Akaun Anda Hantar Artikel Forums Prosedur Iklan Hubung Kami Top Hits Keluar RSS TKO Versi 12 Facebook TKO Twitter TKO TranungKite Online Melihat Waktu Solat
     Create an account      
  TERKINI..   Duit Raya Drive Thru!    Pekerja Trafik Terbaik 2014    Tentera Zionis Bunuh Diri Akibat Tekanan    Raya di Selatan Thai dicemari keganasan    PT3: Cadang tukar skrip jawapan antara sekolah (bersama video)    Maruah Khalid tercalar jika terus berkuasa, kata pemimpin DAP    Hentikan perbincangan di luar mesyuarat    Tembak MH17: 'Sama seperti jenayah perang'    Ramai orang masih tidak tahu... Tentang Tentera Israel    Rahsia Besar Di Sebalik Agenda Tukar Menteri Besar Selangor !  
Iklan Kiri

Produk Untuk Suami

Rawatan Dadah Secara Islam


Natural Energy Enchancer

PRODUK SUAMI ISTERI TERMURAH

Super Baja Super Hasil

Biofactor 9

Produk Untuk Suami Isteri

Perniagaan Online

VCOFERA drp buah kelapa

AutoPilot

DAPATKAN IKLAN BERPATUTAN DENGAN KAMI -- KLIK DI SINI
Menu Utama
 Asas Laman
    · Home
    · 10 Teratas
    · Akaun Anda
    · Album
    · Arkib Artikel
    · Beritahu Kawan
    · FAQ
    · Forum
    · iklan
    · Kajian
    · Kotak Sembang
    · Masej Peribadi
    · Muat Turun
    · Pencarian
    · PHPNuke Editor
    · PRK Sg. Limau
    · Statistik
    · Sudut Cetak
    · Sudut Video
    · Topik
    · Tragedi MH17
    · Waktu Solat

 Tambahan
    · GuestBook
    · Mega Links
    · Tempahan Iklan
    · Peta Laman

 Peranan Anda
    · Tambah Download
    · Tambah Links
    · Beritahu Kawan
    · Komen/Cadangan
    · Kaji Selidik
    · Catat GuestBook

 Ahli Berdaftar
    · Hantar Artikel
    · Akaun Anda
    · Mesej Peribadi
    · SMS Percuma

 Khidmat Kami
    · Download
    · Webs Link
    · Waktu Solat
    · Kalendar Aktiviti
    · Papar Shout Box

 Radio & TV
    · TKO.fm
    · TKO.tv
    · WebTV1
    · WebTV2
    · KTV
    · WTV8
    · TVPAS
    · WebRTV

 Bantuan & Info
    · Dasar Kami
    · FAQ
    · Tips Webs
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Rangking TKO
Rebutlah ranking ini... © 2009 Tranung Kite
Pembaca Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Citra
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 33351

People Online:
Visitors: 0
Members: 19
Total: 19

Online Now:
01 : kaywhy
02 : ramlisdar
03 : mr_zaxx
04 : cucurudang
05 : ayah_cik
06 : Apalalu
07 : nyortua
08 : lalang
09 : ducktape
10: zahiril1990
11: EXBEEND
12: bihunlaksa
13: allahummahdina
14: gujiks
15: sumbatgol
16: anjv
17: tokpepijat
18: Revo
19: normazmi
Statistik Pembaca
We received

278425288
page views since
1 September 2012

Jumlah Hits
· Hari Ini

82030

· Semalam

105720


Purata Hits
· Sejam

14,835

· Sehari

254,038

· Sebulan

7,734,036

· Setahun

92,808,429


Server Masa Server
· Masa

16:40:59

· Tarikh

29 Jul 2014

· Zon

+0800

Anonymous Online
TranungKite Online (TKO): Forum

www.tranungkite.net :: View topic - Jawapan Panjang Lebar JAKIM terhadap isu Syiah
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Jawapan Panjang Lebar JAKIM terhadap isu Syiah

 
Post new topic   Reply to topic    www.tranungkite.net Forum Index -> Isu Semasa
View previous topic :: View next topic  
Author Message
1mat
Prebet
Prebet


Joined: Nov 03, 2009
Posts: 244

PostPosted: Sat Jul 13, 2013 12:44 pm    Post subject: Jawapan Panjang Lebar JAKIM terhadap isu Syiah Reply with quote

Adakah Restoran Iran Dikategorikan Halal Memandangkan Majoriti Orang Iran Adalah Penganut Syiah

Soalan
Terdapat banyak restoran Iran di Malaysia. Adakah restoran Iran dikategorikan Halal memandangkan majoriti orang Iran adalah penganut Syiah. Berdasarkan post sebelum ini, dikatakan penganut Syiah dianggap golongan sesat. Minta pandangan ustaz

Jawapan
Sekiranya mereka menyembelih sendiri ayam atau lembu maka hendaklah ditinggalkan dari memakan nya, tetapi jika bekalan diperolehi di pasar dan disembelih oleh penyembelih yang sah dari segi syarak maka harus memakan nya. Ini kerana kita tidak dapat pastikan akidah Syiah yang menyembelih itu, lebih 90% Syiah mengkafirkan Abu Bakar dan Umar yang jelas menjadikan nya sebagai seorang yang kufur. w/pun kita mengharapkan akidah Syiah yang menyembelih itu tidak mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Aisah dan Umat Islam yang lain, dengan menganut akidah yang berbeza dengan Syiah yang ramai (termasuk seperti akidah syiah Melayu di bawah yang mengkafirkan ASWJ).
Untuk maklumat lebih lengkap ustaz sertakan jawapan tentang Syiah terdahulu

Video itu adalah Syiah Melayu (lihat pandangan Syiah melayu terhadap kita semua sebagai ASWJ melalui soalan dari seorang Syiah Melayu yang disertakan di bawah - mengkafirkan ASWJ kerana tidak mempercayai Imamah, Ali sebagai Khalifah), akidah mereka sama dengan akidah Syiah di Iran dan Iraq dalam semua hal, hukum mereka adalah jelas dalam nas Al-quran. Adapun doa-doa boleh membaca surah An-Insyirah sentiasa dan berdoa kepada Allah agar dijahui dari golongan sesat lagi menyesatkan ini dan memohon dijauhkan dari golongan ahli neraka yang jelas kufurnya yang mengkafirkan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Aisah dll serta mengkafirkan ASWJ kerana tidak mempercayai Imamah dan sebagainya lagi.

Ya, sebahagian besar Syiah (melebihi 90%) adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan sebab mengkafirkan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang di nyatakan oleh Allah bahawa
Ya, sebahagian besar Syiah (melebihi 90%) adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan sebab mengkafirkan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang di nyatakan oleh Allah bahawa 1)- ALLAH REDHA akan mereka dan 2)- ALLAH MENYATAKAN MEREKA BERIMAN secara khusus dalam Firman nya DALAM Al-Quran Surah Al-Fath ayat 18. Justeru menolak nas ini hukumnya adalah KUFUR. oleh itu Syiah yang mengkufurkan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar adalah KUFUR DENGAN NAS AL-QURAN.

Hampir semua Syiah mengkufurkan Abu Bakar dan Umar termasuk Syiah Jaafariah Imammiah yang diamalkan di Iran sekarang walaupun mereka mengucap dua kalimah Syahadah. Walaupun mereka mengucap dua kalimah Syahadah tetapi menolak nas Al-Quran Surah Al-Fath ayat 18 mereka tetap kufur. Mereka mengkufurkan Saidina Abu Bakar kerana merampas khilafah, mengkufurkan Saidina Umar kerana Khilafah dan Saidina Umar juga dituduh membunuh anak Nabi iaitu Fatimah. Mereka memperingati peristiwa ini dalam perayaan memperingati Fatimah setiap tahun. ALANGKAH KUFURNYA MEREKA INI YG MENENTANG NAS AL-QURAN.

Pihak berwajib telah mula mengambil tindakan terhadap mereka mengikut saluran undang-undang yang sedia ada.
Adapun halal darah adalah tidak timbul, walaupun Syiah menghalalkan darah golongan ASWJ sebagaimana tercatat dalam buku-buku Syiah namun ASWJ tidak bersikap demikian.
Dibawah ustaz sertakan info berkenaan Syiah dan juga dari pertanyaan Syiah Melayu - kita boleh menilai tentang sikap / pendirian Syiah terhadap ASWJ secara khusus di Malaysia ini pada hari ini melalui soalan tersebut.
Golongan Syiah (Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah) adalah golongan
yang tidak termasuk dalam Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ini kerana akidah dan
syariah yang dihayati oleh mereka adalah berbeza dengan ASWJ.

Antara
perbezaannya adalah seperti berikut:
- Khalifah diwasiatkan secara nas.
-Imam adalah maksum
-Berpura-pura
- Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah S.W.T.
- Mengkafirkan para sahabat Rasullah
- Menghalalkan nikah Mutah
-Menolak Ijmak Ulama'
- Menolak Qias
-Menambah syahadah
-Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah
- Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
- Islam bukan syarat wajib haji.
Oleh itu saudari hendaklah berhati-hati dengan fahaman tersebut, agar
saudari tidak terlibat dengannya.
Golonga Syiah terbahagi kepada banyak kumpulan, ada yang melakukan perkara yang boleh membawa kepada kekufuran seperti mengkufurkan sahabat dll dan ada yang sebaliknya dibawah ustaz sertakan soalan dari Syiah. Walaupun fatwa menyatakan dua jenis syiah yang masih dianggap Islam. Jika ada pengikut syiah yang mengkafirkan saidina Abu bakar, Aisah, Saidina Umar, Hafsah dan sebagainya mereka tetap kufur dan terkeluar dari Islam walaupun mereka adalah Syiah Jaafariah atau Zaidiah. Sebahagian besar Syiah Jaafariah ada yang mengkafirkan sahabat nabi s.a.w. Ini yang menimbulkan masaalah dalam hubungan antara ummat Islam khasnya sunnah dan syiah.. dan dibawah ustaz sertakan jawpan berkaitan dengan utk mendapat gambaran sebenar tentang Syiah.....

(Tajuk Soalan) Umat Sunni Ini Sebenarnya Telah Kafir Semuanya....
Soalan
Dari segi akidahnya....
Sunni itu sesat lagi kafir kerana mereka enggan beriman kepada ayat2 alquran
yang menceritakan tentang keberadaan IMAM2 dari keturunan ahlulbait Nabi
Ibrahim a.s yang hukumnya wajib diTaati.

Firman Allah Taala maksudnya..
"Ingatlah ketika kami telah selesai menguji Ibrahim dengan beberapa kalimat (perintah
untuk menyembelih anaknya Ismail) lalu Kami telah berfirman kepadanya "Sesungguhnya
Kami telah melantik engkau menjadi IMAM" lalu Ibrahim berdoa kepada Tuhann

Jawapan
Ustaz percaya kefahaman saudara adalah menyeleweng dari landasan Islam yang sebenar dan menunjukkan kedangkalan kefahaman saudara tentang ayat al-Quran. Jika saudara perhatikan dalam ayat tersebut Allah menggunakan lafaz "kaf" pada "jaailuka" menunjukan ganti nama khas untuk Ibrahim sahaja tetapi bukan semua keturunannya. Saudara perlu banyak mendalami Al-Quran. Banyak kesesatan yang boleh dicungkil tentang IMAM yang saudara percaya contohnya ketika Saidina Ali membaiah Abu Bakar, Umar dan Uthman timbul persoalan "Adakah Saidina Ali membaiah dengan wahyu (Mengikut Syiah) atau dengan Ijtihadnya sendiri?". Bahkan lebih dari itu Saidina Ali menamakan anak-anaknya dengan nama Abu Bakar bin Ali, Umar bin Ali dan Uthman bin Ali, jika sekiranya Saidina Ali membenci dan memusuhi, apatah lagi mengkafirkan ketiga-tiganya maka dengan sebab itu dia menamakan anak-anak kesayangan nya dengan nama itu??? Adakah dikalangan orang Syiah yang menamakan anaknya kesayangannya dengan Bush umpamanya apabila dia membenci Bush?? Cuba saudara bayangkan jika orang Syiah membenci Yazid bin Muawiah adakah dia akan menamakan anak kesayangannya dengan Yazid kerana kebenciannya itu???

Adakah akal boleh menerimanya??? . Ketika Saidina Hasan @ Husin membaiah Muawiyah timbul persoalan "Adakah Saidina Hasan dan Husin bin Ali membaiah dengan wahyu (Mengikut Syiah) atau dengan Ijtihadnya sendiri?".Jika saudara jawab dengan wahyu ini menunjukkan Muawiah benar, Jika di jawab dengan Ijtihadnya ini menunjukkan Ijtihad IMAM silap dan bertentangan dengan akidah Syiah yang percaya Imam itu maksum!.
Ustaz rasa saudara buta sejarah dan buta tentang sejarah dunia serta sejarah keturunan manusia.... Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman juga sepertimana Saidina Ali adalah dari keturunan Nabi Ibrahim yang dari keturunan Quraish dan dari keturunan Ismail dan dari keturunan Ibrahim. Jika Saidina Ali dah Baiah seorang dari keturunan Ibrahim sebagai khalifah pertama dan juga membaiah Saidina Umar dan Uthman yang juga dari keturunan Ibrahim apa yang menjadi masaalahnya? Saidina Ali dah bagi baiah kepada 3 orang itu maka kita menerima baiah itu, dengan senang hati. Jika keturunan Ibrahim yang menjadi isu maka ianya telah selesai. Jika saudara menyebut wajib mentaati Imam dari keturunan ibrahim berdasarkan ayat di atas maka WAJIB SAUDARA MENTAATI ABU BAKAR, UMAR DAN UTHMAN YANG DARI KETURUNAN IBRAHIM YANG TELAH DI BAIAAH OLEH SAIDINA ALI. Sebagaimana saudara mentaati saidina Ali itu sendiri.

Ustaz bimbang tentang tuduhan kafir yang saudara sebutkan di atas TELAH terkena kepada batang hidung saudara sendiri sebab Nabi bersabda "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin SESUNGGUHNYA DIA TELAH KAFIR". Justeru jangan mudah mengkafirkan golongan yang mengucap syahadah. Saudara WAJIB bertaubat atas dosa besar tersebut ini kerana tempat yang pasti bagi seorang kafir seperti golongan yang mengkafirkan orang Islam yang lain atau mengkafirkan sahabat adalah neraka. Sikap saudara di atas menunjukkan itulah sikap sebenar seorang Syiah terhadap Ahli Sunnah sehingga menghalalkan darah sesama Islam. Alangkah jahatnya sikap seumpama itu!!!. oleh sebab itulah sebenarnya adalah mustahil untuk ahli sunnah menghilangkan perbezaan dengan golongan yang mengkafirkan ahli sunnah dan juga mengkafirkan para sahabat yang mulia yang dijanjikan syurga oleh Nabi s.a.w. dan diberi pengampunan oleh Allah S.W.A sebagaimana ahli Badar dll.
Sila renung perkara di bawah bagaimana Saidina Ali dan keturunannya selepas itu ramai menamakan anak dan cucu mereka dengan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisah sebagai penghargaan dan kecintaan mereka kepada sahabat yang agung iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisah r.a ajmain. (Berbeza dengan Syiah pada hari ini).

Ringkasannya adalah seperti berikut:
Saidina Ali menamakan 3 orang anaknya dari 14 orang dengan diberinama Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Manakala Saidina Hassan menamakan dua orang dari anaknya dengan Abu Bakar dan Umar.
Manakala Saidina Hussin menamakan dua orang dari anaknya dengan Abu Bakar dan Umar.
Manakala Saidina Zainul Abidin (Anak Saidina Husin) menamakan dua dari anaknya dengan Umar dan Uthman.
Imam Baqir menamakan dua orang dari anaknya dengan Abu Bakar dan Umar.
Iman Jaafar Sadik menamakan dua orang dari anaknya dengan Abu Bakar dan Umar.
Imam Musa Qazim menamakan dua orang dari anaknya dengan Abu Bakar dan Umar.

Manakala tentang nama Aisah Ummul Mukminin
Iman Jaafar Sadik menamakan anaknya dengan Aisah.
Imam Musa Qazim menamakan anaknya dengan Aisah.
Imam Ali Raza menamakan anaknya dengan Aisah.
Imam Ali An-Naqi menamakan anaknya dengan Aisah.
Saidina Ali juga mengahwini anaknya Ummi Kalsum kepada Saidina Umar perkahwinan itu juga di persetujui oleh Saidina Hassan dan Hussin yang telah dewasa pada ketika itu dan membenarkan perkahwinan adiknya itu. Adakah akal boleh menerima bahawa Saidina Ali, Hasan dan Husin akan membenarkan perkahwinan itu jika Umar bukan seorang mukmin? Adakah saidina Ali, Hasan dan Husin (Yang merupakan Imam di sisi Syiah) akan bersetuju untuk mengahwinkan anaknya dan adiknya dengan seorang yang bukan mukmin sejati dan dan dilaknat oleh Allah? Dan mereka akan menamakan keturunan mereka dengan nama Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisah???.

(CATATAN: pandangan Syiah hari ini bahkan dari dahulu lagi terhadap Saidina Umar dan melaknat Saidina Umar dan mengkafirkannya!!! ADALAH PERKARA WARISAN DAN AKIDAH DAN KEPERCAYAAN yang banyak dalam buku-buku Syiah. Mengkafirkan Saidina Umar atau Aisah banyak terdapat dalam buku-buku tulisan Syiah samaada kitab-kitab lama yang muktabar atau baru di sisi Syiah. Semua orang Syiah menegentahui perkara ini dan mereka mempercayainya, Justeru itu mustahil untuk kita berkerjasama dengan mereka yang seumpama ini dalam kepercayaan akidah mereka. Khomeni sendiri menganggap Abu Bakar dan Umar sebagai "Dua berhala Qurish!!!" )
Semua sumber ini terdapat dalam buku sejarah termasuk juga buku-buku rujukan di sisi penganut Syiah.

Allah berfirman "SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEREDHAI AKAN PARA MUKMIN (SAHABAT) KETIKA MANA MEREKA MEMBAIHKAN ENGKAU DI BAWAH POKOK". dalam ayat ini ada 2 perkara penting
1)- Allah REDHA tentang sahabat yang ada dalam baiaah Ridwan.
2)- Allah menyebut mereka itu sebagai MUKMININ.
JIKA ALLAH MENYATAKAN 1)- ALLAH REDHA DAN MENYATAKAN MEREKA ITU SEBAGAI 2)-MUKMININ MACAM MANA SYIAH BOLEH KATA MEREKA ITU KAFIR??? Siapa yang kita perlu ikut pandangan Syiah atau Firman Allah??? Apa hukumnya jika menolak Firman Allah itu???? Ulamak sepakat bahawa sesiapa yang menolak Firman Allah adalah golongan yang kufur dan Murtad dari Islam, Kufur dan Murtad dari agama Allah!!!!! Semoga Allah memelihara kita semua dari kekufuran!!!!.
Antara sahabat yang ada di situ adalah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman Dan Saidina Ali. kesemua mereka ada dua sifar yang dijanjikan Allah 1)- ALLAH REDHA DAN 2)-MUKMININ.
Allah berfirman ALLAH REDHA, TAKKAN saudara lebih besar dari tuhan, takkan mana-mana ulamak Syiah lebih besar dan utama dari tuhan???? Saudara nak masuk Syurga mana? Syurga milik ulamak Syiah ke? atau Syurga Allah??? Siapa saudara nak ikut??? Ikut Allah ke ikut Ulamak Syiah????

Adapun Riwayat yang kata Umar bunuh Fatimah adalah Riwayat palsu dalam buku yang di palsukan dan di tulis atas nama Muslim bin Qutaibah seorang pejuang/ panglima Islam yang membuka Khurassan dan Asia Tengah.jika tidak takkan Saidina Ali juga akan mengahwini anaknya Ummi Kalsum kepada Saidina Umar selepas peristiwa itu berlaku??? Perkahwinan itu juga di persetujui oleh Saidina Hassan dan Hussin yang telah dewasa pada ketika itu dan membenarkan perkahwinan adiknya itu. Adakah akal boleh menerima bahawa Saidina Ali, Hasan dan Husin akan membenarkan perkahwinan itu jika Umar bukan seorang mukmin bahkan pembunuh Isteri dan Ibu mereka Fatimah????? Adakah saidina Ali, Hasan dan Husin (Yang merupakan Imam di sisi Syiah) akan bersetuju untuk mengahwinkan anaknya dan adiknya dengan seorang yang bukan mukmin sejati dan dan dilaknat oleh Allah? bahkan pembunuh Isteri dan Ibu mereka Fatimah????? Dan mereka akan menamakan keturunan mereka dengan nama Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisah???. Sempena nama pembunuh ibu mereka????? Jika berlaku pada saudara, adakah saudara akan namakan anak saudara dgn nama pembunuh yg bunuh ibu saudara???? Kemudian saudara akan kahwinkan anak kesayanganh saudara dengan pembunuh itu selepas peristiwa itu berlaku??? Bahkan adakah juga saudara akan melakukan semua perkara di atas jika dia seorang yang kafir dan dilaknat Allah????? sebagaimana mengikut pendangan Syiah hari ini terhadap Saidina Umar????
Apa yang saudara nak percaya? Riwayat palsu atau Nas Al-Quran (Sebab kedua-duanya bertentangan)? Allah sebut Allah REDHA, TAKKAN saudara lebih besar dari tuhan, takkan mana-mana ulamak Syiah lebih besar dan utama dari tuhan???? Saudara nak masuk Syurga mana? Syurga milik ulamak Syiah ke? atau Syurga Allah??? Siapa saudara nak ikut??? Ikut Allah ke ikut Ulamak Syiah????

Ummat Islam dikalangan ahli sunnah sama sekali tidak boleh menerima penghinaan terhadap Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Ummul Mukminin Aisah dan Ummul Mukminin Hafsah r.a ajmain. Ummat Islam akan mempertahankan mereka dengan darah dan nyawa mereka dengan sebab itu sebagaimana mempertahankan Saidina Ali. Apatah lagi jika mengkafirkan mereka atau mengkafirkan sebahagian mereka. atau Menjadikan kutukan kepada sahabat dan Ummul mukminin sebagai ritual dalam kehidupan sebagaimana yang di buat oleh orang Syiah hari ini. Mencerca Saidina Umar secara umum di khayalak ramai dengan berpesta, bahkan mengkafirkan Saidina Umar adalah perkara lumrah dikalangan Syiah. Tiada khilaf dikalangan ulamak sesiapa mengkafirkan orang mukmin adalah kafir apatah lagi jika mengkafirkan Saidina Umar. Justeru panel menyeru Ummat Islam bangkit menentang golongan Syiah yang mengkafirkan ummat Islam (seperti kes di atas), termasuk mengkafirkan Saidina Umar yang dijanjikan Syurga oleh Nabi s.a.w (Nabi menjanjikan syurga untuk saidina Umar tetapi Syiah boleh mengkafirkannya??? Siapa yang lebih besar Nabi atau ulamak Syiah???) dan mengkafirkan Aisah Ummul Mukminin isteri nabi yang amat dicintainya serta tidak bertolak ansur dengan mereka selagi nyawa kita di kandung badan.
Org Syiah menuduh Aisah dengan macam2 sedangkan Aisah adalah Ahlul Bait yang di sucikan Allah lihat Firmannya
“Dan hendaklah kamu (para isteri Nabi SAW) tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji)”

Ini membawa maksud bahawa Ahlul Bait adalah isteri2 Rasulullah s.a.w. termasuk Aisah Ummul mukminin dan Hafsah Ummul mukminin. Soo siapa yang benar ulamak Syiah yang menghina Aisah atau Allah yang menyucikan Aisah? Oleh sebab itu kita tidak boleh bertolak ansur dengan golongan yang jelas telah menyimpang dari ajaran Al-Quran dan menentang Allah dan Rasulnya dengan pasti. Semoga Allah memelihara kita dari golongan Syiah yang menyeleweng ini dan dari kekufuran, setelah kita berada dalam agama Allah yang sebenarnya. Amin!.
Perkataan Imam di atas bukannya merujuk kepada taraf Imam (Wilayah) di sisi Syiah tetapi adalah kemuliaan kerana kedudukannya dan kefaqihan mereka yang diakui seperti imam-imam yang lain, yang hebat seumpama Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Nawawi, Imam Ghazali dan sebagainya.

DI BAWAH SEBAHAGIAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG SYIAH DARI BUKU YANG PERNAH DIKELUARKAN JAKIM DAHULU

DARI SOALAN : jt286
selepasnya. Hukum Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang
ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang telah ditentukan
oleh Allah, sebagaimana mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan
dan pemilihan kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan
yang cukup untuk menanggung bebanan Imam dan memimpin masyarakat yang
sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan ketentuan Allah dan
tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan Allah. Kami mempercayai
bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini

selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai
Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk
di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah
kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu
baginda bersabda: " Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya
ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah orang yang
menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan
tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya.
Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada".
Syiah mempercayai wasi Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian
Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan
mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas
AL-Mahdi AI-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-nabi
bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang terakhir.

Perkara
ini disebutkan dalam Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin
Husain Ali Kasyif al-Ghita', hal. 136:
Maka kita hendaklah kembali kepada menyempurnakan hadith yang dipegang
oleh Syiah Imamiah. Maka kami berkata, sesungguhnya Syiah Imamiah
mempercayai bahawa Allah S. W. T tidak mengosongkan dunia daripada hamba
yang dapat berhujah daripada kalangan nabi atau orang yang memegang wasiat
yang nyata masyhur atau yang hilang tersembunyi. Nabi s.a.w. telah
menentukan dan mewasiatkan kepada anak Saidina Ali iaitu Hasan dan Saidina
Hasan mewasiatkannya pula kepada saudaranya Husain dan demikianlah kepada
Imam Dua Belas iaitu Mahdi al-Muntazar. Ini merupakan sunnah Allah kepada
semua nabi-nabi daripada Adam sehinggalah nabi yang terakhir.
ULASAN
Tidak terdapat nas dari al-Quran atau Hadith-hadith sahih yang j elas
maksudnya bahawa Saidina Ali itu ditentukan sebagai khalifah selepas wafat
Rasulullah s.a.w.
Oleh kerana itu, para sahabat telah bersetuju melantik Saidina Abu Bakar
sebagai khalifah yang pertama sebaik sahaja wafat Rasulullah s.a.w. dan
Saidina Ali pun sendiri telah bermubaya'ah dengan Saidina Abu Bakar.
ii. Imam adalah maksum
Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada
dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal
dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka,
Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara
syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh
Mufid, salah seorang tokoh besar Syiah di dalam kitab Awail al-Maqalat
yang dipetik oleh Muhamad Jawad Mughniah di dalam kitab al-Syiah Fi
al-Mizan hal. 38.
Ismah ialah suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan
maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan
tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat
demikian, jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak
mendapatpujian dan balasan. Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan
maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh
syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat dan hukum-hukumn a dan
sampai ke martabat yang tidak mela'Kukan kesalahan sama sekali. Syiah
Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut kepada imam-imam secara
seinpurna sebagaimana disyaratkan kepada wali. Syeikh Mufid berkata di
dalam kitab Awail al-Maqalat babperbincangan mengenai Imam-imam itu
maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan
makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud dan
memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sepertimana
nabi yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil
dan tidak harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung
dengan agama bahkan mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini
wujud kepada keseluruhan mazhab Syiah Imamiah, kecuali sedikit sahaja yang
bersifat ganjil daripada mereka.
Hal ini juga dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad
Redha al-Muzaffar, hal. 72:
Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum
Kami mempercayai bahawa imam-imam itu sepetti nabi-nabi, ia wajib maksum
dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan
yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau
lupa sebagaimana merekajuga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan
lain-lain. Kerana imam-imam itu merupakan pemelihara syariat dan
orang-orang yang menegakkan hukum syariat. Keadaan mereka seperti nabi.
Bukti yang mendorong kami berpegang bahawa Imam itu maksum ialah dalil
yang mengatakan nabi-nabi itu maksum. Tidak ada perbezaan (di antara nabi
dan imam).
ULASAN
Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadith-hadith sohih menyatakan bahawa
yang maksum hanyalah para rasul dan anbia' sahaja. Oleh itu dalam hal-hal
yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat'ie.
Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud:
"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam)
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu
(sama ada al-Quran dan Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya. "
(An-Najm ayat 3 - 4)
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hati akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(AI-Ahzaab ayat 21)
"la memasamkan muka dan berpaling, kerana ia di datangi orang buta. Dan
apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad).
Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran Ugama yang
didapatinya daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya
peringatan itu memberi manfa'at kepadanya."
(Surah Abasa ayat 1-4)
iii. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku
Kepada Manusia (al-Bada')
Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut
akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah
berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi
daripada-Nya. Perkara ini j elas menganggap Allah itu j ahil atau tidak
mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang disebutkan oleh
al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal
146.
"AI-Bada" ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata
tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya,
maka kami maksudkan dengan al-Bada' itu ialah lahirnya setiap perbuatan
yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)".
Mengikut akidah Syiah, ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan
fenomena baru. Tuhan akan berubah kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara
sesuai dengan keadaan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul
Min al-Kafi, oleh al-Kulaini, Juzu' 1, hal. 146:
Terjemahannya;
Bab al-Bada'
Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhamad bin Isa, daripada al-Hajjal
daripada Abu Ishak Tha'labah daripada Zararah bin Ayun daripada salah
seorang daripada keduanya a.s. katanya, "Tidak ada ibadat yang paling
utama seperti al-Bada'. Di dalam riwayat daripada Ibn Abu Umair daripada
Hisham bin Salim daripada Abdullah a.s., "Tidak ada perkara yang paling
agung di sisi Allah seperti al-Bada'.
Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibnu Abu Umar daripada Hisham
bin Salim dan Hafs bin al-Bukhturi dan selain dadpada keduanya daripada
Abu Abdullah a.s. katanya mengenai ayat ini maksudnya; "Allah menghapuskan
apa yang ia kehendaki dan menetapkan apa yang Ia kehendaki".
Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada', An-Naubakhti menyebut bahawa
Ja'far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam
secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail
meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja'far bin Muhammad al-Baqir masih
hidup, katanya:
"An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan
anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail
mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, "Tidak ternyata kepada
Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya
mengenaiperistiwa anakku Ismail".
(Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh
Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15)
ULASAN
Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang
berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang
menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh
sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud:
"Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan
mata seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati."
(Surah al-Mukmin ayat 19)
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di
bumi dan juga yang ada di langit".
(Surah A-li Imran ayat 3)
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib,
tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui
apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun
melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan
bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada
tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
(Surah al-An'am ayat 59)
"Demi TuhanKu yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu
sesungguhnya akan datang kepada kamu. Tidak tersembunyi
datipengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi
dan tidak ada yang lebih kecil day! itu atau yang lebih besar melainkan
semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. "
(Surah Saba'ayat 3)
"Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"
(Surah al-Ikhlas ayat 2)
iv. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk
Memberi Keadilan (ar-Raj'ah)
Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa
Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia
ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah
melakukan kezaliman. Mereka terinasuk para sahabat Rasulullah seperti
Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain.
Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-Syeikh Muhammad
Redha al-Muzaffar, hal. 83.
Terjemahannya;
Akidah Kami Tentang Raj'ah
"Sesungguhnya pendapat Syiah Imamiah tentang Rajlah itu ialah kerana
mengambil daripada Ahli Bait a.s., di manaallah S. W. E akan mengembalikan
sesuatu kaum yang telah mati ke dunia ini di dalam bentukyang asa4 Ialu
sebahagian daripada golongan memuliakan satu puak dan menghina satu puak
yang lain dan ia menunjukkan mana golongan yang benar dan mana golongan
yang salah dan menunjukkan golongan yang melakukan kezaliman. Peristiwa
ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad s.aw. dan tidak
kembali ke dunia ini kecuali orang yang tinggi darjat imannya ataupun
orang yang paling jahat. Kemudian mereka akan mati semula. Begitulah juga
dengan orang-orang yang selepasnya sehinggalah dibangkitktin semula dan
mereka akan menerima pahala atau siksaan. Sebagaimana Allah S.W.T
menceritakan dalam al-Quran al-Karim, di mana orang-orang yang akan
dikembalikan di dunia ini bercita-cita untuk kembali ke dunia, sedangkan
mereka itu tidak boleh kembali lagi ke dunia ini. Mereka akan mendapat
kemurkaan Allah bahawa mereka akan kembali ke dunia ini kali ketiga dengan
harapan mereka dapat berbuat kebaikan."
Firman Allah yang bermaksud..
" Mereka berkata, wahai tuhan kami engkau telah mematikan kami dua kali
dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami, maka
adakah jalan keluar (daripada neraka?)"
(Surah al-Mukmin ayat 11)
ULASAN
Konsep raj'ah Syiah ialah mereka mempercayai Allah akan menghidupkan
semula Ahli Bait dan Imam-imam mereka untuk menghukum para sahabat
Rasulullah s.a.w. yang dianggap telah melakukan kezaliman. Kemudian mereka
mempercayai orang-orang yang telah dihukum ini akan mati semula dan akan
menerima pembalasan daripada Allah S.W.T. Ini berdasarkan firman Allah
surah al-Mu'min ayat 11 yang bermaksud:
"Mereka menjawab; Wahai Tuhan kami Engkau telah menjadikan kami berkeadaan
mati dua kali dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami
(sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan
untuk (kami) keluar (dari neraka)?"
Sebenarnya ayat ini menjelaskan dialog di antara orang-orang kafir dengan
Allah S.W.T. di akhirat di mana mereka ingin mencari jalan keluar daripada
seksaan api neraka dengan memohon kepada Allah supaya diberi peluang hidup
semula ke dunia, mereka mengaku dan insaf terhadap dosa-dosa yang telah
mereka lakukan dahulu. Pengertian ini diperkukuhkan melalui firman Allah
yang bermaksud:
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya
mati (belum lahir) kemudian Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia
memati;L-an kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat
kelak), akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi
segala yang kamu kerjakan)"
(Surah al-Baqarah ayat 2Cool
Kebangkitan dan hukuman di padang Mahsyar adalah hukuman Allah yang akan
dikenakan kepada semua orang, bukan hukuman para Imam, ini telah
dijelaskan oleh surah-surah berikut:
"Dan (ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung ganang dan engkau
akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata, dan Kami himpunkan mereka
(dipadang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari
mereka."
(Surah al-Kahfi ayat 47)
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan
orang-orang yang terkemudian tetap akan dihimpunkan pada masa yang
ditentukan pada hari kiamat yang termaklum ."
( Surah al- Waqiah ayat 49)
Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa dalam ayat tersebut tidak ada
konsep raj'ah iaitu menuntut bela dan menghukum orang-orang yang melakukan
kezaliman ke atas Ahli Bait. Fahaman ini jelas menunjukkan golongan Syiah
salah memahami ayat al-Quran tersebut dan salah memahami terhadap
ayat-ayat al-Quran boleh membawa kepada penyelewengan akidah.
v. Berpura-pura (al-Taqiyyah)
Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh
membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat
sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap
perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini
dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far
Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217:
Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar
al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar,
Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah
dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah
itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua
khuf".
ULASAN
Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah menyatakan
dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun
yang disembunyikan itu, perkara yang benar. Mengikut Ahli Sunnah Wal
Jamaah sifat ini perlu dijauhi kerana ia mempunyai ciri-ciri sifat nifaq
berdasarkan firrnan Allah yang bermaksud:
" Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi
teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang
melakukan (larangan), yang demikian maka tiadalah ia (mendapat
perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga
diri kepada sesuatu bahaya yang ditakuti datipihak mereka (yang kafir
itu).....
(Surah A-li Imran ayat 2Cool
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan
dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang
hatinya tenang tenteram dengan iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka
hatinya menetima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dadallah dan
merekapula beroleh azab yang besar.
(Surah al-Nahl ayat 106)
Tidak ada Taqiyyah seperti ini dalam ajaran Islam, yang ada di dalam Islam
ialah masalah rukhsah, umpamanya jika seseorang itu dipaksa dan diugut
dengan kekerasan supaya melafazkan kata-kata kafir, maka waktu itu
diharuskan orang itu melafazkannya, tetapi hatinya tetap dengan iman yang
sebenar, tidak ada ragu sedikit pun sebagaimana yang berlaku kepada Ammar
bin Yasir, sehingga Allah menurunkan ayat 106 Surah al-Nahl memperakui
kebenaran beliau, firman-Nya yang bermaksud:
"Kecuali orang-orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedangkan hatinya
tenang tenteram dengan iman."
vi. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan
al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam
yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk
memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau
telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H.
Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui
wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan
anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad
al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Manakala Ghaibah
Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang
ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam
Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia
dianggap sebagai pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa
al-Tashih al-Sira'Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu' oleh Doktor Musa
al-Musawi, hal. 61:
Terjemahannya;
Syiah Imamiah mempercayai bahawa Imam Hasan al-Askari itu ialah imam yang
kedua belas bagei Syiah. Ketika wafat tahun 260H, beliau mempunyai seorang
anak yang bernama Muhammad berumur lima tahun, dialah Imam Mahdi
al-Muntazar. Di sana terdapat beberapa riwayat yang lain menyatakan bahawa
Imam Mahdi itu lahir selepas wafat bapanya Imam al-Askari. Sekalipun
berkeadaan begitu, maka sesungguhnya Imam Mahdi tetap menerima jawatan
imam selepas ayahnya dan telah ditentukan oleh ayahnya kepadanya. Kekallah
ia tersembunyi selama 65 tahun. Golongan Syiah sentiasa berhubungdengan
Imam Mahdi dalam tempoh ini melalui wakil-wakil yang telah ditentukan bagi
tujuan ini. Wakil-wakil itu ialah Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya
Muhammad Ibnu Uthman, Husain Ibnu Ruh dan akhirnya ialah Ibnu Muhammad
al-Saimiri.
Kesemua wakil-wakil yang empat ini digelar sebagai wakil-wakil khas.
Tempoh ini diberi nama "Ghaibah Sughra". Dalam tahun 229H sebelum wafat
Ali Ibnu Muhammad al-Samiri beberapa bulan, sampailah secebis surat
kepadanya yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang tertera di dalamnya
"Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang sempurna. Maka ia tidak akan
muncul kecuali dengan izin Allah, maka sesiapa yang telah mendakwa
melihatku maka dia adalah seorang pendusta lagi penipu".
Tahun inilah bermulanya "al-Ghaibah al-Kubra". Semenjak daripada masa itu
terputuslah perhubungan golongan Syiah dengan imam secara langsung.
Sehinggalah apabila ada berlakunya dakwaan seperti itu, maka Syiah
menganggap perkara itu dustadengan sebab nas dengan sebab nas yang
terdapat di akhir surat yang datang daripada imam Mahdi itu. Ini adalah
ringkasan akidah Syiah Imamiah berhubung dengan Imam Mahdi al-Muntazar.
ULASAN
Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi,
tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa
oleh golongan Syiah itu. malah apa yang jelas melalui hadith nabi s.a.w
ialah Imam Mahdi dalah daripada keturunan Rasulullah. Ini berdasarkan
hadith nabi s.a.w yang bermaksud:
"Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi
daripada keturunanku daripada anak Fatimah"
(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim)
Sabda baginda lagi yang bermaksud,
"Daripada Abu Said r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi dari
keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan
penuh keadilan. Ia memerintah selama 7 tahun".
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
"Daripada Abdullah bin Mas'ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: Allah akan
mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada
Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama
bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana
sebelum ini dipenuhi kezaliman.
(Riwayat al-Tirmidhi)
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan
memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu
penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah bumi selama tujuh
tahun."
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman,
sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka.
Dengan ini bererti orang yang mengingkari Imam Mahdi tidak dianggap kafir,
tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya. Jelas daripada hadith di
atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi dengan penuh keadilan dan
kejujuran dan bukannya dengan dendam menghukum orang-orang yang melakukan
kesalahan sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu.
vii. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali
Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disamatarafkan
dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih
tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min Kafi oleh
al-Kulaini, jld. 1 hal.197:
Terjemahannya;
Saidina Ali ra. telah berkata: "Akulah pembahagi ahli syurga dan neraka
bagi pihak Allah, akulah pembeza yang Maha Besar dan akulah Pemegang
Tongkat Nabi Musa dan Pemegang seterika (dapat membezakan di antara orang
mukmin dan munafik, seolah-olah ia boleh menyelar dahi orang yang
munaftk). Sesungguhnya para malaikat dan jibril telah memberi pengakuan
terhadapku sebagaimana mereka telah memberi pengakuan te.rhadap Nabi
Muhammad s.a.w. senditi, dan sesungguhnya Allah telah
mempertanggung-jawabkan ke atasku sama sepertimana yang telah
dipertanggungiawabkan ke atas Nabi Muhammad untuk mendidik umat manusia.
Nabi Muhammad dipanggil, diberi pakaian dan disuruh bercakap. Lalu ia pun
menyeru, memakai pakaian dan bercakap. Dan sesungguhnya aku dibeilkan
beberapa sifatyang tidak diberikannya kepdda seseorang sebelumku. Aku
mengetahui kematian dan bala, keturunan dan percakapan yang tidak boleh
dipertikaikan lagi. Tidak luput kepadaku apa yang telah Ialu. Tidak hilang
daripadaku apa yang ghaib, aku diberi khabar gembira dengan izin Allah dan
aku melaksanakan daripada Allah. Kesemuanya itu diberi kedudukan yang
tinggi kepadaku dengan izin Allah.
ULASAN
Tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan Saidina
Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah apatah lagi lebih daripadanya.
Dengan kepercayaan yang keterlaluan terhadap Saidina Ali ini adalah amat
menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata.
Nama Saidina Ali tidak terdapat di dalam al-Quran, kerana beliau bukan
seorang nabi atau seorang Rasul, tetapi hanya sebagai sahabat dan menantu
Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk syurga. Namun Nabi Muhammmad s.a.w.
sendiri tidak disanjung-sanjung dan dipuja-puja oleh para sahabat secara
berlebih-lebihan sehingga melampaui batas. Ini bertepatan dengan hadith:
Al-Zuhri berkata; Urwah bin al-Zubair memberitahuku datipada al-Miswar bin
Makhramah bin Urwah berkata " Wahai kaum, demi Allah sesungguhnya aku
diutuskan kepada raja-raja dan aku sendiri diutuskan kepada raja Kaisar
Kisra dan raja Najasyi, demi Allah jika engkau lihat, seseorang raja
sahaja yang disanjung oleh rakyatnya, tetapi para sahabat Nabi Muhammad
s.a. w. tdak menyanjung Nabi Muhammad s.a.w."
(RiwayatAhmad)
viii. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.
Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w.
semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat
terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara
ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz. 27, hal
64-66:
Terjemahannya;
Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka
tersembunyi di zaman mereka. Tetapiapabila wafat nabi s.a.w ternyatalah
cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara
mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; " Semua manusia
murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu
Sulaiman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah
lagi".
ix. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai Empat Berhala
Quraisy Serta Pengikut-pengikut Mereka Adalah Musuh Allah
Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat
berhala Quraisy. Ini dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh
al-Syed Manzur Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu
al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-Salami al-Samarqandi terkenal
dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11 6.
Terjemahannya;
Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata " Wahai Abu Hamzah
sesungguhnya yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah.
Maka adapun mereka yang tidak mengenal Allah seolah-olah ia menyembah
selain Allah. Perbuatan sedemikian adalah sesat." (Aku)Abu Hamzah
menjawab; "Semoga Allah memberikan kebaikan kepada engkau." Apakah yang
dimaksudkan dengan mengenalallah itu? Jawab Abu Jafar; "Membenarkan Allah
dan Membenarkan Nabi Muhammad Rasulullah tentang perlantikan Ali dan
menjadikannya sebagai imam dan imam-imam yang mendapat pertunjuk
selepasnya dan berlindung kepada Allah daripada musuh-musuh mereka".
Demikianiah juga dengan pengenalan terhadap Allah. Kata Abu Jafar lagi,
aku (Abu Hamzah) bertanya lagi; "Semoga Allah memberi kebaikan kepada
engkau". Apakah sesuatu yang apabila aku amalkannya pasti aku dapat
menyempurnakan hakikat iman?. Jawab Abu Jafar, "Hendaklah engkau melantik
wali-wali Allah dan memusuhi musuh-musuh Allah dan hendaklah engkau
bersama orang-orang yang benar, sebagaimana Allah memerintahkan engkau 't
Aku (Abu Hamzah) bertanya lagi, siapakah waliallah dan siapakah musuh
Allah itu? Lalu ia menjawab, "Wali-wali Allah ialah Nabi Muhammad
RasuluIlah, Ali, Hasan, Husin dan Ali bin al-Husain. Kemudian berakhirlah
perkara itu tentang wali-wali kepada kami, kemudian dua anak lelaki
Ja'far, Ialu ia mengiakan (dengan keadaan menganggukkan kepala) kepada Abu
Ja'far dalam keadaan duduk. Maka siapakah yang melantik mereka? "Allahlah
yang melantik mereka dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar,
sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah."
Aku bertanya lagi, "Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi
kebaikan kepada engkau." Iajawab, "Empat berhala." Ia bertanya lagi "Siapa
empat berhala itu"? Ia menjawab, "Abu Fusail (Abu Bakar) Rama' (Umar)
Nathal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan
memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah
memusuhi musuh-musuh Allah."
ULASAN
Terdapat di dalam al-Quran dan Hadith yang menjelaskan tentang keadilan
dan sanjungan terhadap para sahabat yang membersihkan mereka daripada
sebarang tuduhan yang tidak benar. Ini berdasarkan firman Allah yang
bermaksud:
"Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi
bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang menurut
(jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat). Allah redha akan
mereka dan mereka pula redha akan Dia serta la menyediakan untuk mereka
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya selamanya, itulah kemenangan yang besar".
(Surah al-Taubah ayat 100)
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah
telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya
(dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa
mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya:
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka
Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan
menguatkannya dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak
melihatnya."
(Surah al-Taubah ayat 40)
"Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang betiman ketika mereka
memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan
pohon (yang termaklum di Hudaibiah), maka (dengan itu) ternyata apa yang
sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam
hati meraka, Ialu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan
membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.
(Surah al-Fath ayat 1Cool
"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah
segolongan dari kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang
dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di
antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang
dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam
menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia
dan di akhirat)."
(Surah al-Nur ayat 11)
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang
beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau
perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya,
maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan
berbuat dosa yang amat nyata."
(Surah al-Ahzab ayat 5Cool
Sabda Nabl s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah ra. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: " Jangan
kamu mencaci sahabat-sahabatku, demi Allah yang nyawaku berada dalam
kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit
Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah
cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat ".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:
"Daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak masuk neraka
orang-orangyang telah melakukan bai'ah semasa di bawah pokok ."
(Riwayat al-Tirmidhi)
Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud:
"Daripada Ibnu Umar ra. katanya kami memilih memilih para sahabat di zaman
Nabi s.a.w., Ialu kami memilih Abu Bakar, kemudian Umar bin al-Khattab,
kemudian Uthman bin Affan ra.."
( Riwayat al-Bukhati)
x. Hanya Ali dan Para Imain sahaja yang Menghafal dan Menghimpun
AI-Quran Dengan Sempurna.
Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun,
memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja.
Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini,
juzu' 1, hal. 228.
Terjemahannya;
Tidak Menghimpunkan al-Quran Kesemuanya kecuali Imam-imam a.s. dan
Sesungguhnya Mereka itu Mengetahui Ilmu al-Quran Kesemuanya.
"Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub
dadpada Amru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir berkata; " Aku mendengarabu
Ja far a.s. berkata, " Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa
bahawa ia telah menghimpun al-Quran secara sempurna sebagaimana yang
diturunkan, melainkan pendusta dan tidak menghimpun, menghafaz sebagaimana
yang diturunkan oleh Allah kecuali Ali bin Abu Talib dan imam-imam
selepasnya a.s."
Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhamad bin
Sinan daripada Ammar bin Marwan daripada al-Munakhkhal daripada Jabir
daripada Abu Ja far a.s. Bahawasanya ia berkata, "Seseorang tidak boleh
mendakwa bahawa di sisinya ada keseluruhan al-Quran zahir dan batinnya
selain dadpada para wasi."
Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai mashaf Fatimah. Perkara ini
dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal.
238 - 240.
Abu Abdullah berkata,
Kami mempunyai mashaf Fatimah dan mereka tidak mengetahui apa dia mashaf
Fatimah itu. Abu Basir bertanya, "Apakah dia mashaf Fatimah itu? Abu
Abdullah menjawab, " Mashaf Fatimah sama seperti al-Quran kamu ini. Tiga
kali ganda besarnya. Demi Allah tidak ada satu huruf pun seperti al-Quran
kamu ini." Abu Basir berkata lagi demi Allah sahaja yang mengetahui
mengenai perkara ini. Abu Abdullah berkata; "Sesungguhnya Allah itu
mengetahui, tetapi tidaklah yang sedemikian itu. (tidak seperti al-Quran
Ahli Sunnah Wal Jamaah)
Kemudian Abu Abdullah diam sebentar, kemudian dia berkata, "Sesungguhnya
kami mempunyai ilmu yang telah berlaku dan yang akan berlaku sehingga
kiamat" Abu Basir bertanya, "Aku jadikan tebusan engkau ini, demi Allah
sahaja yang mengetahui. Abu Abdullah menjawab, "Sesungguhnya Allah sahaja
mengetahui, tetapi tidaklah seperti yang demikian."
Yang dimaksudkan dengan Abu Abdullah ialah Ja'far bin Muhammad al-Sadiq.
Abu Basir berkata lagi, Aku jadikan tebusan engkau, maka apakah yang
dimaksudkan dengan ilmu itu? Abu Abdullah menjawab, "Apa yang b~ di waktu
malam dan siang, terjadi sesuatu perkara selepas sesuatu perkara
sehinggalah hari kiamat."
Beberapa orang daripada sahabat kami dadpada Ahmad bin Muhammad daripada
Umar bin AbdulAziz daiipada Hammad bin Uthman, katanya, "Aku pernah
men-dengar Abu Abdullah berkata, "Orang-orang Zindiq akan muncul tahun
128H. Ini berdasarkan bahawa aku pernah melihat dalam mashaf Fatimah a.s.
" Hammad bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan mashaf Fatimah itu?"
Abu Abdullah menjawab, "Sesung-guhnya Allah S. W. T apabila ia mengambil
nyawa nabi s.a. w, terdengar sesuatu di telinga Fatimah yang ketika itu
merasa dukacita di atas kewafatan nabi s.a.w yang tidak diketahui
melainkan Allah S.W.T Lalu Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya
yang dapat menghiburkan kedukaannya." Lalu Fatimah mengadu perkara yang
demikian kepada Amirul Mukminin Ali, Alipun berkata, "Apabila engkau
merasai demikian dan engkau mendengar suara demikian, maka beritahulah
kata-kata itu kepadaku. Maka akupun diberitahu yang demikian. Lalu Amirul
Mukminin a.s. pun menulis setiap apa yang ia dengar, sehinggalah menjadi
satu mashaf ." Kemudian Hammad berkata, Abu Abdullah berkata,
"sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dalam mashaf itu perkara yang halal
dan haram, tetapi terdapat di dalam mashaf itu ialah mengenai ilmu yang
akan berlaku."
Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad daripada
Ali bin al-Hakam daripada al-Husain Ibnu Abu 'Ala' katanya, aku mendengar
Abu Abdullah berkata, 'Bersamaku ialah al-jafr al-Abyad ",,Abu
'Ala'bertanya, "Apakah yang ada di dalam al-jafr al-Abyad?". Jawabnya, "di
dalamnya ada kitab Zabur Nabi Daud, Taurat Nabi Musa, Injil Nabi Isa,
Suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan hukum halal haram dan mashaf Fatimah dan tidak
terfzkir terdapat di dalamnya al-Quran (tak ada), malah di dalamnya
terdapat apa saja yang diperlukan oleh manusia sehingga kami tidak perlu
lagi kepada seseorangpun, walaupun satujildah atau setengah atau
seperempat atau sekecil-kecil perkara."
Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat
Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf Uthmani.
Perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi,
Wa - ilmi oleh al-Kulaini hal 443-446
Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hussain daripada Abdul Rahman
bin Abu Hashim daripada Salim bin Salamah katanya;
"Seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan Abu Abdullah a.s (Ja'far bin
Muhammad al-Sadiq), sedangkan aku (Salim) mendengar huruf-huruf al-Quran
(yang dibacanya) itu bukanlah sepertimana yang lazim dibaca oleh orang
ramai. Lalu Abu Abdullah a.s. berkata; Berhentilah daripada membaca
Al-Quran ini, (sebaliknya) bacalah al-Quran sepertimana orang ramai
membacanya. Sehingga munculnya Imam Mahdi al-Muntazar a.s. Apabila telah
muncul Imam Mahdi al-Muntazar a.s. ia akan membaca kitab Allah (al-Quran)
mengikut yang sebenarnya, Ialu ia (Abu Abdullah) pun mengeluarkan Mashaf
yang ditulis oleh Ali a.s. sambil berkata; Ali a.s. telah menunjukkan
kepada orang ramai ketika beliau selesai (menulis mashaf tersebut). Sambil
berkata kepada mereka. Inilah dia kitab Allah (al-Quran) sebagaimana yang
diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesungguhnya aku
telah mengumpulkannya daripada dua lauh. Lantaran itu mereka berkata;
Inilah dia di sisi kita, mashaf yang mengandungi di dalamnya al-Quran yang
kami tidak perlu lagi kepada al-Quran tersebut. (mashaf Uthmani) Lalu
Saidina Ali berkata; Demi Allah tidaklah kamu akan melihatnya selepaa hari
kamu ini selama-lamanya. Hanya sesungguhnya menjadi tanggungiawabku untuk
memberitahu kamu semua ketika aku mengumpulkannya supaya kamu dapat
membacanya."
Ali bin al-Hakam daripada Hisham bin Salim daripada Abu Abdullah a. s.
katanya;
"Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh jibrail kepada Nabi Muhammad
s.a.w. mengandungi 17,000 ayat."
ULASAN
Golongan Syiah menganggap hanya Ali dan para Imam sahaj a yang menghafal
dan menghimpun al-Quran dengan sempuma. Perkara seumpama ini jelas
bertentangan dengan al-Quran, Firman Allah yang bermaksud:
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu danaku telah
cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi
agama untuk kamu".
(Surah al-Maidah ayat 3)
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara
dan menjaganya"
(Surah al-Hijr ayat 9)
Mashaf yang ada pada hari ini telah dikumpul di zaman para sahabat dan
sampai kepada tabi'in dan atba' tabi'in dengan cara mutawatir. Para
sahabat telah ijmak menerimapakainya dengan sebulat suara. Dalam masa
pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak menolak penyusunan al-Quran atau
membuat sebarang tokok tambah dan perubahan yang ada pada zaman sahabat
itu. Malah beliau menerima dan memperakuinya, serta beliau menyuruh Abu
Aswad Ad-Duali meletakkan baris dan titik pada huruf al-Quran mashaf
Uthmani untuk lebih mudah membacanya.
xi. Menghalalkan Nikah Mut'ah.
Golongan Syiah menghalalkan nikah Mut'ah. Perkara ini dinyatakan dalam
Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja'far Muhammad b. Ali b.
al-Husain Babawaih al- , Juzu' 1 hal. 358:
Adapun mut'ah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya
dan tidak mengharamkannya sehinggalah baginda wafat.
Abu Ja'far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih
Oleh Abu Ja'far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal: 358
"Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai AI-Raj'ah dan tidak
menganggap halal mut'ah kita".
Mengikut ajaran dan fahaman Syiah, perkahwinan Mut'ah tidak memerlukan
saksi, wali dan perisytiharan. Kenyataan ini disebutkan dalam Kitab
al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhammad b.
al-Hasan b. Ali al-Tusi, hal. 489:
"Adapun saksi dan pengisytiharan nikah kedua-keduanya bukan dapipada
syarat-syarat mut'ah dalam apa keadaan sekalipun. Kecuali jika seseorang
itu dituduh berzina, maka disunatkan pada ketika itu ia mengadakan dua
orang saksi ketika akad."
ULASAN
Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya
sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith sahih sebelum baginda wafat
dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara
hadith-hadith tersebut ialah:
Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang
nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging
kaldai jinak".
(Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)
Daripada al-Rabi' bin Sabrah daripada bapanya katanya, kami keluar
bersama-sama Nabi s.a. w. semasa haji Wida' di mana Baginda bersabda:
"Wahai manusia sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut'ah
(tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah S. W. T telah mengharamkannya
sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan mut'ah di
sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah kamu
mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya.
(Riwayat Ibnu Majah)
Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah,
beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali
kemudian baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui
seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah
berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat
membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah
s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah
mengharamkannya."
(Riwayat Ibnu Majah)
"Daripada Rabi' bin Sabran daripada bapanya bahawasanya Nabi s.a.w. telah
mengharamkan nikah mut'ah."
(Riwayat Abu Daud)
xii. Menambah Syahadah.
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi
Muhammad s.a.w. Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi
Ole
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/59889
Back to top
View user's profile Send private message
sebatang_kara
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I


Joined: Mar 18, 2010
Posts: 3740

PostPosted: Sat Jul 13, 2013 1:59 pm    Post subject: Reply with quote

Dok dang nok baco abih, panjang sangat. Tapi bukankah sembelihan ahli kitab itu boleh dimakan. Cuma yang mungkin menjadi persoalannya, sapa ahli kitab tuhh. Geng2 syiah tak layak dikategorikan sebagai ahli kitab kerrr.
Back to top
View user's profile Send private message
Batak
Prebet
Prebet


Joined: Mar 10, 2009
Posts: 131
Location: Hutan Belantara

PostPosted: Sat Jul 13, 2013 2:33 pm    Post subject: Reply with quote

sebatang_kara wrote:
Dok dang nok baco abih, panjang sangat. Tapi bukankah sembelihan ahli kitab itu boleh dimakan. Cuma yang mungkin menjadi persoalannya, sapa ahli kitab tuhh. Geng2 syiah tak layak dikategorikan sebagai ahli kitab kerrr.


Bukankah Syiah ada Quran versinya sendiri. Mausyuf Fatimah pun ada. Jadi mereka pasti tak keliur nak masuk kategori ahlul kitab.
Back to top
View user's profile Send private message
islamyusof
Lans Koperal
Lans Koperal


Joined: Jan 04, 2011
Posts: 477

PostPosted: Sat Jul 13, 2013 6:09 pm    Post subject: Reply with quote

Ayat perintah: Puasa dan Qisas
oleh Zainal Abidin Nor

Sudah tentu keyakinan kita terhadap hukum qisas itu sama pentingnya dengan keyakinan kita terhadap ibadat puasa.
Dua ayat dalam surah yang sama menjadi tajuk perbualan kali ini. Kedua-dua ayat tersebut, ayat 178 dan 183 merupakan ayat perintah daripada Allah SWT iaitu merupakan seruan kepada orang-orang yang beriman untuk melaksanakannya.
Dalam ayat 183 Surah Al-Baqarah, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Dalam ayat 178 Surah Al Baqarah juga bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman ‘Qisas’ (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan.”
“Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti rugi) dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya.
“Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang terperi sakitnya.”
Kedua-dua ayat perintah ini merupakan perkara wajib yang harus ditunaikan oleh umat Islam. Dalam erti kata lain, oleh mereka yang mengaku beriman. Satu ayat Allah SWT memerintahkan kita berpuasa (puasa wajib adalah dalam bulan Ramadan) manakala satu lagi ayat, Allah memerintahkan kita supaya melaksanakan hukum ‘Qisas”, yang juga wajib dilaksanakan.
Puasa wajib adalah pada bulan Ramadan manakala puasa sunat boleh dilakukan sepanjang tahun. Puasa sunat digalakkan pada hari-hari tertentu dalam kalendar Islam seperti puasa hari Isnin dan Khamis. Pusat sunat juga digalakkan pada 1 Rejab, 1 Syaaban dan 15 Syaaban sebagai contoh.
Qisas pula bermaksud balasan yang seimbang atau setimpal, umpamanya hukum membunuh dengan bunuh. Ayat 178 juga menjelaskan bagaimana hukum Qisas boleh dilaksanakan. Jika tidak dilaksanakan hukum bunuh kerana mendapat keampunan dari saudara yang terbunuh maka boleh dibuat dengan membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi.
Pohon segala ibadat
Cuba buka kitab Hadiyatul Saalikin yang dikarang oleh Sheikh Abdul Samad Palembang. Beliau memetik Imam Ghazali sebagai berkata bahawa puasa itu adalah pohon segala ibadat dan anak kunci yang membuka segala taat.
Ibadat dan taat kepada Allah SWT bertitik tolak dari amalan kita mengerjakan puasa. Dalam erti kata lain, kesungguhan kita menjalani ibadat puasa akan meningkat dan menambah keimanan serta membawa kita kepada ketaatan yang bersifat total.
Kalau kita boleh menerima puasa sebagai satu cabang ibadat, kenapa kita tidak boleh menerima hukum ‘Qisas’ sebagai salah satu cabang dari ibadat dan sebahagian dari perundangan Islam seperti hukum hudud dan takzir.
Pada hal kedua-dua ayat tersebut bersifat perintah daripada Allah SWT dan kita tidak boleh mengingkarinya sama sekali apatah lagi untuk mempersenda atau menentangnya.
Ibadat puasa boleh dikuatkuasakan ke atas setiap umat Islam yang akil baligh di negara ini. Jika ada orang Islam yang tidak berpuasa dalam bulan Ramadan, pihak majlis agama negeri-negeri akan mengambil tindakan sepertimana yang berlaku kepada seorang artis yang tidak berpuasa pada hari pertama Ramadan.
Tetapi persepsi dan pendirian kita terus berubah apabila disebut ‘Qisas’ sebagai satu hukum atau sebahagian dari syariat Islam yang mesti kita perjuangkan dan laksanakan. Kenapa mesti ada yang mengingkari ayat ‘Qisas’ ini?
Allah secara jelas sangat murka kepada hamba-hamba-Nya yang mengikut perangai Yahudi yang beriman dengan sebahagian dari isi kitab mereka dan menolak sebahagian dari isi kitab yang lain.
Jadi puasa yang diterima Allah ialah bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi juga membuang segala sifat yang keji (mazmumah) termasuk menerima Islam sebagai ad-din, yang mengatur segala aspek kehidupan kita sehari-hari.
Makanya kesempurnaan menjalani ibadat puasa itu sendiri bergantung kepada keikhlasan hati kita yang akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding dengan pahala dalam bulan-bulan yang lain.
Sudah tentu keyakinan kita terhadap perundangan Islam seperti hukum qisas itu sama pentingnya dengan keyakinan kita terhadap kewajipan menjalani ibadat puasa itu sendiri. Kalau tidak, aqidah kita boleh dipersoalkan.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/13/ayat-perintah-puasa-dan-qisas/#sthash.xvNzjjyc.dpuf
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.tranungkite.net Forum Index -> Isu Semasa All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Forums ©

BERITA & INFORMASI
Alternatif...
Buletin Online
CPI Asia
Detik Daily
Free Malaysia Today
Gegar Kelantan
Harakah Daily
Kedah Lanie
KLToday
KLpos
Laman M@rhean
Mahasiswa Kini
Malaysia Digest
Malaysia Insider
Malaysia Kini
Malaysia Kini (BM)
Malaysia Today
Merdeka Review (BM)
Minda Rakyat
NewsKini
Pahang Kini
Peghelih La
Roket Kini
Sabahdaily
Sarawak Report
Selatan Online
Siasah
TranungKite Online
TVS News
Utara Online
Warta Utara Baru!
Malaysia Transform Baru!

Info Negeri PR...
Buletin Kelantan
Buletin Mutiara
Selangor Kini
Warta Kedah

Perdana...
Bernama
Berita RTM
Berita Harian
Harian Metro
Kosmo
News Staits Time
Sinar Harian
The Star
The Star (BM)
The Sun
Utusan Melaysia
AUDIO & VIDEO
Isu Semasa...
MalaysiaKini TV
MP PAS
Kelantan TV
Koleksi Video PR
Malaysia Tube
Radio Web Selangor
Terengganu Kini
TVceramah
WebTV PAS
Youtube Buletin Online
Youtube PAS
Youtube TerengganuKini

Lain-lain...
Grapes Nasyid
Koleksi Ust Azhar
Kuliah.net
My Ceramah
My Maktabaty
One Kuliah Baru!
Koleksi Radio Online Kandangan TV Online
LUAR NEGARA
Al Jazeera (English)
Al Manhaj
Al-Sofwah.or.id
Kavkazcenter.com
Palestine Kini
Republika Online
LAMAN PORTAL
Al-Ahkam
Halaqah.Net
Hanan.Com
I Luv Islam
Lowyat Net
Portal Pendidikan
My Pendidik
TKO Daily
Ukhwah.com
INSTITUSI PENDIDIKAN
KIDU
KUDQI
KUIZM
KUIN
Maahad Darul Quran
Markaz Darul Bayan
SMI Darul Bayan
SRI Darul Bayan
SRAB Zainal Abidin
SRI Darul Iman
SRI Al-Irsyad, Balok
SRI Al-Irsyad, Kuantan
SRI At-Taqwa, Perlis
SRI Al-Hafidz, Sabah
Maahad Al-Ansoriyy
Madrasah Insaaniyyah
Pondok Pinang Merah
PAKATAN RAKYAT
Pakatan Rakyat
Parti Islam Se-Malaysia
Parti KeAdilan Rakyat
Parti Tindakan Demokrasi
PAS
Dewan Ulamak Pusat
Dewan Pemuda Pusat
Dewan Muslimat Pusat
Negeri
PAS Perlis
PAS Kedah
PAS Pulau Pinang
PAS Perak
PAS Selangor
PAS Negeri Sembilan
PAS Melaka
PAS Johor
PAS Kelantan
PAS Terengganu
PAS Pahang
PAS Sabah
PAS Sarawak
PAS W. Persekutuan

PAS Kawasan
P001 Padang Besar
P002 Kangar
P006 Kubang Pasu
P008 Pokok Sena
P009 Alor Star
P011 Pendang
P012 Jerai
P014 Merbok
P016 Baling
P028 Pasir Puteh
P030 Jeli
P031 Kuala Krai
P034 Setiu
P035 Kuala Nerus
P039 Dungun
P054 Gerik
P055 Lenggong
P057 Parit Buntar
P059 Bukit Gantang
P063 Tambun
P067 Kuala Kangsar
P068 Beruas
P072 Tapah
P073 Pasir Salak
P075 Bagan Datoh
P076 Teluk Intan
P077 Tanjung Malim
P082 Indera Mahkota
P085 Pekan
P086 Maran
P087 Kula Krau
P088 Temerloh
P090 Bera
P091 Rompin
P092 Sabak Bernam
P094 Hulu Selangor
P095 Tanjung Karang
P096 Kual Selangor
P108 Shah Alam
P111 Kota Raja
P125 Putrajaya
P126 jelebu
P129 Kuala Pilah
P131 Rembau
P133 tampin
P135 Alor Gajah
P137 Bukit Katil
P138 Kota Melaka
P139 Jasin
P141 Sekijang
P146 Muar
P166 Labuan
P182 Pensiangan

Pemuda PAS
Perlis
  Padang Besar
Kedah
  Langkawi
  Jerlun
  Kubang Pasu
  Padang Terap
  Sungai Petani
  Baling
  Padang Serai
  Kulim
Kelantan
  Machang
  Kuala Krai
  Jeli
Terengganu
  Besut
  K. Terengganu
  Marang
  Dungun
  Kemaman
Pulau Pinang
  Bukit Bendera
Perak
  Parit Buntar
  Bagan Serai
  Bukit Ganntang
  Sungai Siput
  Tambun
  Ipoh Timur
  Batu Gajah
  Kuala Kangsar
  Parit
  Kampar
  Gopeng
  Tapah
  Lumut
  Teluk Intan
  Tanjung Malim
  Bagan Datoh
Pahang
  Lipis
  Raub
  Jerantut
  Kuantan
  Paya Besar
  Pekan
  Maran
  Kuala Krau
  Termerloh
  Rompin
Selangor
  Sabak Bernam
  Hulu Selangor
  Gombak
  Ampang
  Hulu Langat
  Puchong
  PJ Selatan
  PJ Utara
  Shah Alam
WP Kuala Lumpur
  Batu
  Wangsa Maju
  Segambut
  Lembah Pantai
WP PutraJaya
  Bagan Datoh
PIMPINAN
Pimpinan PAS
Tuan Guru Nik Aziz
Tuan Guru Hadi Awang
Tn Hj Mohamad Sabu
YB Husam Musa
YB Mahfuz Omar
Tuan Guru Harun Taib
Ust Nasrudin Tantawi
YB Siti Zailah
Ust. Idris Ahmad
Dr. Mohd Hatta
Hanipa Maidin
YB Syed Azman
Tn Hj Hanipa Maidin
YB Khalid samad
Ust. Mohd Amar Abdullah
YB Zulkefly Ahmad
YB hasan Ali
Dr. Siti Mariah
Dr. Hj. Mahfodz Mohamed
Ustzh Nuridah
YB Siti Mariah
Ust. Abu Bakar Hussian Baru!

Pimpinan Pemuda PAS
Ust Nasrudin Hasan
Ust Nik Abduh
Khairul Faizi
Ust Riduan Mohamad Nor
Ust Mohd Yusni Mat Piah
YB Ust Mohd Nor Hamzah
Ust Fadhli Shaari
Ust Syed Abdul Kadir
YB Ust. Mohd Nasir Zakaria
Suhaizan Kaiat
YB Firdaus Jaafar
Dr. Suhazeli Abdullah
Herman Samsudeen

Pimpinan PKR
Anwar Ibrahim
Wan Azizah
Azmin Ali
Nurul Izzah
Tian Chua
Mansor Othman
Elizabeth Wong
Badrul Amin
Hee Lot Sian
Khalid Jaafar
Haniza Talha
Fariz Musa

Pimpinan DAP
Lim Kit Siang
Karpal Singh
Tan Seng Giaw
Lim Guang Eng
M. Kula Segaran
Fong Kui Lun
Teresa Kok Suh Sim
Lip Li Peng
Chong Eng
Liew Chi Tong
Tony Pua
Boo Cheng Hau
Wong Hon Wai
V.Sivakumar
SIASAH & SEMASA
Ajijoi
Al Brangi
Al Banjari
A L- H U S S E Y N
Al-Kundangi
A.M.K.NS.
Amin Iskandar
Anak Sungai Derhaka
Asam Lambunau
Attakiri
Bancuh Baru!
Beras Terpilih
Beras Melaka
Biaq Pi La
Bicara Khairul Faizi
Bloglist TKO
Bota Online Baru!
Budak Balun
Bumi Perak
Cenangau
Cikgu Nuri?s Online
Cina Islam
Edyesdotcom
GreenBoc
Go Malaysia
Hamirdin
Harapan malaysia
Halim Islam Online
Ibnu Hasyim
Ibrahim Baba
Ikut Suka Aku
Islam Return
Jiwo Klate
Kamarudin Sidek
Kalam Perantau
Kerabu Bersuara
Kide Picture
Kopitiam Bang Nan
Lagenda Buta
Lanh14
Lot 250
Love Perak
Mai Bincang-bincang
Malaysia Waves
Mengejar Cahaya
Merah Hitam
Merah Tinta
Milo Suam
Minda Lutfi
Minda Rakyat
MutaLigat
Nik Hasan Zzmi
Orang Klawang
Oh! Rakyat
Peghelih La...
Penarik beca
Penawar Rindu
Penoreh Getah
Penoreh Getah II Baru!
Perisik Rakyat
Pink Turtle
Rencana Rakyat
Roslan SMS Corner
SharpShooter
Sisi Bukit Baru!
Shahbudin
Sofi Wahab
Sokong PR
Suhaimi Saad
Suhaimi Taib
Suhaizan Kayat
Tarmizi Mohd Jam
Tawan Pekan
Tempayan Retak
Tempe Goreng
Tebas
Tok Pijat
Tun Telanai
Tukar Tiub
Tukul Besi
Ummni Anni
Ust. Nik Nasri
Ust. Saiful Bahri
Wan Nordin Yaacob
Warkah Daily
Warta Maya
Wartawan Laman Reformasi
Zul Mamak
Harism Ibrahim
Barking Magpie
Zorro Unmasked
BICARA AGAMA
Al-Ahkam
Al-Fikrah
E-Fatwa Malaysia
Fatwa Online
Ust. Azhar Idrus
Ust. Amin
Ust. Hasrizal
Ust. Zaharuddin
Dr. Mohd Asri
Dr. Abdul Basit
Darul Mujahidin
Harun Yahya
Ilmu & Ulama
Islam Online
Jarum Emas
Kajian Quran
Surau 2Faber
Tarbawi Baru!
TKO Offline
We Choose Islam Baru!
WEBLOG UMUM
Abu Nuha Corner
Aizek.Net Baru !
Al Belurani
Amirulreza
Bayu Gunung
Cili Merah
CikguCyber Baru !
Dairy Muslim
Desa Kerayong
Farid Rashidi
Fikir2 Renung2
Gaya Peneroka
Hati Sufi
Jiwa Kita Merdeka
Kembara Salik
Kereta Mayat
Minta 5 Minit
Nota Tercicir Baru !
Open Minda Baru !
PapaSiber
Perkhimatan Pelajaran Baru!
Rosli Salem
Satu Umat
Syakur Ibrahim
Unpublished Notes
PERTUBUHAN & NGO
Amal Malaysia
Aliran
BERSIH
Fomca
Halal Jakim
MAMPAT
Muslim Consumer
Nadwah Pahang
Persatuan Ulama Malaysia
Skuad Waja Terengganu
Suaram
UMUM/LAIN-LAIN
Ahnaf Khat
Guru Tajweed Syatibi Baru!
Grafik Photoshop
Health Tips
Quran Online
Quran Flash
Mega link (link-link yang lain)
* Link laman yang dipaparkan adalah yang aktif sahaja.
Laman tidak dikemas kini lebih daripada sebulan akan dikeluarkan secara automatik..
[Untuk yang lain-lain sila klik Mega Link atau Link Pilihan pada atas Homepage ini]

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER @ IBT
(IKATAN BLOGGER TERENGGANU - IBT)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : [email protected] atau Webmaster : [email protected]

764 Lorong 5 Kiri, Jalan Nibong Stesyen,
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman
Tel/Faks : 09-844 8001



All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.