak usah menyibuk apatah lagi mahu mendakwa PAS akan memecahkan undi.BN yang boleh memanupulasikan kehadiran PAN atau PH dalam PRU pun turut tidak yakin boleh menang kalau undi pecah.Jadi bagaimana PAN atau PH boleh yakin PAS yang akan  memecahkan undi?

PAN atau PH tak ada masa depan di Terengganu kerana Terengganu masih kekal dengan tradisi pertembungan PAS Umno dan kelihatannya akan kekal begitu.Untuk 2/3 PRU lepas, survival PKR juga turut dibantu oleh PAS dan kini PKR yang bersama PAN, Bersatu dan DAP dalam PH perlu bergerak sendiri tanpa bantuan PAS kalau mereka ingin bertanding di Terengganu.

Mesejnya cukup jelas, PH harus tarik diri di Terengganu kalau tak mahu berdepan risiko rugi besar!

PH juga perlu mengubah presepsi mereka bahawa PAS maka dedak Umno kerana Umno tetap dan akan hanya bimbang dengan PAS bukan PH!





Diterbitkan oleh :
Ikatan Blogger Terengganu (IBT)
http://www.tranungkite.net/
Email : [email protected] atau [email protected]
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap IBT
(Ikatan Blogger Terengganu)
This article comes from TranungKite Online (TKO)
http://www.tranungkite.net/x3
The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=34629