Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hukum Menghitamkan Uban & Dalil Keafdhalan Solat di awal waktu.

Disediakan Oleh :
Ust. Zaharuddin Abd Rahman
Universiti Al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com

SOALAN : Adakah Hadith yg shohih berkenaan solat di awal waktu

JAWAPAN :

Disertakan kumpulan Hadith berkaitan.

Sabda Nabi SAW :

1- : ( )

Ertinya : Solat di awal waktu mendapat keredhaan Allah dan diakhirnya diampunkan Allah . (Riwayat At-Tirmidzi tetapi Al-Albani menyatakannya hadith Maudu) . Imam As-Syafie berkata : Redha Allah krn solat di awal waktu dari kalangan mereka yang baik, kalimah keampunan Allah seolah2 ditujukan kepada golongan yang sedikit lalai.

2- , ( )

Ertinya : Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya ( Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)

3. Nabi SAW bersabda. Ertinya : Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam. ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari)

4. Nabi SAW bersabda : Ertinya : Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau dari malam

5. Nabi SAW bersabda : Ertinya Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya ( Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6. Nabi SAW Bersabda : Ertinya : Lewatkanlah solat fajar , kerana ia lebih agung ganjarannya ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie , Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bgmnpun Al-Haithami menyatakan dlm rawinya terdpt Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bgmnpun terdpt beberapa hadith yang lain yg dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu , dikemukan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi : Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dgn hadith yg keenam di atas. Bgmnpun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.

Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki : Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie : Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hanbali : Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Kesimpulan menurut penulis : Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat2 lain yg ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bg waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bg Isyak dan menyejukkan bahang bg Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.

SOALAN 2 Mewarnakan Uban dgn warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?

JAWAPAN :

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain spt merah dll, samada dgn inai dan apa jua pewarna yg dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dgn hadith2 riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dgn perawi yg thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dlm Naylul Awtar.

Bgmnpun ia diikat dgn syarat berikut :-

Pewarna tersebut bukannya jenis yg kekal , jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.

Menggunakan pewarna yg suci dan halal.

Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Spt Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.

Memutihkan rambut iaiatu dgn mengikis warna hitamnya dgn tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

Makruh

Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie spt Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :

a) Sabda Nabi SAW : Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam ( Shohih Muslim)

b) Berkata Ibn Umar ra : Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : Barangsiapa yg mewarnakan rambutnya dgn warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak (Al-Haithami, bgmnpun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bgmnpun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Maien dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

Haram

Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dgn dalil kumpulan pertama tadi.

Harus tanpa Makruh

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mrk :

Sabda Nabi SAW : Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh (Riwayat Ibn Majah, bgmnpun ia adalah hadith Dhoif)

Diriwayatakan bhw sahabat dan tabiein ramai juga yg mewarnakan rambut mrk dgn warna hitam. Antara Saad, Uqbah bin Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing2 yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum

Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith2 ini. Ia sepertiberiikut :

Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yg tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bg kelihatan lebih muda. Tidak kira dari klgn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

Adapun hadith yg mengharuskan adalah dlm keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bg menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.

Sekian,

Irbid, Jordan
18 Jun 2003






______________________
Terbitan : 21 Jun 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com