Tahniah! Perak Bakal Dapat Menteri Besar Yang Baru
Date: Friday, December 09 @ 04:11:38 MYT
Topic: Berita


Oleh seexarc2

Ini bukanlah satu berita yang di reka-reka. Berita ini saya perolehi dari kakitangan Kerajaan Negeri Perak yang rapat dengan bakal Menteri Besar Perak yang baru ini. Kebetulan kami bertemu di satu majlis Himpunan PAS Perak beberapa hari yang lepas. Bakal Menteri Besar Perak ini di katakan telah memberitahu teman saya berkenaan perkara ini.


Gambar : Dato’ Manaf (kanan – berbaju putih) dan Dato’ Hamdi (kiri)

Orang yang saya maksudkan ialah Dato’ Manaf Hashim (Ketua UMNO Bahagian Bruas). Beliau dikatakan sangat rapat dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, Dato’ Zahid Hamidi dan Dato Ahmad Husni Hanadzlah. Menurut Dato’ Manaf, Dato’ Seri Najib telah berjanji untuk menjadikan beliau sebagai ADUN menggantikan Dato’ Hamdi dan seterusnya menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Kemana Dato’ Seri Najib nak letak Zambry, tidaklah di ketahui.

 

Nampaknya Perdana Menteri sudah ketandusan calon untuk melantik seorang Menteri Besar Perak yang baru menggantikan Dato’ Seri Dr Zambry Kadir. Dato’ Manaf yang mendapat peruntukan yang tinggi dari MAYANG dan dalam diam beliau telah bersekongkol dengan kroni-kroninya untuk mengaut projek dari peruntukan ini. Antara kroninya ialah Azman Noh dan beberapa orang lagi. Kroni beliau ini termasuklah juga seorang cikgu sekolah bernama Cikgu Azizi yang kerja sampingannya membuat perniagaan menyewa khemah untuk majlis-majlis keraian. Di khabarkan, kroni-kroni Dato’ Manaf ini akan berlari kalau bos mereka ni panggil.

 

Bakal Menteri Besar Perak ini mempunyai satu aktiviti yang menarik iaitu membuat lawatan-lawatan ke negara jiran. Tujuan lawatan tersebut di katakan ada kaitan dengan melawat ‘adik-adik angkat perempuan’ beliau yang baru mahupun yang lama. Apa yang beliau buat bersama adik-adik angkat ini, tidaklah diketahui.

 

Sekarang ini pun telah bermula perang psikologi untuk melobi sebagai calon. Contoh terbaik yang boleh kita lihat ialah melalui blog “Labun-Labun Cikgulin” Berikut adalah petikan apa yang tertulis di dalam blog tersebut :

 

“Bagi ADUN yang bukan lagi Ketua Bahagian perlu difikirkan untuk meletakkannya semula.

Contoh 1: N36 Pengkalan Baru adalah LOGIK digantikan dengan Calon Baru disebabkan Majoriti Menangnya hanya 14 undi sahaja. Disebabkan kawasan ini hanya 1 (satu) kerusi sahaja untuk UMNO agak sukar untuk MENIDAKKAN KETUA BAHAGIAN (Dato' Abd. Manaf Hashim) sebagai Calon Utama. Jika telah berlaku PERTELAGAHAN PENDAPAT, "Calon Selamat" perlu diletakkan iaitu En. Azman bin Noh (Naib Ketua Bahagian).”


Semua ini adalah permainan untuk melobi sebagai calon. Negeri Perak akan hancur jika pemimpin-pemimpin seperti ini mentadbir. Sama-samalah kita fikirkan, pemimpin seperti manakah yang kita mahukan. Undilah dengan sebaik-baiknya.







This article comes from Tranungkite Online v11
http://www.tranungkite.net/v11

The URL for this story is:
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=10858