Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Senarai kakitangan terlibat JKKK diteliti untuk tindakan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri meneliti senarai nama kakitangannya yang terlibat dengan pertubuhan haram Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk diambil tindakan sewajarnya. Setiausaha Kerajaan Dato’ Senara Muda Haji Mazlan Hashim berkata, Kerajaan baru sahaja menerima senarai lengkap nama kakitangannya yang dikatakan terlibat dengan JKKK. Beliau berkata demikian tanpa menyebut nama dan jumlah bilangan kakitangan yang diambil tindakan kepada WARTA dipejabatnya di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.

Katanya, kerajaan sedang meneliti dan menghalusi senarai itu untuk tindakan selanjutnya agar tindakan itu nanti diterima dengan baik dan dilakukan dengan keadilan. Beliau menjelaskan bahawa kakitangan yang melanggar arahan kerajaan terutama yang berkait penglibatan mereka di dalam JKKK tidak terlepas dari diambil tindakan. Katanya, pergerakkan gaji statik terhadap kakitangan yang terlibat dengan pertubuhan haram itu adalah tindakan dan langkah awal yang akhirnya akan disusuli dengan lain-lain tindakan seperti tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Katanya, tindakan sedemikian mesti diambil melainkan mereka terbabit boleh membuktikan mereka tidak terlibat dengan JKKK dengan mengemukakan surat Akuan Bersumpah kepada jabatan masing-masing. "Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah atas ‘sumpah palsu’ sekiranya didapati mereka mengemukakan sumpah palsu," tegasnya. Beliau menambah Kerajaan bertindak demikian bukan kerana seseorang itu UMNO ataupun PAS tetapi atas kepentingan prinsip yang telah digariskan.

"Kita mahu ulangi amaran yang terdahulu iaitu mana-mana kakitangan yang tidak bersedia akur dengan mana-mana arahan, pekeliling ataupun peraturan yang sedia ada maka mereka boleh mengundurkan diri," tegas beliau lagi. Sebelum itu beberapa akhbar melaporkan bahawa seramai 43 kakitangan kerajaan yang terbabit dengan petubuhan haram itu diambil tindakan oleh kerajaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : [email protected]