Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Para Pak Haji Umno Kampung Paya, Permatang Pauh Anjur Karoeke.

Oleh : Mat Sepai

PMTG PAUH - Apabila Mahadir membebel mengatakan pengikut PAS sesat, penganut-penganut Umno mengangguk membenarkan kata-kata “ulama tertinggi” mereka. Justeru itu, dalam era globalisasi ini, Mahadir menyarankan Al-Quran perlu ditafsir semula. Malah beliau berani “berfatwa” bahawa 4 mazhab pegangan umat Islam hari ini, ada yang salah kerana mazhab-mazhab ini berbeza pegangannya. Dengan kata lain, umno pimpinan Mahadir cuba membuat penafsiran baru terhadap Islam.

Oleh itu, bukanlah suatu perkara yang pelik apabila ada ahli umno yang bergelar haji dan berjawatan AJK masjid boleh terlibat menganjurkan pertandingan karoeke untuk muda mudi. Hal ini telah dibuktikan oleh pemimpin dan ahli-ahli umno Cawangan Kg Paya di Parlimen Permatang Pauh yang telah diadakan di sebuah pub dan pusat membeli belah di Bukit Mertajam baru-baru ini. Haji Jamaludin Abas, ( Pak Din Ubat Nyamuk,) Haji Abas Hashim dan Haji Zulkamal, merupakan pegawai dan AJK Masjid Tengah Berapit, Bukit Mertajam yang telah ditauliah oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Meskipun penglibatan mereka bukannya atas kapasiti sebagai AJK Masjid, tetapi selaku Pengerusi dan AJK Rukun Tetangga Kampung Paya.

Haji Jamaludin merupakan Pengerusi Rukun Tetangga, JKKK dan Ketua Umno cawangan Kampung Paya, merupakan AJK masjid berkenaan. Manakala Haji Abas Hashim ialah AJK Umno Kg Paya, merupakan bilal Masjid Berapit, Zulkamal ialah Pemuda Umno cawangan, juga merupakan Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Masriyah Bukit Mertajam. Mereka turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam J/K Rukun Tetangga berkenaan. Ahli-ahli umno lain yang terlibat ialah Sdr. Rosli dan Sdr Jamil.

Pertandingan karoeke itu, merupakan anjuran bersama Rukun Tetangga Kg Paya dengan The Summit Bkt Mertajam. Pusingan awal telah berlangsung di sebuah Pub Bukit Mertajam Country Club dan peringkat akhir di The Summit Bkt Mertajam.

Salah seorang penduduk kampung berkenaan berpendapat, “Inilah kualiti mereka yang bergelar “Haji” dalam Umno. Mereka telah benar-benar menyahut seruan Presiden Umno, Dr. Mahadir, yang pernah menyeru agar al-Quran ditafsir semula untuk disesuai dengan zaman kini. Mungkin inilah contohnya, tafsiran Islam ala-Umno.”

Beliau turut menambah, “Ketiga-tiga mereka juga jarang kelihatan bersembahyang di masjid berkenaan, apatah lagi untuk menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid ini. Penulis juga dimaklumkan ketiga-tiga mereka selalu gagal hadir di mesyuarat Jawatankuasa Masjid. Sepatutnya sebagai AJK masjid, mereka perlu mengimarahkan masjid, bukannya terlibat dalam penganjuran pesta karaoke itu.” katanya kesal.

Terdahulu daripada itu, ketika puluhan ribu warga Permatang Pauh dan kawasan persekitarannya membanjiri Cherok Tok Kun sempena majlis perkahwinan Puteri Reformasi baru-baru ini , Umno Pmtg Pauh turut mengadakan program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Paya. Antara lain bertujuan untuk menghalang orang ramai ke majlis perkahwinan Nurul Izah. Yang lucunya program anjuran Umno Bahagian Pmtg Pauh itu, hanya dihadiri sekitar 60 orang sahaja, meskipun iklan dan kain rentangnya dipasang di segenap simpang jalan.

Manakala itu, sumber dalaman umno memaklumkan, Hj Jamaluddin, selaku Ketua Umno Cawangan Kg Paya, telah membuat tuntutan jamuan sebanyak RM3500.00 untuk majlis tersebut.

Sememangnya umno semakin gila ….






______________________
Terbitan : 13 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com