Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tanggungjawab Warganegara

Artikel Mana Vision dirujuk. Jawapan kepada gabungan pendidikan untuk semua kaum adalah terdapat di sekolah kebangsaan. Sebenarnya ia telah terkandung di dalam Penyata Razak,niatnya murni tetapi telah diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dan juga kerana dasar perkauman yang kuat di kalangan ketiga-tiga bangsa utama di Malaysia yang tidak dapat menerima Sekolah Kebangsaan kerana bahasa penghantarnya adalah bahasa kebangsaan yang kebetulannya adalah bahasa melayu. ( ini adalah hakikat ). Ia tidak dapat diterima oleh kaum lain sepenuhnya. Sepatutnya sekolah kebangsaan telah lama dikembangkan dan jika ada kelemahan padanya ia patut di perbetulkan. Mereka mengatakan bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, tetapi bahasa kebangsaan diinjak-injak bagaikan tidak laku. Termasuklah orang Melayu yang sudah patah lidahnya apabila lama berada diluar negara dan juga yang berlagak seperti seolah-olah berada di barat walaupun di dalam negara sendiri, tidak dilupakan para menteri yang pasti akan berlagak dengan bahasa asing apabila berhadapan dengan kamera.

Perhatikan sahaja Iklan di TV, NTV dan TV3 Penuh dengan Iklan berbahasa Inggeris. TV2 lagi teruk, 80% agaknya penuh dengan rancangan Inggeris & Hong Kong. Baru-baru ini gazet iklan di NTV menunjukkan yang Filem Kuch Kuch Ho Ta Hei akan ditayangkan pada hari raya pertama. Di manakah sensitiviti pemerintah dalam hal ini. Agaknya yang suka menonton TV kita adalah rakyat AMERIKA, UK & Bangladesh ( Hindustan ) . Apakah GPMS & Suqiu di dalam rayuan masing-masing ada menekankan peri pentingnya cintakan bahasa kebangsaan.Ataupun hanya di mulut dan kertas sahaja. Bahasa jiwa bangsa..... Saya pernah ke Thailand dan Jepun dan menyaksikan sendiri semua rancangan di alih bahasa ke bahasa Siam dan Jepun sehinggakan rancangan yang berupa Smartshop juga di alih bahasa. Saya cuma melihat gambarnya sahaja kerana tak paham . Mereka bangga dengan bahasa mereka. Yang hairannya kenapa ramai juga pelancung yang pergi ke sana. Pelancung pula yang terpaksa belajar bahasa mereka. Di negara kita tidak berlaku perkara tersebut. Semua kaum bersalah di dalam hal ini dan sudah tentu, kerajaanlah yang paling patut dipersalahkan kerana mengamalkan dasar pecah dan perintah, yang menyebabkan semua kaum mementingkan diri masing-masing. Kawan saya ( Mat Saleh ) ketika sama-sama kerja di BP ada juga bertanya, Malaysia ini adakah bahasa rasmi kerana beliau tidak nampak akan kepentingan bahasa rasmi di negara ini. Pada pandangannya, seolah-olah Malaysa tiada identiti tersendiri. Jadi diharapkan agar semua kaum, disamping memperjuangkan rayuan masing-masing janganlah dilupakan mengenai perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan dan cubalah kenang-kenangkan apa yang telah dipelajari semasa di sekolah, ingatkah anda lagi kepada Rukunegara, Lagu Negaraku. Kamera Apo telah membuktikan yang segelintir rakyat bukan Melayu & Melayu tidak tahu menyanyikan lagu negaraku........ Jika tidak tahu, cubalah bertanyakan pada diri sendiri, adakah aku betul-betul setia dan cintakan tanahair ini ?. Tepuk Dada, Tanyalah Selera.

Sekian,

Anak Watan


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 18 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com