Teori RAHMAN: Siapa Perdana Menteri Kelima

Bapa Kemerdekaan Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah mengetengahkan teori RAHMAN. Menurut Almarhu, Perdana Menteri Malaysia nombor satu hingga enam boleh diramalkan dengan menggunakan huruf pangkal nama mereka. Walaupun ramalan tidak dibenarkan dalam Islam, ramai pemimpin UMNO taksub dengan telahan ini, sungguhpun Almarhum Tunku cuma berseloroh.

Kononnya:

R ialah Rahman Putra, iaitu Tunku sendiri, Perdana Menteri Malaysia yang pertama (Feb. 1955- 20 September 1970) A ialah Abdul Razak Hussain, iaitu Tun Razak, yang menjadi Perdana Menteri kedua (21 Sep 1970 - 14 Januari 1976) H ialah Hussein Onn, iaitu Perdana Menteri ketiga (15 Januari 1976 - 17 Julai 1981) M ialah MAHAFIRAUN bin Mohamed Iskandar Kutty, iaitu Perdana Menteri keempat dan satu-satunya yang bukan Melayu (17 Julai 1981 - masih bertakhta).

Persoalannya, siapakah Perdana Menteri Kelima iaitu yang mempunyai huruf pangkal "A".

Ramai penyokong Reformasi yang berdoa semoga orang itu ialah ANWAR IBRAHIM. Anwar memang digambarkan sebagai bakal Perdana Menteri semenjak pemimpin berjiwa cekal ini menjadi pejuang pelajar di Universiti Malaya tahun 70an dahulu.

Begitu juga, orang UMNO meramal bahawa "A" ialah ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI iaitu Timbalan MAHAFIRAUN. Kononnya, Abdullah begitu yakin akan jadi Perdana Menteri setelah MAHAFIRAUN mengumumkan menyokong Abdullah sebagai penggantinya.

Tiga tahun lepas, ramai yang terkejut apabila ABDUL HAMID OTHMAN mengaku bahawa dia juga mungkin jadi Perdana Menteri. Abdul Hamid membuat ramalan itu sewaktu kenduri perkahwinan anaknya. Kata Abdul Hamid, Malaysia perlukan pemimpin berjiwa ulamak seperti dirinya. Tetapi can Abdul Hamid melepas kerana kalah dalam pilihanraya lepas di tangan Datuk Shahnon Ahmad. Sebagai Senator boneka yang dilantik, Abdul Hamid tidak layak jadi Perdana Menteri.

Kata orang Melaka, ABDUL GHAFAR BABA yang akan menggantikan MAHAFIRAUN. Tetapi pemimpin antik berusia 76 tahun itu teruk sakit lelah dan tidak hadir pun dalam penamaan calonnya pilihanraya lepas. Lagipun, nama sebenar Tun Ghafar bukannya ABDUL Ghafar, tetapi RAPAL Ghafar. Dia menukar nama tersebut setelah masuk Maktab Perguruan Sultan Idris kerana malu bernama India.

Tetapi, menurut ramalan saya, Perdana Menteri Kelima ialah DAIM ZAINUDDIN. Ini adalah kerana nama sebenar Daim ialah ABDUL DAIM BIN ZAINUDDIN. Semua adik-beradiknya mempunyai nama bermula dengan "Abdul" tetapi Daim menggugurkan "Abdul" itu kerana Abdul Daim tidak ada makna yang baik.

Menurut ramalan Far Eastern Economic Review, Daim bersedia mencabar Abdullah sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Nampaknya Abdullah Badawi akan melepas. Mustahil MAHAFIRAUN akan menyokong Abdullah yang pernah menentangnya tahun 1987 dahulu, sedangkan Daim kawan MAHAFIRAUN sejak jutawan itu berusia dua belas tahun lagi!

Sama-sama kita lihat keputusannya!

- Nujum M.N. Rosdi,
28 Dis 99

Dipetik daripada MAHAFIRAUM