Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bajet 2004: Mahathir akhirnya mengaku duit rakyat

Buat pertama kali, Mahathir mengaku duit kerajaan adalah duit rakyat, bukan duitnya. Jika duit rakyat, kembalilah kepada rakyat secara adil, sama ada rakyat itu UMNO atau PAS. Selama ini dia nafikan duit rakyat Kelantan dan Terengganu, seolah-olah duit itu duit ehsan kerajaan BN. Bukan itu saja: Hakikatnya gaji PM pun rakyat yang bayar! gaji menteri pun rakyat yang bayar. Berterima-kasihlah pada rakyat, bukan pada kerajaan BN. Menteri BN semuanya digaji dengan duit rakyat untuk menjalankan kepentingan rakyat dan negara. Menteri seluruhnya perlu berterima kasih pada rakyat termasuk ahli PAS dan UMNO.

Jika tidak kerana berkembangnya pengaruh pembangkang dan tekanan kuat dari mereka, aku pasti kerajaan akan masih melambat-lambatkan usaha untuk membaiki taraf hidup rakyat terutamanya di luar bandar. Bajet yang lebih mesra rakyat akan terus kita nikmati di pembentangan-pembentangan berikutnya sekiranya kita bijak menggunakan hak kita sebagai pengundi.

Pilihlah wakil-wakil kita yang benar-benar berjiwa rakyat tidak kiralah dari parti mana pun ia wakili. Bagi saya, hamba Allah yang daif lagi bodoh ni, parti-parti politik hanyalah sebuah wadah bagi individu-individu bergerak secara berjemaah, terancang dan terarah bagi memperjuangkan idealisma dan kepentingan bersama. Namun sejak akhir-akhir ini, ramai wakil-wakil kita sudah lupa kepada peranan dan perjuangan asal mereka. Mereka lebih selesa dilayan sebagai 'celebrity' dan mengangkat diri sebagai manusia berkasta tinggi dan berprestij. Cuba lihat gaya hidup, gaya berjalan, gaya bercakap dan serba serbinya baik ia dari BN atau opposisi, hampir sama saja. Entahlah, kut Tuhan dah takdirkan mereka begitu. Mungkin inikah bentuk reformasi yang ingin kita saksikan?

Berbalik kepada bajet, saya amat yakin rakyat akan lebih beruntung sekiranya majoriti 2/3 yang dinikmati oleh BN dikurangkan. Perwakilan yang lebih seimbang di Dewan Rakyat akan menghangatkan lagi perbahasan-perbahasan yang berkait rapat dengan isu rakyat sebelum sesuatu rang undang-undang diluluskan. Tidak timbul lagi isu rubber stamp atau tradisi yes man yang selama ini mendominasi kehidupan rakyat terbanyak. Barulah setiap isu rakyat akan dikupas dan dibahas dengan teliti dan berhati-hati. Barulah kita dapat menyerlahkan kematangan wakil-wakil kita berhujah dan membuat keputusan. Barulah rasanya sentimen kepartian dapat dikurangkan di mana rasional dan kewajaran menjadi pertimbangan. Seharusnya begitu. Selagi ada minoriti di dalam dewan selagi itulah suara mereka walau sebaik manapun akan dipinggirkan dan dipermain-mainkan. I vote for sanity.

Pertandingan akan memaksa setiap parti mencari calon yang terbaik agar diterima rakyat. Rekod parti dan rekod peribadi calon menjadi sandaran untuk kita membuat keputusan terbaik. Dapatkah kita membuat keputusan atas pertimbangan wajar yang juga selaras dengan gerak hati ataukah kita perlu orang lain membuat keputusan untuk kita???

PAS perjuangkan Islam.
UMNO perjuangkan sekularisme.
PAS tak sama dengan UMNO.

Mana boleh kita cakap, pilihlah wakil rakyat mana-mana pun asalkan berjiwa rakyat. Bolehkah Muslim memilih sekularisme dan menginggalkan Islam? Cubalah anda buka fikiran dan think global. Tuhan menjadikan manusia berbagai-bagai puak dan rupa bangsa dan datang bersamanya pula bermacam-macam ragam dan budaya manusia. Kita tidak dapat elakkan diri dari segala macam diversity ini. Tuhan memberi akal kepada manusia supaya kita mencari hikmah dalam menangani masalah diversity ini supaya kesejahteraan dapat dicipta dan keharmonian hidup dinikmati bersama. Untuk ini Tuhan mengilhamkan manusia jalan-jalan yang lurus yang dinamakan agama supaya manusia dapat jadikannya panduan untuk menuju matlamat kesejahteraan tadi.

Setiap manusia yang beragama mempunyai caranya tersendiri untuk mengagungkan Tuhannya, mungkin kefahaman dan amalannya saja yang berbeza. Ini harus kita hormati dan jadikan ia sebagai titik penyatuan kerana semuanya bermatlamatkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Antara usaha manusia untuk merealisasikan matlamat tersebut maka terciptalah berbagai rupa bentuk sistem hidup dikenali sebagaiideologi atau politik. Di peringkat inilah manusia sering terperangkap dalam ideologi masing-masing kerana setiap satunya mendakwa ideologinyalah yang terbaik untuk mensejahterakan manusia. Sewajarnyalah timbul diversity dari segi pendekatan dan kefahaman. Di sini jugalah tercetusnya perbalahan dan pertentangan yang tiada berkesudahan lantaran ketaksuban yang melanda fikiran dan tindakan.

Wajarkah ini berlaku, sekiranya kita saling hormat menghormati dan cuba mengekploitasi diversity ini dengan baik? Selagi kita menggunakan approach serang menyerang dan merendah-rendahkan kredibiliti lawan, selagi itulah kita akan dibelenggu dalam kecelaruan.

Dalam konteks negara kita, berbagai-bagai istilah dicipta untuk mendiskredit usaha lawan. Sekular dan Islam bukanlah bandingan yang tepat. Islam adalah cara hidup bagi manusia menjernihkan jiwa dan amalan bagi mendekatkan diri kepada Tuhan sedangkan sekular adalah merupakan istilah rambang yang dilabelkan kepada pemerintah kerana mengutamakan duniawi semata-mata. Dalam aspek pendidikan, sistem yang kita amalkan sekarang walaupun pelajaran agama masih diajar di sekolah-sekolah, namun sukatan dan pendekatannya mungkin tidak memenuhi piawaian dan harapan sesetengah pihak. Mungkin dalam aspek ini, sesuatu yang lebih substantive dapat dibentuk dengan mengambil pandangan dari semua pihak termasuk pembangkang. Bagi saya, sementara pihak yang memerintah memegang kuasa, pihak pembangkang buatlah apa yang patut untuk memenangi hati rakyat menerusi tindakan-tindakan positif seperti social reform, dasar-dasar praktikal yang dapat diterima oleh semua pihak dan menjadi role model. Insya Allah benda yang baik akan senantiasa diberkati Allah.

Cerita duit? Inilah yang dinamakan pembohongan dan pengkhianatan yang paling nyata! Dan ianya adalah pembohongan dan pengkhianatan biasa sebab orang melayu mudah LUPA! Bahana pilihanraya dah semakin dekat, terpaksalah keluarkan cakap-cakap duit rakyatlah, rakyatlah sebenarnya kerajaan! Tapi lihatlah nanti selepas pilihanraya!

Tak caya? Tengoklah nanti! Mesti dia cakap yang duit tu adalah duit kerajaan bn yang punya! Segala macam projek akan ditampal poster besar-besar menyatakan - INI ADALAH PROJEK KERAJAAN BN Dan yang paling penting - kerajaan adalah bagi siapa yang memerintah saja!

Itulah permainan orang politik yang jarang kita sedari. Tindak-tanduk mereka tidak melambangkan niat hati. Kelemahan kita adalah kerana mempercayai apa yang PERTAMA kita lihat dan ini dieksploitasi sepenuhnya. Lain kali cuba analisa tindaktanduk orang politik... selami apa yang tersirat. Akan kita sedar bahawa dalam banyak insiden mereka cuma memberi signal yang salah... agar kita off-balance dan apabila kita sedar... SEGALANYA SUDAH TERLAMBAT.

Umno insaflah!!! Kita ingatkan regim mahatir agar bersikap adil, jangan makan wang rakyat, jangan tipu rakyat dan jangan bebankan generasi akan datang dengan hutang... kerana terlampau banyak hutang akan menjadikan negara ini papa kedana.

Ingatlah bahwa penyokong PAS/BA pun bayar cukai juga, kalau belanja wang tu jangan nak bagi kat penjilat bontot saja... Ingatlah juga pemimpin umat yang zalim tak dapat cium syurga..., jangan ingat alam barzakh tak nampak ia tidak ada... Kalau bercakap tentang PAS, berikan peluang orang PAS bercakap juga. Jangan jadi jurucakap PAS pulak sebabnya nampak sangat kejahilan umno tu.

Sembahyang asar... bajet 2004??? bila masa depa tu sembahyang asar. Siaran TV siarkan rancangan itu secara lansung, kalau tak silap saya selesai jam 7.00 ptg. Perbentangan bajet masih belum selesai. Ucapan itu ucapan ini. Bila mereka bersurai? Sempat ker dia orang sembahyang asar. Bagi kita yang sedang rehat dirumah pun kalau waktu kecemasan begitu pun boleh jadi tergelincir. Ini kan pula para menteri di dalam dewan tersebut. Tak taulah samada depa tu sembahyang ke tidak. Depa dan Allah saja yang tahu.

Inilah yang dikatakan Malaysia sebuah negara Islam. Tak ada masa untuk berhenti untuk asar atau pun hormat masa asar. Tidak pernah UMNO mempunyai agenda sembahyang dalam program mereka. Sah mereka terlepas asar. Mula 4 hingga 7. UMNO menolak sembahyang kerana ekonomi!!! Mula baca doa, penyudahnya baca doa. Serasi dan menepati negara Islam, tapi bila waktu Asar tak behenti, sama ada TAK SEMBAHYANG ASAR atau melengah-lengahkan WAKTU, adalah berdosa. Kebetulan pula dilakukan oleh pemimpin NEGARA ISLAM CONTOH. Si Jamalaluddin Jarjis dan sorang dua lagi Timbalan Menteri Kewangan pun satu. Yang disuruh YAB PM berdiri sampai 3 jam tu memang tak patut. Sepatutnya cakaplah "YAB PM, biar saya pulak bentang BAJET 2003, YAB PM pergi sembahyang Asar dulu, Lepas siap nanti, bentanglah balik!"Sembahyang pun nak kena suruh?. Pemimpin negara Islam taik kucing!. Ulamak PAS tak perlulah nak nasihatkan pemimpin 'negara Islam' itu supaya sembahyang. Sepatutnya mereka hanya layak dinasihatkan oleh tukang sapu sampah lobi parlimen sahaja.

Ulamak PAS perlu nasihat dan terangkan soal hukum dan perundangan Islam kepada 'pemimpin 'negera Islam' itu....macam la umur depa tu baru 7 - 10 tahun jer, dah tua nak mampus pun kena bagi tau lagi pasai bab sembahyang. UMNO tetap UMNO. Negara Islam kunun... Orang UMNO sila jawab. Inilah yang dikatakan Malaysia sebuah negara Islam. Tak ada masa untuk berhenti untuk asar atau pun hormat masa asar.

Malaysia sebuah negara Islam yang sebenarnya dan OIC sendiri mengiktirafkan kata-kata pemimpin kalian. SAR dihapuskan. Bukit Tinggi ditinggikan. Kununnya untuk penambahan ekonomi sejagat.

Mengikut perancangan Bajet 2004, Felda akan di senaraikan di BSKL. Ini memberi peluang kepada kerajaan membaiki aliran kewangan (to unlock) dari pelaburan di Felda. Pada masa yang sama memberi peluang kepada pekerja dan peneroka Felda untuk mendapat saham. Semoga mendapat kejayaan jauh lebih baik dari Bernas BHD.

Maka tinggallah peneroka bersama tunggul kelapa sawitnya. Kebunnya bertukar saham! Esok Bila rugi jangan kata Orang seludup sawit macam bernas punya alasan!! FELDA akan jadi Milik KRONI !! Dato' Rozali Ishak...seorang Jutawan dari FELDA dato' Rozali ishak dijangka menguasai FELDA!! Lepas bantai Air Selangor!! dia sapu...Orang punya FELDA !!

Bajet 2004 – Janji Belanjawan 2000 BELUM DITUNAI !!!

Fakta 1 : Belanjawan 2000 menjanjikan Kolej Komuniti akan diwujudkan disetiap kawasan Parlimen

Fakta 2 : Setakat tahun 2002 hanya 17 Kolej Komuniti telah diwujudkan, tetapi 10 daripadanya menumpang sekolah menengah dan politeknik.

Fakta 3 : Untuk tahun 2003 lagi 17 Kolej Komuniti telah diwujudkan, di mana kesemua 17 buah menumpang sekolah menengah.

Fakta 4 : Setakat 2003 hanya 15% janji Belanjawan 2000 baru tertunai , 34 Kolej Komuniti untuk 219 kawasan parlimen di Malaysia.

Fakta 5 : Negeri Sembilan ada 2 Kolej Komuniti sahaja di mana satu menumpang SMT Kuala Klawang, baru 25% janji kerajaan tertunai di Negeri Sembilan.

Fakta 6 : Bajet 2004 mengatakan Pusat Giat Mara akan ditingkatkan sebagai Kolej Komuniti. Satu pendekatan yang baik, tapi akan wujudkah konsep Giat Mara lagi, di mana Giat Mara selama ini telah banyak membantu mereka yang tidak mempunyai kelulusan SRP, SPM, STP untuk menjalani latihan teknikal, juga untuk bekas-bekas tentera ?

MELAYU MUDAH LUPA DENGAN JANJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PADA PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2000. MELAYU MUDAH LUPA KONSEP DAN TUJUAN PUSAT GIAT MARA DIWUJUDKAN UNTUK MEMBANTU BANGSA MELAYU YANG BERPENDIDIKAN RENDAH DAN TIDAK BERKEMAMPUAN.

RUJUKAN

http://www2.moe.gov.my/~jptek/bmhtml/organ/bpkk.htm Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 November 1999 yang membincangkan Belanjawan 2000 telah memutuskan supaya Kementerian Pendidikan membuat kajian mengenai model dan konsep kolej komuniti yang sesuai untuk diwujudkan di setiap Kawasan Parlimen di seluruh negara.

http://www.spr.gov.my/lokaliti/parlimen.html
P.001 PADANG BESAR - P.219 BUKIT MAS
P.126 JELEBU
P.127 JEMPOL
P.128 SEREMBAN
P.129 KUALA PILAH
P.130 RASAH
P.131 REMBAU
P.132 TELOK KEMANG
P.133 TAMPIN

http://www.emedia.com.my/m/BHarian/Saturday/Ekonomi/20030913112651/Article/
“Sehubungan itu, Pusat Giat Mara akan ditingkatkan sebagai Kolej Komuniti yang memberi penekanan kepada latihan vokasional.

http://www.i.com.my/bpkk/kolej.html
Bil Nama & Alamat Kolej Komuniti Tarikh Mula Beroperasi
1. Kolej Komuniti Kuching d/a Sek. Men. Teknik Sejingkat 15 Mei 2001
2. Kolej Komuniti Tawau 15 Mei 2001
3. Kolej Komuniti Arau d/a Sek. Men. Teknik Arau 16 Mei 2001
4 Kolej Komuniti Bandar Darulaman 16 Mei 2001
5. Kolej Komuniti Kepada Batas d/a Politeknik Sebarang Perai 16 Mei 2001
6. Kolej Komuniti Jempol 16 Mei 2001
7. Kolej Komuniti Bukit Beruang d/a Politeknik Kota Melaka 16 Mei 2001
8 Kolej Komuniti Segamat d/a Sek. Men. Teknik Segamat 16 Mei 2001
9. Kolej Komuniti Kuantan 16 Mei 2001
10 Kolej Komuniti Kuala Trengganu 1 Jun 2001
11.Kolej Komuniti Teluk Intan d/a Sek. Men. Teknik Seri Manjung 4 Disember 2001
12.Kolej Komuniti Sabak Bemam 4 Disember 2001
13 Kolej Komuniti Sungai Petani d/a Sek. Men. Teknik Sg. Petani 2 1 Jun 2002
14 Kolej Komuniti Bayan Baru d/a Sek. Men. Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra 1 Jun 2002
15 Kolej Komuniti Chenderoh 1 Jun 2002
16 Kolej Komuniti Ledang d/a Sek. Men. Teknik Muar 1 Jun 2002
17 Kolej Komuniti Mas Gading d/a Sek. Men. Teknik Sejingkat 1 Jun 2002

http://www.i.com.my/bpkk/kolej2003.html
Senerai Kolej Komuniti Baru Yang Akan Mula Beroperasi Pada Jun 2003
1 Kolej Komuniti Pasir Salak d/a SMT Sri Iskandar
2 Kolej Komuniti Hulu Selangor d/a SMK Taman Bunga Raya
3 Kolej Komuniti Kuala Langat d/a SMK Banting
4 Kolej Komuniti Bentong d/a SMT Tengku Ampuan Afzan
5 Kolej Komuniti Rompin d/a SMT Sultan Ahmad Shah
6 Kolej Komuniti Jementah d/a SMK Seri Jementah
7 Kolej Komuniti Paya Besar d/a SMK Seri Damai
8 Kolej Komuniti Hulu Langat d/a SMT Kajang
9 Kolej Komuniti Jelebu d/a SMT Kuala Klawang
10 Kolej Komuniti Alor Gajah d/a SMT D.S Mohd Zain
11 Kolej Komuniti Selayang d/a SMT Gombak
12 Kolej Komuniti Mentakab d/a SMT Temerloh
13 Kolej Komuniti Selandar d/a SMK Nyalas
14 Kolej Komuniti Gerik d/a SMT Gerik
15 Kolej Komuniti Sungai Siput d/a SMK Muhibbah
16 Kolej Komuniti Jasin d/a SMT Jasin
17 Kolej Komuniti Kota Tinggi d/a SMT Kota Tinggi






___________________________
Terbitan : 17 September 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)