SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Rupanya Artiste Ras Adiba Radzi menipu orang ramai.

Assalamualaikum wm wbt,

Rupanya Artiste Ras Adiba Radzi menipu orang ramai.

Saya memohon doa’ kepada Allah SWT agar saya dan keturunan saya tidak akan menipu, lebih-lebih lagi penipuan seperti yang dilakukan oleh Ras Adiba Radzi keatas orang ramai. Saya akui saya hampir tertipu oleh Ras Adiba Radzi. Saya berasa simpati melihat gambar beliau terbaring dalam akhbar kononnya lumpuh dan tidak berduit untuk menjalanani pembedahan tulang belakang di Australia kerana kononnya Malaysia tidak punyai kepakaran perubatan dan doktor-doktor yang layak. Tidak terlintas bahawa anak Pak Radzi ini sebenarnya berlakun dan berniat untuk menipu orang ramai. Kalaulah orang tua Ras Adiba Radzi sudah meninggal dunia alangkah seksanya roh mereka didalam kubur kerana fitnah anak mereka itu.

Seorang rakan saya yang kenal Ras Adiba Radzi bertegas bahawa artiste dan pengacara TV tersebut adalah seorang yang kaya, berkereta mewah Porsche bernilai lebih RM1 juta dan juga motorsikal besar Harley Davidson. Oleh itu sikap Ras Adiba Radzi meminta sedekah dari rakyat itu bukan saja amatlah memalukan tetapi boleh dikira satu penipuan besar keatas orang ramai. Sepatutnya Ras Adiba Radzi menjual kenderaan-kenderaan mewahnya itu untuk menampung kos rawatannya di Australia, dan tidak minta sedekah dari orang ramai. Lagi pun pembedahan yang hendak dijalani oleh Ras Adiba Radzi di Australia boleh diperolehi di Kuala Lumpur.

Mendengar kata-kata rakan saya itu, maka saya telah membuat sedikit risikan, dan mendapati bahawa memangnya benar Ras Adiba Radzi seorang yang kaya. Maka terencatlah niat saya untuk menghulur sedikit sedekah kepada artiste tersebut. Untuk menyelamatkan orang ramai dari ditipu bulat-bulat oleh artiste dan pengacara TV itu, maka saya telah menulis kepada pihak media arus perdana. Tetapi seperti biasa media arus perdana menyebelahi kejahatan dan meneruskan usaha merayu (menipu) bagi pihak Ras Adiba Radzi.

Sekarang terbukti bahawa Ras Adiba Radzi telah menipu orang ramai dan banyak pihak yang telah bersubahat didalam penipuan tersebut. Media arus perdana seperti biasa telah sekali lagi bersubahat dengan usaha menipu orang ramai. Lakonan dan penipuan Ras Adiba Radzi itu begitu pintar dan licik hinggakan Perdana Menteri Dr Mahathir turut kena tipu.

Yes. Perdana Menteri Malaysia turut kena tipu. Inilah bahana bila golongan artiste disanjung tetapi agama Islam dan para ulamak dihina. Ha, ha.

Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya. Kita makhlok yang dijadikanNya hanya boleh membuat rumusan-rumusan sendiri yang mungkin betul atau pun mungkin salah dari sesuatu musibah itu. Mungkin dari musibah penipuan oleh Ras Adiba Radzi ini sebenarnya Allah SWT ingin memberi beberapa iktibar untuk direnungi oleh rakyat Malaysia.

Iktibar yang pertama. Kerajaan UMNO-BN telah memuji golongan para artiste tetapi dalam nafas yang sama telah mengkeji serta memaki hamun golongan para ulamak. Maka mungkin dari episod penipuan Ras Adiba Radzi ini Allah SWT ingin memperlihatkan kepada umat Islam di Malaysia ini bahawa golongan artiste ini adalah golongan yang jijik, dan pemerintahan UMNO-BN yang mengagong-agongkan para artiste adalah kerajaan yang jijik. Ini suatu kes klasik “birds of the same feathers, flock together.” Yang jijik bersama-sama yang jijik. Maka rakyat yang mengundi kerajaan UMNO-BN yang jijik itu tergolong dalam golongan yang jijik jua.

Iktibar yang kedua. Episod penipuan Ras Adiba Radzi menunjukkan bahawa kerajaan UMNO-BN bukan saja penipu tetapi adalah pemerintah yang kejam. Satu ketika dulu tahanan politik, saudara Anwar Ibrahim yang dikurung di Sungei Buluh telah minta untuk untuk menjalani pembedahan keatas tulang belakangnya yang cedera yang boleh mengakibatkan kelumpuhan di Jerman, atau menjalani pembedahan tersebut di Malaysia dengan dibawa masuk kepakaran dari luar negara.

Permintaan Anwar Ibrahim adalah atas belanja sendiri dan tidak melibatkan satu sen duit kerajaan atau pun duit orang ramai. Tetapi dengan kejamnya kerajaan UMNO-BN telah menolak permintaan Anwar itu dengan alasan Malaysia mempunyai kepakaran dalam pembedahan tulang belakang. Mengapa pula dalam kes tulang belakang Ras Adiba Radzi ini pula dikatakan Malaysia tiada kepakaran? Mungkin episod penipuan Ras Adiba Radzi ini cara Allah SWT untuk mengingatkan rakyat kembali kepada kekejaman dan kebinatangan kerajaan UMNO-BN terhadap Anwar Ibrahim.

Satu lagi iktibar dari episod penipuan Ras Adiba Radzi. Apabila rakyat terus memilih pemerintahan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya yang menghina dan menindas Islam, yang menipu serta melakukan rasuah dan pecah amanah dengan berleluasa, maka segala kejahatan itu menjadi sesuatu yang dianggap baik. Golongan professional seperti doktor-doktor dan pakar-pakar perubatan pun turut terjerumus dalam kancah kekotoran. Golongan professional kebanyakannya menggunakan professionalisme mereka untuk bersekongkol dengan pemerintahan kesyaitanan Dr Mahathir dalam menipu rakyat. Segala-galanya di negara ini menuju kepada kejahatan, keburukan dan kehancuran kerana inilah yang dipilih oleh rakyat sendiri. Maka bila memilih syaitan, maka hasilnya adalah kesyaitanan.

Akhir kata Allah SWT saja yang maha mengetahui. Kita hanya boleh merumus dan membuat iktibar.

Maaf kalau saya menyifatkan kerajaan Dr Mahathir dan pemerintahan UMNO-BN sebagai kesyaitanan, kejam, penipu, kebinatangan, perasuah, pecah amanah dan sebagainya. Saya jenis yang suka kata benar, kalau hitam itu, maka saya akan kata hitam.

Kalau ada yang membaca artikel ini mengata saya terlalu kuat menghentam Ras Adiba Radzi, maka ingin saya ingatkan bahawa Ras adiba Radzi telah menipu orang ramai. Perbuatan Ras Adiba Radzi yang sangat jikik itu boleh menjejas pungutan derma bagi pesakit-pesakit dari golongan miskin yang benar-benar memerlukan derma orang ramai untuk mendapat rawatan. Kepada Ras Adiba Radzi janganlah letak agama itu dicelah kangkang anda. Bertaubatlah. Mohonlah ampun dari orang ramai.

Tarabulsi

4 Ogos 2002.







______________________
Terbitan : 5 Ogos 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : [email protected]