Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


3 MENTERI BESAR URA-URA LETAK JAWATAN. SKANDAL SEKS MENTERI BESAR KEDAH DAN KETUA MENTERI SABAH PULA AKAN TERDEDAH.

Oleh : Wartawan rasmi laman Reformasi

Berita perletakan jawatan menteri besar ini bukanlah perlu dirungsingkan sangat. Ini adalah kerana semakin banyak yang tua keparat ini meletakkan jawatan, maka sudah pastilah digantikan dengan yang muda-muda. Jika tak ada pun pemikiran reformis dan reformasi , sekurang-kurangnya ada idea yang bagus barangkali, tanpa taksub kepada parti sekalipun. Di Pahang Menteri samsengnya dikatakan akan meletakkan jawatan kerana kuncu-kuncunya tidak menyenangi sikapnya yang suka memberi tanah balak kepada sultannya. Malahan Tengku Arif bendahara dikatakan mengendalikan syarikat keluarga diRaja Pahang. Patutlah sebelum dengan pilihanraya lepas ada pihak yang membawa beg berisi duit untuk disuapkan kemulut rakyat Pahang. Masakan tidak, sultannya bukan sahaja tolong berkempen bagi UMNO, malahan sultan kaki judi inilah yang dibanggakan oleh sesetengah rakyat negeri tersebut. Malahan UMNO jugalah yang memburukkan hubungan antara rakyat dan golongan istana , UMNO jugalah yang menjahanamkan institusi raja-raja kerana raja-raja telah jadi penakut dan dayus selama ini dengan kesenangan yang melimpah ruah.

Di negeri Sembilan pula, walaupun satu negeri pun tidak dimenangi oleh barisan Alternatif , hampir sama keadaan iklimnya sama dengan di Pahang, kerbau pendek ini dikatakan akan meletakkan jawatan. Dua isu ini dikeluarkan oleh dua akhbar yang sama. Satu yang meloyakan menceritakan akan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Pahang, manakala yang akhbar yang menghairankan pula menceritakan mengenai perletakan jawatan kerbau pendek ini.Begitu marahnya sang Menteri Besar ini kerana dihairankan oleh akhbar yang cukup menghairankan. Yang tidak berani disentuh ialah perletakan jawatan oleh Sang PMnya. Kalau dahulu akhbar inilah yang memnyebabkan beliau di atas singgahsananya , kini akhbar yang sama jugalah yang akan menjatuhkan mereka-mereka ini.

Dalam banyak-banyak akhbar, maka akhbar GERAK yang akan dikeluarkan oleh Ahmaf Lutfi akan mendedahkan betapa Menteri besar Perlis akan hubungan skandalnya dengan anak seorang Guru Besar dan hubungan tersebut berlangsung selama 4 tahun, malahan , namanya serta kesemua pendedahan akan dilakukan dalam sedikit masa lagi. Menteri besar Perlis ini sama lah juga dengan Menteri Besar Pahang ini. Dua kali lima sahaja kelakuan mereka ini. Dahulu pun semasa kes Raja-Raja , bangsa Melayu inilah yang kuat kokokannya bagi membela Mahathir, begitu juga dengan kes DSAI, beliau jugalah yang benyak bercakap. Oleh sebab beliau memang suka banyak bercakap, maka elok jugalah sekali sekala kita beri dia bercakap dalam mahkamah atau biar dia bercakap pada penyokongnya , atau kita biarkan dia letak jawatan terus dan seterusnya diam macam menteri-menteri lain yang telah meletak jawatan.

Sementara orang ramai menanti keputusan pendedahan Menteri Besar Perlis, Menteri Besar Kedah eloklah juga bersiap sedia bagi menerima nasib yang sama macam Menteri Besar Selangor, Jika Abu Hassan bersama adik ipar, kini Syed Razak juga jangan sekali-kali menafikan hubungan dengan isteri anak saudaranya yang bernama Syed Ahmad Sobri /panggilan Syed Shukri dan isterinya bernama Syarifah. Sebelum menjadi Menteri Besar lagi, kes Syed Razak ini rancak berjalan. Sementara menghantar anak saudaranya berniaga di Langkawi , Syed Razak bersama dengan isteri anak saudaranya tadi mula memainkan peranan mereka. Kini hanya pendedahan yang lebih lanjut tentang Syed Razak ini yang pernah berkahwin di Thailand sedia menunggu untuk didedahkan.

DiSabah Ketua Menterinya sedang bergelut menafikan hubungan intimnya dengan gadis bawah umur sehingga melahirkan seorang bayi dan disimpan di kawasan pendalaman. Begitu jugalah dengan nasib gadis dari Keningau ini disimpan bagi menutup malu dan pekung didada. Akhirnya semua Menteri yang ada akan didedahkan akan kelakuan mereka. Adalah lebih adil mendedahkan segalanya kerana nasib yang menimpa DSAI bukanlah kerana kesalahannya . Insan Yang berada di Sungai Buloh ini , lambat laun akan melihat sebaris insan yang pernah mentertawakannya dengan kesalahan yang akan jelas terbukti.


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com