Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

TDM tersenarai 20 kaunter terbaik BSKL

KUALA TERENGGANU: TDM Berhad (TDM), anak syarikat milik Kerajaan Negeri berada di tempat kedua dalam sektor perladangan dan ditangga ke 17 dari segi prestasi pertumbuhan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) tahun lalu.

Pengarah Eksekutifnya, Raja Haji Idris Raja Kamarudin berkata, TDM diiktiraf antara 20 syarikat terbaik dari segi kenaikan harga di BSKL dan senarai pengiktirafan ini diterbitkan oleh sebuah akhbar berteraskan perniagaan, berbahasa Inggeris 2 Januari lalu.

Katanya, Terengganu berterusan mencatatkan prestasi baik hasil daripada pengurusannya yang cekap dan efisyen sejak kerajaan baru mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Terengganu pada penghujung tahun 1999. Beliau memberitahu demikian ketika menghantar satu kenyataan akhbar melalui faksimili kepada WARTA di sini baru-baru ini.

Katanya, dari 856 syarikat yang tersenarai di BSKL setakat 12 Disember tahun lalu, TDM tersenarai di tangga ke 17 dari segi prestasi pertumbuhan. Akhbar berkenaan melaporkan, TDM telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 49.3 peratus tahun lalu dan menempatkan ia di tangga ke 16 senarai kaunter dengan pertumbuhan terbaik dari 562 kaunter yang terdapat di Papan Utama.

"Dengan kedudukan ini juga bermakna bagi sektor perladangan dari 38 kaunter yang tersenarai di Papan Utama BSKL, TDM duduk di tempat kedua selepas Kulim (M) Berhad yang mencatatkan pertumbuhan 81.7 peratus," kata Raja Haji Idris. Sebelum ini bagi suku tahun ketiga tahun lalu, TDM telah mengumumkan peningkatan nilai aset ketara bersihnya (NTA) sesaham kepada harga RM4.36 berbanding RM2.24 pada Disember tahun 1999 ketika pengurusan baru mengambil alih syarikat.

Katanya, Syarikat yang ditempatkan di tangga teratas berdasarkan pengiktirafan ini adalah NWP Holdings Bhd. yang tersenarai di kaunter perindustrian dengan pertumbuhan 245.8 peratus manakala syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar pula adalah Tongkah Holdings Bhd. dengan kerugian 90.7 peratus dan kini tersenarai di bawah syarat PN4 di BSKL.






______________________
Terbitan : 7 Feb 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com