Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

VCD Lucah : Selain Hishamuddin, Ziela Jalil Turut Terlibat ?

Oleh : Mat Sepai.

PMTG PAUH- Pada peringkat awal ketika heboh cerita panas Wan Nor Azlin, aku kurang yakin akan kebenaran cerita itu. Maklumlah, seorang artis cantik yang selalu membawakan watak-watak baik dan gadis bersopan santun tidak mungkin sanggup melakonkan adegan ranjang seperti yang ditohmahkan. Dulu, “vcd box office” lakonannya yang juga seorang ahli Puteri Umno turut dinafikan oleh Laman GT Puteri. Namun kini, dah terbukti kebenarannya, hilanglah segala kesangsian yang pernah terbuku di sanubari ! Yang menjadi tanda tanya sekarang, mengapa mereka tidak didakwa seperti si pramugara yang telah dihadapkan ke mahkamah. Kalau tidak di mahkamah sivil, sepatutnya didakwa di mahkamah syariah.

Sekarang, heboh pula kisah Si Hishamuddin dengan artis Nasha Aziz. Nak percaya buktinya aku belum ada, tak nak percaya …boleh jadi betul pulak ! Namun, apabila diselongkar semula kisah silam Ketua Pemuda Umno ini, yang pernah bergelumang dengan tin-tin arak dan sekelompok wanita seperti yang pernah tersiar di http://www.members.tripod.com/~harakuh/ , ( lihat gambar-gambar yang disertakan ) tidak mustahil perkara ini boleh berlaku. Anjing, kalau dah pernah makan tahi, kalau tak makan pun pasti akan menciumnya juga. Mungkin sebab itulah , KDN HEP kelam kabut bagai nak gila, kononnya hendak memerangi vcd lucah

Belum “confirm” cerita Hishamuddin, sekarang ni heboh pulak cerita vcd lucah Ziela Jalil , bini kedua Tan Sri Megat Junid (Ketua Penerangan Umno). Member aku, seorang Penolong Pengurus di sebuah kilang di Kulim telah memaklumkannya. Dia telah diberitahu oleh Pengurus kilang tersebut yang berbangsa Tionghua. Katanya, “Boss aku dah tengok vcd tu, tapi dia tak kenal siapa Ziela, cuma dia bagi tau, pelakon Melayu tu serupa macam pelakon iklan makanan kesihatan “KAYLA bersama kereta merah” yang tersiar kat TV tu.” Apabila aku minta “bahan bukti” member aku bagitau, boss dia tu tak nak beri kepadanya, sebab kata Tokey Cina tu : “ Lu.. ustaz, baik punya orang, mana boleh tengok cerita-cerita macam tu…” Member aku tu termangu-mangu malu !

Entahlah …perangai Ziela, bekas pelakon filem “Tarzan” dengan pakaian ala kulit harimau yang terbonjol bahagian-bahagian sulitnya, boleh dipertikaikan akhlaknya. Kalau dia sanggup terlibat bersama Umi Hafilda dalam konspirasi untuk menfitnah DS Anwar, apalah nak dihairankan sangat cerita-cerita macam ni. Beberapa tahun dulukan dah heboh, “skandal” dia dgn pelakon Ezlan, gossip merekapun dah tersiar dalam akhbar dan majalah hiburan tanahair. Lagipun kalau pendedahan vcd Hishamuddin dikaitkan dengan saingannya Khir Toyo, tidak mustahil pendedahan vcd Ziela ni dikaitkan dengan kem Paklah yang sememangnya tak sehaluan dengan Megat Junid dari kem Mahadir dan Najib.

Peperangan dan perebutan kuasa dalam umno, memungkinkan apa sahaja boleh berlaku, kerana sememangnya Umno bermazhab “Matlamat Menghalalkan Cara.” Kita tunggulah pendedahannya nanti …..!






______________________
Terbitan : 9 Ogos 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]
atau : [email protected]