Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SAYEMBARA MENULIS SAJAK BERTEMAKAN ‘PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN

Barisan Bertindak Parti KeADILan Nasional DUN Rantau,
48,Kg.Masjid Rantau,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 012-2526238
06-6942142
20.12.2000

Semua Ahli / Pendokong ,
Barisan Alternatif.

Assalamualaikum,

Tuan/Puan,

SAYEMBARA MENULIS SAJAK BERTEMAKAN ‘PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN'

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pertandingan yang tersebut diatas dianjurkan oleh Barisan Bertindak Parti KeADILan DUN Rantau.

Bersama-sama ini disertakan juga syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan untuk tindakan tuan. Diharapkan agar tuan dapat menghebahkan serta mengedarkannya kepada semua ahli dan pendokong BA di kawasan tuan/puan.

Diharapkan juga kerjasama tuan/puan untuk mengalakkan ahli dan pendokong BA di kawasan tuan/puan untuk menyertainya.

Segala kerjasama tuan/puan adalah amat dihargai dan hanya Allah swt sahajalah yang dapat membalasnya.

Sekian,
terima kasih.

PERJUANGAN DEMI MENEGAKKAN KEADILAN SEJAGAT

Yang menjalankan tugas,

Mohd Asri Jamil,
Setiausaha,
Badan Bertinndak Parti KeADILan Nasional
DUN Rantau.

..........................................................................................

SAYEMBARA MENULIS SAJAK BERTEMAKAN ‘PERJUANGAN MENEGAKKAN KEADILAN’

Pengenalan

Dibawah anjuran Badan Bertindak Parti KeADILan Nasional DUN Rantau.

Tujuan

· Bertujuan untuk menanamkan rasa cinta, kasih dan sayang akan agama, bangsa dan negara.

· Menyemai dan memupuk semangat menghargai Pejuang keadilan tanah air.

· Menanamkan semangat perjuangan bagi menegakkan keadilan dalam segenap lapisan masyarakat.

· Mengumpulkan serta menerbitkan hasil penerbitan kreatif untuk menambahkan bahan bacaan berunsurkan perjuangan menegakkan keadilan.

· Untuk mencari dana Parti KeADILan Nasional DUN Rantau.

Syarat-syarat

· Sayembara ini terbuka kepada semua Ahli dan Pendokong BA.

· Ahli jawatankuasa Pengelola tidak dibenarkan menyertai pertandungan ini.

· Sajak mestilah bertemakan ‘Perjuangan Menegakkan Keadilan’.

· Karya mestilah tidak melebihi 2 halaman kertas A4.

· Sajak mestilah asli dan ditulis dalam Bahasa Melayu.

· Hasil ciptaan hendaklah ditulis langkau sebaris pada sebelah halaman sahaja.

· Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka suka tetapi setiap penyertaan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja).

· Semua sajak hendaklah sampai kepada Urusetia Pengelola tidak lewat dari 20.1.2001 jam 5 petang.

· Keputusan akan diberitahu kepada pemenang melalui pos atau telefon.

· Pengumuman resmi tentang keputusan akan diumumkan pada suatu majlis resmi anjuran Badan Bertindak Parti KeADILan Nasional DUN Rantau dalam tempoh yang terdekat dengan 20.1.2001 dan begitu juga dengan penyampaian hadiah juga akan dilaksanakan dalam majlis yang sama.

· Keputusan Panel Penilai dan Juri adalah muktamad dan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan.

· Semua karya adalah menjadi hak Parti KeADILan Nasional DUN Rantau.

· Keratan wang pos tidak boleh digunakkan sebagai bukti penyertaan.

Hadiah

· Sayembara ini memperuntukkan 3 hadiah utama dan 2 hadiah saguhati.

· Setiap Peserta hanya berhak menerima satu hadiah utama sahaja dan satu hadiah saguhati sahaja.

Bayaran Penyertaan

Bayaran penyertaan hendaklah dibuat secara tunai atau kiriman wang atas nama ABDUL HAFIZ MOHD ALI. Dan hendaklah dipalang.

Alamat penyertaan

Setiausaha,
Urusetia Sayembara Menulis Sajak,
D/a Sdr. Mohd Asri B Jamil,
48, Kg. Masjid Rantau,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Keterangan lanjut sila hubungi ;

Urusetia Pengelola
Sdr. Asri 019-3673268 / 06-6942900
Sdr. Hafiz 012-2526238 / 06-6942142
Sdr. Zul 06 –6943430 / 06-6943631

BORANG PENYERTAAN

Nama : _____________________________________________

Alamat :______________________________________________

No. tel :________________________

No. kp :________________________

Umur :________________________

Parti :________________________

Cawangan :_________________________

Bahagian :_________________________

Negeri :_________________________

Jumlah Penyertaan :_________________________

Jumlah Bayaran :_________________________

Bayaran : Tunai / Kiriman Wang / lain-lain___________________

No : _____________________________________________

1. Dengan ini saya mengakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

2. Saya juga mengakui dan bersetuju dengan segala syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan.

3. Saya juga mengakui bahawa keputusan Panel Penilai dan Juri adalah muktamad dan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan.

4. Saya juga mengakui dan mengesahkan bahawa sajak saya ini adalah asli dan hasil ciptaan saya sendiri.

5. Saya juga mengakui bahawa segala keterangan saya ini adalah benar dan bertanggungjawab keatasnya.

Tandatangan : _________________

Nama :_________________

No kp :_________________

Tarikh :_________________

* Sila cetak dan edarkan kepada semua ahli dan pendokong BA.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com