Akaun Anda Hantar Artikel Forums Prosedur Iklan Hubung Kami Top Hits Keluar RSS TKO Versi 12 Facebook TKO Twitter TKO TranungKite Online Melihat Waktu Solat
     Create an account      
  TERKINI..   Muktamar ke-60: PAS ucap terima kasih kepada semua yang terlibat    Ucapan Penangguhan Muktamar DUPP 2014    Perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda: Wakil Kedah    Muktamar sembuhkan wabak cirit-birit mulut    SCAM ALERT: Helah Panggilan Telefon    Pentingnya bersemuka - Husam    Hanifa anggap ahli-ahli MSU tidak ada ilmu untuk tafsir undang-undang    PAS tetap istiqamah - Presiden PAS    Pemimpin sibuk berpolitik, pembelaan Kampung Chubadak dilupakan    Sultan Selangor 'Temuduga' Azmin, Iskandar, Ahmad Yunus Untuk MB  
Iklan Kiri

Produk Untuk Suami

Rawatan Dadah Secara Islam


Natural Energy Enchancer

Super Baja Super Hasil

Biofactor 9

Rahsia Suami Gagah Istrei Sayang

Produk Puas

Produk Keluarga Bahagia

DAPATKAN IKLAN BERPATUTAN DENGAN KAMI -- KLIK DI SINI
Menu Utama
 Asas Laman
    · Home
    · 10 Teratas
    · Akaun Anda
    · Album
    · Arkib Artikel
    · Beritahu Kawan
    · FAQ
    · Forum
    · iklan
    · Kajian
    · Kotak Sembang
    · Masej Peribadi
    · Muat Turun
    · Pencarian
    · PHPNuke Editor
    · PRK Sg. Limau
    · Statistik
    · Sudut Cetak
    · Sudut Video
    · Topik
    · Tragedi MH17
    · Waktu Solat

 Tambahan
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempahan Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Rangking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2009 Tranung Kite
Pembaca Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: reiscare
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 33357

People Online:
Visitors: 0
Members: 36
Total: 36

Online Now:
01 : alisha
02 : duit_syiling
03 : coklat_epal
04 : versatile
05 : sumbaq
06 : irwan_budiman
07 : katilempuk
08 : Deathcrane
09 : kmm
10: Sipolan
11: izharhalki
12: nipmat1
13: musrights
14: dr_house
15: nyortua
16: boloqaroq
17: megat_komeng
18: AyoTakManyok
19: Tibai
20: wansaufee
21: Pejuang_Islam
22: ahliperihatin
23: Mena0L
24: sober
25: voice
26: saudagar_
27: ducktape
28: majordomo
29: nisa1694
30: embunjantan
31: merong
32: mengkalan
33: kaywhy
34: keri
35: ramlisdar
36: Macho_Man
Statistik Pembaca
We received

295733761
page views since
1 September 2012

Jumlah Hits
· Hari Ini

107029

· Semalam

146870


Purata Hits
· Sejam

14,617

· Sehari

269,830

· Sebulan

8,214,827

· Setahun

98,577,920


Server Masa Server
· Masa

19:57:01

· Tarikh

20 Sep 2014

· Zon

+0800

Anonymous Online
TranungKite Online (TKO): Forum

www.tranungkite.net :: View topic - arena sukan V 10 2012
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

arena sukan V 10 2012
Goto page Previous  1, 2, 3 ... 115, 116, 117 ... 128, 129, 130  Next
 
Post new topic   Reply to topic    www.tranungkite.net Forum Index -> Arkib
View previous topic :: View next topic  
Author Message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:22 am    Post subject: Reply with quote


Atlet wushu ‘nanquan’ gusar tanpa jurulatih

Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

TIADA jurulatih mungkin bukan masalah besar buat skuad wushu buat masa ini namun persediaan rapi perlu bermula dari sekarang jika ingin bergelar jaguh di laman sendiri pada Kejohanan Dunia, tahun depan.

“Meskipun isu ini hanya membabitkan disiplin nanquan tapi kami hanya berlatih sendiri sejak ketiadaan jurulatih Mao Yiaqi yang pulang ke China selepas kontraknya tamat kira-kira dua bulan lalu.


“Kami diberi bayangan akan ada pengganti setaraf Yiaqi bulan depan tapi bimbang jika ia tidak disegerakan.

“Wushu perlukan persiapan awal apatah lagi kita bakal berdepan kejohanan utama yang berlangsung di laman sendiri. Pastinya skuad nanquan yang dibarisi lima atlet mempunyai misi tersendiri dan mahu bergelar juara di Kuala Lumpur,” kata jaguh wushu negara, Diana Bong.


Mengulas lanjut, Diana berkata, dia tidak bermaksud mencetuskan isu cuma ingin menyuarakan kebimbangan kerana jurulatih berwibawa amat penting untuk persediaan rapi menjelang kejohanan dunia kelak.


Bagaimanapun, isu ini tidak membabitkan disiplin lain dan juara dunia tiga kali, Chai Fong Ying menarik nafas lega jurulatihnya, Yoong Thong Foong kekal mengendalikan acara kegemarannya, taijijian dan taijiquan.
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:23 am    Post subject: Reply with quote

Basikal cemerlang di Olimpik, ACC
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Aksi Azizulhasni Awang (tengah) ketika beraksi dalam acara pecut pada Sukan Olimpik 2012 di London, Ogos lalu.

TAHUN 2012 disifatkan tempoh cemerlang buat sukan lumba basikal negara.

Paling membanggakan adalah kejayaan jaguh trek negara, Azizulhasni Awang yang melayakkan diri ke pusingan akhir acara keirin Sukan Olimpik London Ogos lalu.

Azizulhasni yang hadir di London dengan semangat bernyala, bukan sahaja cemerlang dalam acara keirin malah turun mencuri tumpuan dalam acara pecut walaupun ketika itu masih bergelut untuk mencapai puncak prestasi selepas kecederaan ngeri pada 2011.

Pelumba yang digelar The Pocketrocketman itu memberi persembahan jitu pada pusingan awal, pusingan kedua untuk mara ke akhir acara tersebut bersama beberapa pelumba ternama termasuk pemenang pingat emas acara tersebut, Chris Hoy dari Britain.

Bagaimanapun, Azizulhasni hanya berjaya menamatkan saingan akhir tersebut di tempat keenam dalam perlumbaan yang cukup sengit, termasuk perlu menandingi beberapa pelumba ternama Eropah yang lain seperti Maximilian Levy (Jerman) dan Teun Mulder (Belanda).

Dalam acara pecut pula Azizulhasni menduduki tempat kelapan keseluruhan.

Pujian harus diberikan kepadanya yang tidak diletakkan harapan dalam acara tersebut tetapi mampu melayakkan diri sehingga ke pusingan suku akhir sebelum tewas kepada pemenang pingat emas, Jason Kenny dari Britain.

Turut beraksi dalam temasya tersebut Fatehah Mustapa (trek wanita), Amir Mustafa Rusli dan Mohammed Adiq Husainie Othman namun kehadiran mereka lebih kepada pendedahan dan menimba pengalaman kerana kali pertama berjaya ke Olimpik.

Fatehah dan Adiq sebenarnya layak untuk beraksi pada peringkat Olimpik berikutan prestasi membanggakan mereka ketika di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012, selepas masing-masing berjaya meraih pingat untuk menamatkan penantian panjang sukan berbasikal.

Emas acara keirin berjaya diraih Fatehah pada kejohanan yang berlangsung di Velodrom Cheras Februari lalu, pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu meraih perak dalam acara pecut dan gangsa bagi 500 meter ujian masa.

Adiq pula meraih pingat perak dalam acara lebuh raya bagi kategori bawah 23 tahun, turut cemerlang dalam kejohanan tersebut ialah pelumba veteran, Josiah Ng yang berjaya meraih emas keirin dan Edrus Yunus pula meraih pingat yang sama dalam acara satu kilometer ujian masa.

Azizulhasni, yang baru sahaja menjalani latihan setelah sembuh dari kecederaan betis akibat tertusuk serpihan trek pada Februari 2011 meraih dua pingat perak dalam acara keirin dan pecut, manakala Mohd. Harrif Salleh pula meraih gangsa acara scratch.

Kejohanan tersebut turut mencungkil beberapa bakat baru dalam acara berbasikal trek seperti Ummi Hamimah Mohamad, Lauretta Eva Adrian, Malek Marcus McCrone, Noor Azian Maslin Sazali, Muhammad Firdaus Suardi dan Muhammad Fauzan Nor Azman.

Sebaik berakhir ACC, acara berbasikal diteruskan dengan perlumbaan lebuh raya paling gah di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012. Dalam kejohanan tersebut, pelumba tempatan tidak terlepas dari memberikan aksi terbaik walaupun terpaksa bersaing dengan pelumba hebat antarabangsa.

Harrif yang mewakili Terenggau Cycling Team (TSG) berjaya menaiki podium sebanyak dua kali iaitu di tempat kedua pada perlumbaan peringkat kelapan, manakala pada peringkat keempat dia menduduki tempat ketiga.

Pelumba yang berasal dari Kuala Terengganu itu berusaha keras untuk menandingi kehebatan pelumba Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini, yang akhirnya muncul Raja Pecut selepas enam kali menjadi juara peringkat.

Turut mencuri tumpuan dalam perlumbaan tersebut ialah dua pelumba tempatan yang bersama pasukan pro-benua, Champion System, Anuar Manan dan Adiq, Anuar berjaya menaiki podium pada peringkat ketiga selepas menduduki tempat ketiga manakala Adiq meraih tempat keempat di peringkat kelima.

http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121227/su_05/Basikal-cemerlang-di-Olimpik-ACC
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:24 am    Post subject: Reply with quote

Mulakan aksi 6 Januari
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Pemain kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bakal berangkat ke Portugal hari ini dan jika kontraknya tiada sebarang masalah, dia dijangka memulakan aksi bersama kelab Divisyen Tiga, Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) pada 6 Januari ini.

Menurut pengurus peribadi, Faisal Zakariah, Fakri akan menandatangani kontrak enam bulan sebaik tiba di Evora, Portugal bagi mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) secepat mungkin.

"Dia akan berangkat dari tanah air esok (hari ini) dan singgah ke England sebelum terbang ke Portugal beberapa hari kemudian.

"Berdasarkan maklumat yang saya terima, Atletico S.C mempunyai perlawanan pada 6 Januari, aksi pertama pada bulan Januari dan Fakri berpeluang cerah untuk diturunkan sekiranya ITC dapat diperolehi dengan segera, " katanya ketika dihubungi di London, semalam.

Fakri, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjadi pemain kedua selepas Nazmi Faiz Mansor yang kini bersama pasukan Bawah 19 Beira-Mar bakal bermain di bumi Portugal selepas menerima tawaran enam bulan daripada Atletico S.C.

Mempunyai kebolehan bermain di banyak posisi seperti bahagian penyerang, sayap kanan dan tengah, bekas pemain Felda United, Negeri Sembilan dan Perlis itu merupakan antara pemain yang sering menjadi pilihan ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Fakri pernah mendapat tawaran tersebut melalui ejennya, Marco Guimares pada Ogos lalu tetapi terpaksa menolaknya kerana terlibat dengan komitmen Piala Malaysia di samping mahu memberi fokus kepada persiapan Piala Suzuki AFF.

Di samping itu difahamkan Fakri juga mendapat tawaran daripada Divisiyen Satu tetapi melihat peluang beraksi dengan Atletico S.C yang dibimbing Paulo Simao lebih cerah kerana beraksi di Divisyen Tiga.
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:25 am    Post subject: Reply with quote

Skuad B-15 Malaysia berdepan ujian sulung

S. Balanchandran mengendalikan latihan skuad Bawah 15 Malaysia baru-baru ini sebagai persediaan untuk Piala Antarabangsa Frenz yang akan bermula esok.

KUALA LUMPUR - Skuad Malaysia Bawah 15 Tahun yang dihimpun dalam masa singkat, akan berdepan ujian getir apabila beraksi dalam saingan bola sepak Piala Antarabangsa Frenz yang akan bermula esok.

Ketika enam pasukan luar mula tiba untuk menyahut cabaran sepanjang 10 hari kejohanan itu, skuad B-15 Malaysia berpeluang menguji ketahanan pemain dalam aksi pertama sebagai sebuah pasukan sejak dikumpul bawah kendalian. S. Balanchandran November lalu.

Skuad 20 pemain untuk menghadapi kejohanan ini, menjadi antara kumpulan pertama akan memasuki akademi serba lengkap dan terkini di Gambang, Kuantan dan mereka ini adalah benih yang disemai untuk membentuk skuad kelayakan Kejohanan Belia Asia AFC Bawah 16 pada 2013.

"Kejohanan ini tiba tepat pada waktunya untuk saya melihat potensi pasukan ini. Namun demikian, saya tidak menaruh sebarang harapan kerana saya memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyiapkan sebuah pasukan yang jitu," kata Balachandran.

Bekas pemain tengah kebangsaan, Balachandran akan dibantu Maamal Hajiri Abdul Wahab dan Zainuddin Yusof. Zulkifli Samsuddin merupakan pengurus pasukan.

Pasukan B-15 diundi dalam Kumpulan A bersama Frenz United Malaysia, Pilihan Incheon dan Slavia Praha dari Republik Czech. Manakala Kumpulan B terdiri daripada Frenz United Indonesia, Chonburi FC, Bawah-15 Slovakia dan Persepolis dari Iran.

Sementara itu Pilihan Incheon muncul pasukan pertama tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang diikuti Persepolis, semalam.

Perlawanan berlangsung di Stadium Petaling Jaya, Stadium Shah Alam dan Stadium Inspen, Bangi.

Astro Arena 801 menjadi penyiar rasmi dengan 10 aksi siaran langsung, enam siaran tertunda dan empat program khas.

Semua perlawanan juga disiar secara langsung menerusi laman web kejohanan www.frenzinternationalcup.com dan media rasmi atas talian www.radiotvsports.com.

Kejohanan menawarkan AS$100,000 (RM306,000) dengan AS$50,000 (RM153,000) untuk juara, AS$25,000 (RM76,000) (naib juara), AS$15,000 (RM46,000) (ketiga) dan AS$10,000 (RM36,000) (keempat). Kejohanan juga mencari Pemain Paling Bernilai dengan ganjaran AS$3,000 (RM9,195)

http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121227/su_03/Skuad-B-15-Malaysia-berdepan-ujian-sulung
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:26 am    Post subject: Reply with quote


Asraruddin calon ketua pasukan Selangor

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

SHAH ALAM - Dua musim tanpa sebarang piala sudah cukup membuatkan para peminat setia Selangor berasa kecewa memandangkan Red Giants masih dilihat kuasa utama bola sepak dalam persaingan Liga Malaysia selain daripada Kelantan.

Ditambah kehilangan ketua pasukan, Safiq Rahim yang mengambil keputusan berhijrah ke Johor Darul Takzim FC, ramai bimbang kekuatan Selangor semakin berkurangan.

Namun, Asraruddin Putra Omar, yang kini dilihat antara calon pilihan memakai lilitan ketua pasukan pada musim 2013 melaungkan keazaman untuk menamatkan kemarau kejuaraan Selangor selepas sekadar menduduki tempat ketiga dalam persaingan Liga Super dan separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.

Malahan dia memberikan amaran kepada pencabar-pencabar lain bahawa Selangor akan lebih perkasa berbanding musim lalu, ditambah kehadiran beberapa pemain berkualiti ke dalam pasukan.

"Jika pengurusan memberi penghormatan kepada saya untuk menjadi ketua pasukan, impian utama saya sudah pasti mahu menamatkan kemarau kejuaraan Selangor kerana telah dua musim kami tidak memenangi apa-apa.

"Saya harap ia mampu dicapai kerana dengan pemain baru yang dibawa masuk oleh pihak pengurusan, saya rasa cukup yakin Selangor mampu mencapai sesuatu pada musim ini dan kami nampak kuat berbanding musim lalu.

"Kombinasi semua pemain nampak mantap terutama di bahagian pertahanan dengan kehadiran pemain seperti Mohd. Raimi Mohd. Nor dan Mohd. Fairuz Abdul Aziz di bahagian bek kiri serta Mahalli Jasuli di bahagian kanan manakala saya cukup selesa bermain di bek tengah bersama Ramez Dayoub, " katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antara Selangor dan Sabah di Stadium Shah Alam, semalam.

Peranan selaku ketua pasukan bukanlah satu tugasan asing kepada Asraruddin kerana dia pernah memikul tugas yang sama sewaktu Piala Juara-Juara Remaja Dunia (CYC) 2007.

Dalam perlawanan itu, Selangor tidak berdepan banyak masalah menewaskan Sabah 3-0 dengan Abdul Shukor Jusoh menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sementara Bunyamin Umar menambah satu lagi gol melalui sepakan penalti di babak kedua.

Biarpun lebih dikenali bermain bek kiri dalam pasukan Harimau Malaya, Asraruddin mengakui dia sebenarnya lebih selesa beraksi di bahagian tengah.

"Mana-mana posisi tidak menjadi masalah tetapi saya lebih gembar bermain di posisi tengah berbanding di sebelah kiri.

"Jika saya bermain dengan Ramez sepanjang musim ini di posisi tengah, ia bukan satu masalah dan memang itu yang saya harapkan, " katanya.

Berehat panjang pada penghujung musim lalu sehingga tidak dapat membantu Red Giants pada persaingan Piala Malaysia kerana mendapat kecederaan lutut, Asraruddin mengakui yang dia semakin hampir meraih kecergasan sepenuhnya.

"Perlawanan ini (berdepan Sabah) adalah aksi pertama saya selama 90 minit setelah pulih daripada kecederaan dan saya rasa gembira dengan perkembangan ini

"Sebelum ini, saya hanya bermain selama 15 minit sewaktu perlawanan terakhir di Piala Gabenor Acheh menentang DPMM Brunei (penentuan tempat ketiga), " katanya.
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:27 am    Post subject: Reply with quote

Wenger hanya akan beli pemain 'luar biasa'

LONDON - Bos Arsenal, Arsene Wenger memberi kiasan bahawa dia hanya akan membeli pemain baru bulan depan jika menemui pemain yang 'luar biasa' selepas pasukannya melakar kemenangan ketiga berturut-turut yang menjulang kembali Gunners ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Wenger membuka ruang kepada penyokong untuk membidasnya selepas memberi isyarat bahawa dia tidak akan berbelanja besar bulan depan.

Sebaliknya Wenger berkata, dia hanya akan menyertai pembelian besar untuk pemain yang luar biasa, kenyataan yang mengecewakan harapan penyokong.

Walaupun Wenger mempunyai peruntukkan besar untuk dibelanjakan, dia mungkin menunggu sehingga musim panas depan setelah pasukannya mencatat tiga kemenangan berturut-turut dan naik ke kelompok empat teratas.

Katanya: "Kami hanya akan membuat pembelian jika kami menemui pemain yang benar-benar memberikan kekuatan kepada kami kerana kami sudah pun mempunyai skuad yang bagus.

"Namun jika kami menemui pemain yang luar biasa, kami akan membelinya.

"Kami masih kurang pada bahagian serangan (ketika menang 1-0 ke atas Wigan hujung minggu lalu), namun kami menang kerana semangat kami untuk menang."

Wenger dijangka menandatangani semula ikon Gunners, Thierry Henry menerusi pinjaman jangka pendek dari New York Red Bulls, namun ia tidak cukup untuk melegakan penyokong.

Arsenal mahu memantapkan posisi serangan dan tengah namun Wenger tidak mempunyai sasaran besar pada tempoh perpindahan pemain Januari ini.

Sasaran No.1 Arsenal, iaitu pemain Schalke yang juga penyerang Belanda, Klaas-Jan Huntelaar telah menandatangani kontrak baru dalam Bundesliga.

Namun pemain Atletico Madrid, Adrian Lopez, David Villa dari Barcelona dan pemain Newcastle, Demba Ba kesemuanya dalam radar Wenger.

Mereka juga berdepan saingan daripada Manchester United dan Spurs untuk khidmat Wilfried Zaha, dengan pemain muda Crystal Palace itu mungkin memilih di antara United dan Gunners.

Arsenal dilihat bakal mengeluarkan Andrey Arshavin dan Marouane Chamakh pada bulan depan ketika Wenger mahu memantapkan skuadnya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:27 am    Post subject: Reply with quote

Rafa mahukan David Villa

LONDON - Rafa Benitez membuat perancangan besar menjelang sambutan tahun baharu untuk menyambar penyerang Barcelona, David Villa.

Bos sementara Chelsea itu dikhabarkan bakal mengemukakan tawaran sebanyak 12 juta pound (RM59.3 juta) untuk pemenang Piala Dunia itu bulan depan.

Benitez berkata: "Kami bekerja keras untuk mendapatkan pemain yang sesuai pada Januari ini."

Perancangan Blues itu bakal mewujudkan persaingan dengan Manchester City, Liverpool dan Arsenal sebaik tempoh perpindahan pemain dibuka.

Benitez percaya peluang untuk Villa beraksi dengan rakan senegaranya, Fernando Torres bakal memberi kelebihan kepada Chelsea.

Bintang Sepanyol, Villa sebelum ini pernah berkata: "Fernando dan saya merupakan satu gandingan yang serasi baik di atas padang atau pun di luar padang. Kami melengkapi antara satu sama lain dan serasi bersama."

Villa, 31, kini tidak gembira kerana dia kerap kali diletakkan di bangku simpanan pada musim ini, setelah lapan bulan dia diketepikan kerana mengalami kecederaan patah kaki.

Pemergian Daniel Sturridge ke Liverpool pada perpindahan Januari ini telah menjadikan pilihan pada bahagian serangan Chelsea agak terhad dan mendapatkan tandatangan pemain itu merupakan keutamaan kelab tersebut.

Benitez turut bersedia mendapatkan pemain itu secara pinjaman, tetapi pengarah bola sepak Barca, Andoni Zubizaretta berkata: "Amat penting untuk menjadi satu peringatan bahawa Barcelona merupakan kelab yang tidak akan menerima sebarang tawaran untuk pemain bintang pada Januari depan." - AGENSI
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:28 am    Post subject: Reply with quote

Karier Lampard di Chelsea berakhir


LONDON - Frank Lampard telah dimaklumkan oleh kelab kesayangannya, Chelsea supaya mencari pasukan lain.

Berita mengejut itu diterima oleh Lampard, yang juga ketua pasukan selepas dia meledakkan gol dari jarak 22 meter ketika Chelsea membelasah Aston Villa 8-0 Ahad lalu dan mendapat tepukan penghormatan daripada penyokong di Stamford Bridge.

Akhbar The Sun Britain mendedahkan bahawa pemain berusia 34 tahun itu dimaklumkan bahawa kariernya bersama Blues telah berakhir dan dia boleh mencari pasukan baru pada 1 Januari ini.

Sumber dalaman di Stamford Bridge mengesahkan mengenai perkara itu dan berkata: "Frank benar-benar kelihatan tidak keruan. Dia mahu terus bermain untuk Chelsea tetapi mereka memberitahunya agar mencari kelab lain pada perpindahan Januari ini.

"Memang sukar untuk dia percaya. Apa yang dia mahu lakukan ialah bermain untuk Chelsea. Kelab ini memberi makna yang cukup mendalam kepadanya."

Ini bermakna kesetiaan Lampard tidak membawa sebarang, erti kepada Blues, jelas tidak berhati perut apabila sanggup mengetepikan Lampard yang berbelas tahun bersama kelab itu.

Sepanjang bintang tengah itu bersama Chelsea, dia telah membantu Blues memenangi Liga Juara-Juara, tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, merangkul empat Piala FA dan dua Piala Liga.

Kontrak Lampard bakal berakhir pada musim panas ini dan dia berharap prestasi baiknya di atas padang mampu mengubah keputusan kelab bahawa dirinya masih bernilai.

Pemain antarabangsa England itu mendapat berita sedih itu sebelum pasukannya membelasah Villa bahawa dia boleh meninggalkan kelab.

Sumber tersebut menambah: "Frank setia bersama kelab terutama kepada para penyokong dan dia amat gembira jika dapat menamatkan kariernya di Stamford Bridge.

"Selepas segala-galanya dicurahkan kepada Chelsea, sukar untuk dia percaya kelab sanggup membuangnya begitu sahaja.

"Sesiapa sahaja yang menyaksikan persembahannya menentang Aston Villa, pasti sedar bahawa dia sememangnya layak untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.

"Apabila memikirkan kembali bahawa dia sudah pun mengetahui bahawa kelab tidak mahukan khidmatnya lagi dan mempamerkan aksi seperti yang anda lihat, memang sukar untuk dipercayai bahawa Frank merupakan seorang pemain yang sangat profesional." - AGENSI

http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20121227/sl_01/Karier-Lampard-di-Chelsea-berakhir
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:29 am    Post subject: Reply with quote

Perpindahan tidak berbaloi

LAMPARD (kiri) dijangka akan mengikut jejak langkah Anelka (kanan) dan Drogba (tengah) ke Shanghai Shenhua di China.

SHANGHAI, China - Sekiranya Frank Lampard mahu berkelana ke China, dia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman 'pahit manis' dua bekas rakan sepasukan di Chelsea, Nicolas Anelka dan Didier Drogba.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pemain tengah England itu.

Tidak hanya gaya kehidupan di luar padang tetapi perbezaan budaya yang begitu ketara menyebabkan ramai bintang bola sepak asing, terutamanya dari Eropah yang bermain pada saingan Liga Perdana China, kecundang separuh jalan.

Mereka terpaksa mencari jalan keluar dan ada yang hanya baru tiba beberapa bulan sahaja terpaksa meninggalkan China kerana tidak mampu menyesuaikan diri.

Bekas penyerang Perancis, Anelka menjadi antara pelopor pemain bertaraf bintang yang berhijrah ke China dan dia telah ditawarkan gaji £175,000 (RM865,198) seminggu oleh kelab Shanghai Shenhua kira-kira 10 bulan lalu.

Pada musim panas lalu, penyerang 'kembarnya' di Chelsea, Drogba turut menyertainya di Shanghai dengan bayaran gaji £200,000 (RM988,849) seminggu.

Anelka, 33, tekad untuk meninggalkan Shanghai dan dia telah menyuarakan perkara itu kepada pihak pengurusan kelab serta satu sumber juga memberitahu, Drogba bakal mengikut jejak langkah sahabat baiknya itu.

Oriental Sports Daily melaporkan bahawa Drogba masih belum menerima gaji pada bulan Disember kerana krisis pihak lembaga pengarah dan Shenhua juga dikatakan dalam proses bagi membatalkan kontrak Anelka.

Dalam pada itu, aksi Drogba di atas padang tetap tidak mengecewakan apabila dia menjaringkan lapan gol daripada 11 penampilan musim ini dan membantu Shanghai berada di kedudukan kesembilan liga daripada 16 pasukan.

Bagaimanapun, aksi Anelka sedikit menghampakan apabila sekadar meledak tiga gol sepanjang musim ini.

Apa yang pasti, kedatangan Anelka ke China seperti tidak dirasai dan dia juga dilihat gagal menambat hati peminat-peminat di sana sejak tiba pada Februari.

Namun, Anelka menegaskan, dia berpindah ke China bukan kerana wang dan perkara-perkara yang menjadi persoalan itu akan terlerai tidak lama lagi.

Ketua jurulatih Shenhua, Jean Tigana yang juga merupakan bekas pengurus Fulham telah dipecat selepas mengendalikan pasukan itu untuk lima perlawanan kerana pemberontakan pemain-pemain.

Anelka yang terkenal dengan sikap pendiam serta tidak mesra media mungkin terkejut dengan keputusan memecat Tigana sebagai ketua jurulatih Shenhua.

Beberapa minggu selepas Anelka membuat pengumuman mengugut untuk meninggalkan Shenhua, para pemilik kelab itu seperti mahu memujuk Anelka dan berjanji akan membawa bekas pengurus Argentina, Sergio Batista ke kelab tersebut.

Sementara itu, terdapat satu lagi kes pelik membabitkan pemain dari Argentina, Dario Conca.

Conca dipilih sebagai pemain terbaik Liga Brazil selama dua tahun berturut-turut ketika beraksi untuk Fluminense apabila dia kemudian membuat keputusan menyertai juara China, Guangzhou Ever- grande.

Penyerang tengah itu menyertai Guangzhou pada musim panas 2011 dengan rekod perpindahan China sebanyak AS$10 juta (RM30 juta) dengan kontrak selama tiga tahun dengan gaji AS$1.3 juta (RM3.98 juta) sebulan.

Sekarang, dia juga dilihat sedang berusaha mencari jalan untuk keluar daripada kelab itu.

Pada bulan lalu, dia meninggalkan satu nota yang tertulis perkataan bahawa dia telah pergi dan tidak akan kembali.

Conca memberitahu bahawa dia tidak gembira berada di kelab itu dan banyak perkara pelik yang sentiasa berlaku, namun dia enggan menyata- kan sebab-sebab tersebut.

Untuk rekod, antara kes yang sama pernah dihadapi pemain-pemain Eropah yang berkelana ke negara lain terutama di Asia adalah bekas bintang England, Spurs dan Lazio, Paul Gascoigne yang menyertai Gansu Tianma pada 2003 tetapi hanya bermain empat perlawanan sebelum bertindak meninggalkan kelab itu atas alasan tidak dibayar gaji.

Lampard, 34, ketika ini masih belum menerima tawaran kontrak baharu bersama Chelsea dan dia dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke China pada musim depan dan mungkin dia ingin bersama bekas penjaga gol Spurs, Ian Walker yang kini melatih Shanghai Shenhua.

Walker secara terbuka mengkritik kesukaran untuk memulakan kehidupan baharu di China dengan perbezaan cara hidup, budaya dan makanan.

"Perkara paling merumitkan adalah makanan. Saya masih belum dihidangkan dengan menu anjing lagi. Mereka berkata tidak akan berbuat demikian, namun saya beberapa kali dihidangkan dengan burger yang sangat meragukan.

"Saya menghabiskan masa duduk di rumah. Saya bertuah kerana dapat duduk di rumah sambil menonton televisyen walaupun hanya terdapat satu saluran sukan," kata Walker. - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:30 am    Post subject: Reply with quote

Raihan tekad buat penampilan semula

RAIHAN bertekad untuk membuat penampilan semula pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember tahun depan.

BEKAS atlet angkat berat wanita kebangsaan, Raihan Yusoff bertekad untuk membuat penampilan semula pada Sukan SEA 2013 di Myanmar selepas tempoh penggantungan terhadapnya tamat November tahun depan.

Raihan menaruh harapan yang tinggi untuk mewakili negara pada temasya dwitahunan itu setelah sekian lama tidak menyertai pertandingan.

"Saya meletakkan sasaran untuk menyertai Sukan SEA buat kali ketiga di Myanmar selepas tempoh penggantungan saya tamat.

"Namun, saya menyerahkan kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berhubung nasib saya ini," katanya semalam.

Pemenang pingat gangsa acara 53 kilogram (kg) pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India itu dikenakan penggantungan dua tahun dan didenda AS$5,000 (RM15,100) oleh Persekutuan Angkat Berat Dunia (IWF) setelah gagal dalam ujian antidoping ketika menyertai Kejohanan Dunia Kelayakan Olimpik di Paris pada November 2011.

Raihan yang kini bertugas di Kem Tentera Darat Batu 5, Mentakab, Pahang berkata, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, dia tidak menjalani latihan intensif kerana kesibukan tugas sebagai anggota tentera.

"Memang ada kelengkapan bersenam di gimnasium di sini (Mentakab) namun tiada peralatan angkat berat disediakan. Kesibukan bekerja juga membataskan saya untuk menjalani latihan intensif," katanya.

Ditanya mengenai kemelut yang melanda PABM ketika ini, Raihan berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera bagi memastikan persediaan atlet untuk menghadapi kejohanan utama pada tahun depan tidak terjejas.

Untuk rekod, anak jati kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu meraih tempat keempat (Sukan SEA 2007) di Korat, Thailand dalam kategori 58kg sebelum merangkul pingat perak acara 53kg pada Sukan SEA 2009 di Laos. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:32 am    Post subject: Reply with quote

Ramdan sasar ke separuh akhir

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


PEMAIN muda negara, Misbun Ramdan Mohmed Misbun (gambar) mengakui yang dia bakal berdepan misi sukar apabila diundi bersama Liew Daren dalam Kumpulan A pada Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Dewan Badminton KBA, Kedah hari ini.

Ini kerana, Daren dilihat mempunyai kelebihan lebih baik berbanding anak pemain legenda negara itu (Misbun Sidek) dan ia boleh diukur berdasarkan pengalaman dimiliki pencabarnya itu.

Daren yang turun sebagai pilihan utama kejohanan terlebih dahulu mencuri tumpuan peminat sukan tanah air apabila mencatat sejarah peribadi dengan menjuarai Siri Super Terbuka Perancis pada Oktober lalu.

Daren menewaskan bekas juara remaja dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pada aksi akhir.

Selain Daren, dua lagi pencabar pemain berusia 21 tahun itu ialah pemain Selangor, Nur Azriyn Ayup dan Tan Kian Meng dari Johor.

Meskipun sedar berdepan laluan sukar untuk melepasi peringkat Kumpulan A, Ramdan tetap dengan azamnya untuk mara sehingga ke separuh akhir.

“Sasaran awal saya mahu melepasi peringkat kumpulan dan sekali gus mara ke separuh akhir. Berdasarkan undian memang sukar.

“Begitupun, Saya rasa saingan boleh jadi 50-50 kerana kami pernah berjumpa sebelum ini dan seperti kebiasaannya ada yang akan menang dan begitu juga sebaliknya.

“Kami biasa berdepan dan saya percaya masing- masing mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya sama ada dia akan berasa gemuruh apabila berdepan dengan anak didik bapa saudara- nya, Rashid Sidek pada aksi ketiga kumpulan, Ramdan memberitahu, perkara tersebut bukan satu masalah.

“Saya tidak kisah kerana ia sebenarnya bergantung kepada pemain. Para pemain harus menunjukkan kemahuan untuk mencatatkan kemenangan.

“Saya akan buat yang terbaik. Ini kali kedua saya beraksi pada GP Final Kebangsaan. Sebelum ini saya tewas kepada Datuk Lee Chong Wei pada separuh akhir,” jelas Ramdan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:33 am    Post subject: Reply with quote

Benitez intai kelibat Villa

LONDON - Pengurus sementara Chelsea, Rafa Benitez dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Barcelona, David Villa sebaik musim perpindahan dibuka, Januari depan.

Chelsea dijangka akan mengemukakan tawaran lumayan berjumlah £12 juta (RM59.3 juta) kepada skuad The Catalan bagi mendapatkan pemain Sepanyol itu.

Benitez mendedahkan bahawa mereka sedang bekerja keras untuk mendapatkan beberapa pemain yang hebat.

Percubaan skuad The Blues untuk mendapatkan Villa bakal mencetuskan pertembungan empat penjuru antara Manchester City, Liverpool dan Arsenal sebaik sahaja pintu perpindahan pemain dibuka bulan depan.

Begitupun, Benitez optimis mengenai peluang Chelsea kerana Villa lebih berminat untuk bermain bersama-sama rakan senegaranya, Fernando Torres.

Sebelum ini, Villa, 31, mengakui bahawa dia dan Torres akan beraksi cemerlang sekiranya digandingkan bersama.

"Saya dan Torres saling melengkapi, kami sentiasa bekerjasama," kata Villa.

Villa tidak gembira selepas lebih banyak menghabiskan masa dibangku simpanan selepas direhatkan selama lapan bulan akibat patah kaki.

Perpindahan Daniel Sturridge ke Liverpool pada Januari depan juga menyaksikan kekurangan pilihan di posisi serangan Chelsea, sekali gus kehadiran Villa menjadi keutamaan.

Pada masa sama, Benitez turut bercadang untuk meminjam Villa, namun pengarah bola sepak Barcelona, Andoni Zubizaretta memberitahu bahawa mereka tidak menerima tawaran untuk perpindahan pemain berstatus bintang pada Januari ini. - Agensi
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:34 am    Post subject: Reply with quote

Pandelela warnai kejayaan atlet negara

KEJAYAAN demi kejayaan yang dicipta atlet negara dalam pelbagai acara sukan telah banyak menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa sepanjang tahun 2012.

Tidak kira pada peringkat mana sekali pun, atlet negara telah membuktikan kemampuan mereka bersaing bukan sahaja untuk kepuasan peribadi tetapi yang lebih penting bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Mewarnai pencapaian yang membanggakan rakyat Malaysia ialah pungutan satu pingat perak dan satu gangsa pada Sukan Olimpik 2012 di London menerusi Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Pandelela Rinong Pamg (terjun).

Biarpun tidak banyak kilauan pingat diraih atau sasaran pingat emas pertama Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia itu tidak kesampaian, pencapaian tersebut adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan temasya sebelum ini.

Ini kerana, pada temasya Olimpik empat tahun lepas di Beijing, China, Malaysia hanya meraih satu perak dan meskipun kejayaan kali ini menyamai pencapaian kontinjen negara pada edisi 1996 di Atlanta, namun ia diraih dalam dua acara berbeza.

Jadi, ia pencapaian di luar jangkaan kerana sejak atlet negara menyertai temasya tersebut pada 1956, hanya acara badminton yang menyumbangkan pingat buat Malaysia.

Malah, pencapaian menakjubkan Pandelela, gadis Bidayuh dari Bau, Sarawak yang mencipta sejarah apabila meraih pingat gangsa dalam acara terjun, menjadikannya atlet wanita pertama Malaysia merangkul pingat pada temasya Olimpik.

Sementara itu, pencapaian atlet paralimpik negara tidak kurang hebatnya apabila Malaysia memenangi sebutir pingat perak menerusi pemanah, Hasihin Sanawi dan satu gangsa menerusi Muhammad Ziyad dalam acara melontar peluru.

Kejayaan kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik 2012 di London itu adalah pencapaian terbaik atlet istimewa tersebut sejak mereka menyertai temasya berkenaan.

Jaguh badminton dunia, Chong Wei masih cemerlang di pentas antarabangsa walaupun dia gagal menterjemahkan emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik selepas tumpas kepada musuh ketatnya, Lin Dan dari China.

Kejayaannya merangkul beberapa gelaran sepanjang tahun ini meletakkan Chong Wei kekal sebagai pemain No. 1 dunia, sesuatu yang jarang dilakukan pemain Malaysia untuk memegang status itu bagi tempoh yang lama iaitu sejak 2008 walaupun adakalanya rankingnya jatuh tetapi kembali ke nombor satu.

Selepas mengecap pelbagai kejayaan dalam arena badminton, Chong Wei, 30, menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya yang juga bekas pemain wanita No. 1 negara, Wong Mew Choo selepas 11 tahun mengharungi pelbagai cabaran sebagai pasangan kekasih.

Mereka mula bersua muka ketika bersama-sama di kem badminton kebangsaan 2001 di Kuala Lumpur apabila menjadi pemain pelapis bagi skuad negara dan pada tarikh 9 November lepas, mereka disatukan sebagai suami isteri pada satu majlis yang disifatkan sebagai Wedding Of The Year.

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David juga terus memahat nama sebagai pemain 'luar biasa' dalam sukan skuasy apabila kekal sebagai pemain wanita No. 1 dunia, gelaran yang diraihnya sejak 2006.

Walaupun rankingnya ada kalanya jatuh, Nicol tetap unggul sebagai pemain skuasy wanita terbaik dunia dengan pelbagai gelaran juara dalam genggamannya tahun ini.

Malaysia juga boleh meletakkan harapan kepada pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin untuk menaikkan nama Malaysia di gelanggang sukan pemotoran dunia apabila dia turun beraksi dalam saingan MotoGP 2013.

Kejayaan pelumba Air-Asia-SIC-Ajo itu meraih dua podium, masing- masing di GP Malaysia dan GP Valencia memperlihatkan dia antara pelumba yang perlu diberi perhatian dalam saingan MotoGP musim depan.

Ini terutamanya selepas dinobatkan sebagai 'Pelumba Paling Meningkat 2012' pemilihan untuk anugerah itu dilakukan oleh laman rasmi Kejuaraan MotoGP Dunia, www.motogp.com menerusi program pemilihan After the Flag setiap tahun.

Muhammad Zulfahmi bukan saja melakar kemenangan dengan meraih tempat kedua di Sepang dan ketiga di Valencia tetapi musim 2012 juga menyaksikan dia berjaya mencatat tiga masa terpantas di GP Belanda, GP Malaysia dan GP Valencia, sekali gus memberi gambaran betapa musim depan amat dinanti-nantikannya.

Kecemerlangan jaguh boling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek menjulang kejuaraan Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland awal Disember ini pula melengkapkan koleksi gelaran utama pemain boling kebangsaan pada peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, Malaysia pernah mengecapi kejayaan dalam semua saingan peringkat tertinggi termasuk Kejohanan Dunia, namun gelaran juara Piala Dunia tidak pernah terjangkau oleh mana-mana pemain negara.

Dalam arena sukan tempatan, saingan bola sepak Liga Malaysia mencetuskan fenomena baharu apabila Kelantan dinobatkan sebagai juara trebel.

Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 pada perlawanan akhir turut unggul sebagai juara Liga Super serta Piala FA dan kejayaan itu menyamai pencapaian Kedah yang melakukannya pada 2007 dan 2008.

Namun, kegagalan skuad Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 apabila terkandas pada peringkat separuh akhir selepas tumpas kepada Thailand, ternyata mengecewakan peminat sukan tempatan.

Anak-anak buah Datuk K. Rajagobal itu gagal mengekalkan kejuaraan yang dimenangi mereka dua tahun lepas apabila tumpas 1-3 secara agregat kepada Thailand.

Meskipun pelbagai kejayaan dicipta, tahun 2012 juga tidak sunyi daripada kontroversi.

Pada April lepas, peminat bola sepak tanah air terutama penyokong Kelantan dikejutkan apabila Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun.

Hukuman ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara dan ini melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014.

Penggantungan ke atas Annuar itu menjadikan beliau individu ketiga menjadi 'mangsa' hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang sering dilanda masalah terus mencetuskan kontroversi semasa proses pemilihan pucuk pimpinan baharunya pada September lepas.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim gagal mempertahankan jawatan Presiden KOM apabila ia kini disandang Zainal Abidin manakala Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim turut kecundang mengekalkan jawatan itu apabila ia kini dipegang Datuk Wan Hisyam Wan Salleh.

Dalam keghairahan negara meraih pengiktirafan dalam bidang sukan pada peringkat antarabangsa, Malaysia kehilangan beberapa tokoh sukan tersohor seperti Tan Sri Hamzah Abu Samah, Datuk Punch Gunalan dan legenda bola sepak negara, Tan Sri Abdul Ghani Minhat. - Bernama
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:35 am    Post subject: Reply with quote

Chelsea singkir Lampard

LAMPARD diarah untuk mencari pasukan baharu sebaik musim perpindahan pemain dibuka 1 Januari 2013.

LONDON - Pemain tengah England, Frank Lampard dijangka meninggalkan Chelsea.

Karier Lampard, 34, bersama skuad The Blues sampai ke penghujungnya selepas dia diarah untuk mencari pasukan baharu sebaik musim perpindahan pemain dibuka 1 Januari 2013.

"Lampard sangat tertekan," menurut satu sumber dalaman kelab yang berpangkalan di Stamford Bridge itu.

"Dia mahu terus bermain untuk Chelsea tetapi mereka memberitahunya supaya mencari kelab lain pada Januari depan. Dia tidak mempercayainya. Apa yang dia mahu lakukan adalah bermain untuk Chelsea. Kelab ini sungguh bermakna buatnya."

Lampard menerima berita yang mengejutkan itu sebelum dia meledakkan gol dari jarak 25 meter dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong di Stamford Bridge sebaik mengetuai pasukan itu mencatat kemenangan besar 8-0 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana England, Ahad lalu.

Bagaimanapun, kesetiaan Lampard kepada Chelsea sejak dia menyertai kelab itu pada tahun 2001, 'diragut' dengan kejam.

Sepanjang tempoh itu, dia membantu Chelsea memenangi satu trofi Liga Juara- Juara, tiga Liga Perdana England, empat Piala FA dan dua Piala Liga.

Kontrak asal Lampard akan berakhir pada musim panas depan dan dia berharap persembahannya di padang mampu mendorong kelab untuk menyambung perjanjian tersebut.

Begitupun, Chelsea memberitahu Lampard bahawa dia boleh mencari kelab lain sebelum perlawanan menentang Villa.

"Lampard telah 'menghambakan diri' kepada kelab, terutamanya para peminat dan dia gembira untuk mengakhiri karier di Stamford Bridge," menurut sumber itu lagi.

"Selepas apa yang dilakukannya untuk Chelsea, dia tidak percaya dengan cara kelab membuangnya.

"Sesiapa sahaja yang melihat persembahannya ketika menentang Aston Villa mengakui dia sepatutnya berada dalam kesebelasan utama pasukan itu.

"Lampard sangat profesional kerana dia masih mampu bermain dengan baik meskipun mengetahui kelab tidak lagi memerlukan khidmatnya." - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
Back to top
View user's profile Send private message
cerminusia
Kolonel
Kolonel


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 24199
Location: kat tko

PostPosted: Thu Dec 27, 2012 10:36 am    Post subject: Reply with quote

Singa bukan punca'

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menegaskan kejayaan Singapura dan kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2012 baru-baru ini bukan berpunca daripada keputusan membenarkan Lions XII beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim ini.
Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan dan dijadikan alasan kerana kedua-dua pihak mendapat faedah daripada program pertukaran empat musim antara badan induk itu dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



“Sebenarnya, perjanjian pertukaran empat musim ini (2012-2015) ini memberi faedah bersama buat Lions XII yang beraksi di Liga-M serta skuad Harimau Muda A yang beraksi di Liga-S (Liga Singapura).

“Dari segi pertandingan, saya tak anggap perkara ini wajar dijadikan alasan atau punca kekalahan skuad negara. Malah, ia bukan faktor kejayaan Singapura kerana kejayaan mereka turut dibantu dan diperkuatkan beberapa pemain naturalisasi yang bukan dari pasukan Lions XII seperti Aleksandar Duric, Mustafic Fahrudin, Daniel Bennett dan Qiu Li.

“Lagipun, mereka sebelum ini pun memang hebat di Piala Suzuki AFF kerana ini kejuaraan kali keempat mereka berbanding kita baru menang sekali,” kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.
Lions XII kekal tonggak senior

Singapura membariskan 12 pemain Lions XII untuk membarisi skuad 22 pemain bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2012, sekali gus memberi kelebihan dari segi persefahaman kerana majoriti pemain beraksi bersama selama semusim di Liga-M yang menyaksikan Lions XII muncul naib juara Liga Super 2012.

Namun, kelebihan sama nyata tidak dimanfaatkan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang hanya menyenaraikan lima pemain dari skuad Harimau Muda A yang beraksi bersama di Liga-S serta hanya tiga pemain dari skuad juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, Kelantan sekali gus terkandas di separuh akhir apabila tewas kepada Thailand.

“Saya harap penyertaan Lions XII ini tidak dijadikan isu besar kerana kehadiran mereka memberikan saingan lebih hebat kepada pasukan tempatan lain. Untuk musim 2013 pun, mereka mengekalkan barisan lebih kurang sama dengan hanya beberapa pemain senior dikekalkan,” jelas Hamidin.

Untuk musim 2013, Lions XII mengekalkan tonggak senior seperti Shahril Ishak, Baihakki Khaizan, Isa Halim dan Irwan Shah, namun dikhabarkan Shaiful Esah, Khairul Amri dan Shahdan Sulaiman bakal berhijrah ke kelab juara Liga-S, Tampines Rovers.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.tranungkite.net Forum Index -> Arkib All times are GMT + 8 Hours
Goto page Previous  1, 2, 3 ... 115, 116, 117 ... 128, 129, 130  Next
Page 116 of 130

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©

BERITA & INFORMASI
Alternatif...
Buletin Online
CPI Asia
Detik Daily
Free Malaysia Today
Gegar Kelantan
Harakah Daily
Kedah Lanie
KLToday
KLpos
Laman M@rhean
Mahasiswa Kini
Malaysia Digest
Malaysia Insider
Malaysia Kini
Malaysia Kini (BM)
Malaysia Today
Merdeka Review (BM)
Minda Rakyat
NewsKini
Pahang Kini
Peghelih La
Roket Kini
Sabahdaily
Sarawak Report
Selatan Online
Siasah
TranungKite Online
TVS News
Utara Online
Warta Utara Baru!
Malaysia Transform Baru!

Info Negeri PR...
Buletin Kelantan
Buletin Mutiara
Selangor Kini
Warta Kedah

Perdana...
Bernama
Berita RTM
Berita Harian
Harian Metro
Kosmo
News Staits Time
Sinar Harian
The Star
The Star (BM)
The Sun
Utusan Melaysia
AUDIO & VIDEO
Isu Semasa...
MalaysiaKini TV
MP PAS
Kelantan TV
Koleksi Video PR
Malaysia Tube
Radio Web Selangor
Terengganu Kini
TVceramah
WebTV PAS
Youtube Buletin Online
Youtube PAS
Youtube TerengganuKini

Lain-lain...
Grapes Nasyid
Koleksi Ust Azhar
Kuliah.net
My Ceramah
My Maktabaty
One Kuliah Baru!
Koleksi Radio Online Kandangan TV Online
LUAR NEGARA
Al Jazeera (English)
Al Manhaj
Al-Sofwah.or.id
Kavkazcenter.com
Palestine Kini
Republika Online
LAMAN PORTAL
Al-Ahkam
Halaqah.Net
Hanan.Com
I Luv Islam
Lowyat Net
Portal Pendidikan
My Pendidik
TKO Daily
Ukhwah.com
INSTITUSI PENDIDIKAN
KIDU
KUDQI
KUIZM
KUIN
Maahad Darul Quran
Markaz Darul Bayan
SMI Darul Bayan
SRI Darul Bayan
SRAB Zainal Abidin
SRI Darul Iman
SRI Al-Irsyad, Balok
SRI Al-Irsyad, Kuantan
SRI At-Taqwa, Perlis
SRI Al-Hafidz, Sabah
Maahad Al-Ansoriyy
Madrasah Insaaniyyah
Pondok Pinang Merah
PAKATAN RAKYAT
Pakatan Rakyat
Parti Islam Se-Malaysia
Parti KeAdilan Rakyat
Parti Tindakan Demokrasi
PAS
Dewan Ulamak Pusat
Dewan Pemuda Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Negeri
PAS Perlis
PAS Kedah
PAS Pulau Pinang
PAS Perak
PAS Selangor
PAS Negeri Sembilan
PAS Melaka
PAS Johor
PAS Kelantan
PAS Terengganu
PAS Pahang
PAS Sabah
PAS Sarawak
PAS W. Persekutuan

PAS Kawasan
P001 Padang Besar
P002 Kangar
P006 Kubang Pasu
P008 Pokok Sena
P009 Alor Star
P011 Pendang
P012 Jerai
P014 Merbok
P016 Baling
P028 Pasir Puteh
P030 Jeli
P031 Kuala Krai
P034 Setiu
P035 Kuala Nerus
P039 Dungun
P054 Gerik
P055 Lenggong
P057 Parit Buntar
P059 Bukit Gantang
P063 Tambun
P067 Kuala Kangsar
P068 Beruas
P072 Tapah
P073 Pasir Salak
P075 Bagan Datoh
P076 Teluk Intan
P077 Tanjung Malim
P082 Indera Mahkota
P085 Pekan
P086 Maran
P087 Kula Krau
P088 Temerloh
P090 Bera
P091 Rompin
P092 Sabak Bernam
P094 Hulu Selangor
P095 Tanjung Karang
P096 Kual Selangor
P108 Shah Alam
P111 Kota Raja
P125 Putrajaya
P126 jelebu
P129 Kuala Pilah
P131 Rembau
P133 tampin
P135 Alor Gajah
P137 Bukit Katil
P138 Kota Melaka
P139 Jasin
P141 Sekijang
P146 Muar
P166 Labuan
P182 Pensiangan

Pemuda PAS
Perlis
  Padang Besar
Kedah
  Langkawi
  Jerlun
  Kubang Pasu
  Padang Terap
  Sungai Petani
  Baling
  Padang Serai
  Kulim
Kelantan
  Machang
  Kuala Krai
  Jeli
Terengganu
  Besut
  K. Terengganu
  Marang
  Dungun
  Kemaman
Pulau Pinang
  Bukit Bendera
Perak
  Parit Buntar
  Bagan Serai
  Bukit Ganntang
  Sungai Siput
  Tambun
  Ipoh Timur
  Batu Gajah
  Kuala Kangsar
  Parit
  Kampar
  Gopeng
  Tapah
  Lumut
  Teluk Intan
  Tanjung Malim
  Bagan Datoh
Pahang
  Lipis
  Raub
  Jerantut
  Kuantan
  Paya Besar
  Pekan
  Maran
  Kuala Krau
  Termerloh
  Rompin
Selangor
  Sabak Bernam
  Hulu Selangor
  Gombak
  Ampang
  Hulu Langat
  Puchong
  PJ Selatan
  PJ Utara
  Shah Alam
WP Kuala Lumpur
  Batu
  Wangsa Maju
  Segambut
  Lembah Pantai
WP PutraJaya
  Bagan Datoh
PIMPINAN
Pimpinan PAS
Tuan Guru Nik Aziz
Tuan Guru Hadi Awang
Tn Hj Mohamad Sabu
YB Husam Musa
YB Mahfuz Omar
Tuan Guru Harun Taib
Ust Nasrudin Tantawi
YB Siti Zailah
Ust. Idris Ahmad
Dr. Mohd Hatta
Hanipa Maidin
YB Syed Azman
Tn Hj Hanipa Maidin
YB Khalid samad
Ust. Mohd Amar Abdullah
YB Zulkefly Ahmad
YB hasan Ali
Dr. Siti Mariah
Dr. Hj. Mahfodz Mohamed
Ustzh Nuridah
YB Siti Mariah
Ust. Abu Bakar Hussian Baru!

Pimpinan Pemuda PAS
Ust Nasrudin Hasan
Ust Nik Abduh
Khairul Faizi
Ust Riduan Mohamad Nor
Ust Mohd Yusni Mat Piah
YB Ust Mohd Nor Hamzah
Ust Fadhli Shaari
Ust Syed Abdul Kadir
YB Ust. Mohd Nasir Zakaria
Suhaizan Kaiat
YB Firdaus Jaafar
Dr. Suhazeli Abdullah
Herman Samsudeen

Pimpinan PKR
Anwar Ibrahim
Wan Azizah
Azmin Ali
Nurul Izzah
Tian Chua
Mansor Othman
Elizabeth Wong
Badrul Amin
Hee Lot Sian
Khalid Jaafar
Haniza Talha
Fariz Musa

Pimpinan DAP
Lim Kit Siang
Karpal Singh
Tan Seng Giaw
Lim Guang Eng
M. Kula Segaran
Fong Kui Lun
Teresa Kok Suh Sim
Lip Li Peng
Chong Eng
Liew Chi Tong
Tony Pua
Boo Cheng Hau
Wong Hon Wai
V.Sivakumar
SIASAH & SEMASA
Ajijoi
Al Brangi
Al Banjari
A L- H U S S E Y N
Al-Kundangi
A.M.K.NS.
Amin Iskandar
Anak Sungai Derhaka
Asam Lambunau
Attakiri
Bancuh Baru!
Beras Terpilih
Beras Melaka
Biaq Pi La
Bicara Khairul Faizi
Bloglist TKO
Bota Online Baru!
Budak Balun
Bumi Perak
Cenangau
Cikgu Nuri?s Online
Cina Islam
Edyesdotcom
GreenBoc
Go Malaysia
Hamirdin
Harapan malaysia
Halim Islam Online
Ibnu Hasyim
Ibrahim Baba
Ikut Suka Aku
Islam Return
Jiwo Klate
Kamarudin Sidek
Kalam Perantau
Kerabu Bersuara
Kide Picture
Kopitiam Bang Nan
Lagenda Buta
Lanh14
Lot 250
Love Perak
Mai Bincang-bincang
Malaysia Waves
Mengejar Cahaya
Merah Hitam
Merah Tinta
Milo Suam
Minda Lutfi
Minda Rakyat
MutaLigat
Nik Hasan Zzmi
Orang Klawang
Oh! Rakyat
Peghelih La...
Penarik beca
Penawar Rindu
Penoreh Getah
Penoreh Getah II Baru!
Perisik Rakyat
Pink Turtle
Rencana Rakyat
Roslan SMS Corner
SharpShooter
Sisi Bukit Baru!
Shahbudin
Sofi Wahab
Sokong PR
Suhaimi Saad
Suhaimi Taib
Suhaizan Kayat
Tarmizi Mohd Jam
Tawan Pekan
Tempayan Retak
Tempe Goreng
Tebas
Tok Pijat
Tun Telanai
Tukar Tiub
Tukul Besi
Ummni Anni
Ust. Nik Nasri
Ust. Saiful Bahri
Wan Nordin Yaacob
Warkah Daily
Warta Maya
Wartawan Laman Reformasi
Zul Mamak
Harism Ibrahim
Barking Magpie
Zorro Unmasked
BICARA AGAMA
Al-Ahkam
Al-Fikrah
E-Fatwa Malaysia
Fatwa Online
Ust. Azhar Idrus
Ust. Amin
Ust. Hasrizal
Ust. Zaharuddin
Dr. Mohd Asri
Dr. Abdul Basit
Darul Mujahidin
Harun Yahya
Ilmu & Ulama
Islam Online
Jarum Emas
Kajian Quran
Surau 2Faber
Tarbawi Baru!
TKO Offline
We Choose Islam Baru!
WEBLOG UMUM
Abu Nuha Corner
Aizek.Net Baru !
Al Belurani
Amirulreza
Bayu Gunung
Cili Merah
CikguCyber Baru !
Dairy Muslim
Desa Kerayong
Farid Rashidi
Fikir2 Renung2
Gaya Peneroka
Hati Sufi
Jiwa Kita Merdeka
Kembara Salik
Kereta Mayat
Minta 5 Minit
Nota Tercicir Baru !
Open Minda Baru !
PapaSiber
Perkhimatan Pelajaran Baru!
Rosli Salem
Satu Umat
Syakur Ibrahim
Unpublished Notes
PERTUBUHAN & NGO
Amal Malaysia
Aliran
BERSIH
Fomca
Halal Jakim
MAMPAT
Muslim Consumer
Nadwah Pahang
Persatuan Ulama Malaysia
Skuad Waja Terengganu
Suaram
UMUM/LAIN-LAIN
Ahnaf Khat
Guru Tajweed Syatibi Baru!
Grafik Photoshop
Health Tips
Quran Online
Quran Flash
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT
(IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

764 Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong Stesyen,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel/Faks : 09-844 8001



All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.