SUMBANGAN KEWANGAN :
Bank Islam Cawangan Dungun
No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan :
Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
(Meneruskan usaha dakwah & jihad filsabillah)

Tranung Kite dot net

Kem Cador pusat pemulihan dadah cara Islam

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHMAD

MARANG: Kerajaan Negeri meluluskan cadangan menubuhkan sebuah Pusat Latihan dan Seliaan PEMADAM negeri Terengganu di Kem Cador, Pengkalan Berangan di sini dan mula mengambil pelatih mulai julai depan. Pegawai Tadbir PEMADAM, Encik Mohd. Nordin Ibrahim berkata, kawasan seluas 110 ekar itu bakal menjadi sebuah tempat pusat latihan serta rawatan secara Islam bagi penagih-penagih dadah di negeri ini.

Katanya, Kem Cador sebelum ini menjadi pusat latihan bina semangat dan rekreasi yang terletak di kawasan pendalaman 20 kilometer dari bandar Marang. "Pihak PEMADAM negeri telah mengambil alih pengurusan Kem Cador pada 1 Jun tahun ini selepas mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 April lalu," katanya kepada WARTA.

Katanya, pusat tersebut akan menjalankan rawatan pemulihan dadah secara Islam. Pelatih terbabit akan diberikan latihan keagamaan serta kemahiran dalam tempoh satu setengah tahun. Menurutnya, 30 orang pelatih awal akan diambil antara bulan Julai, Ogos dan September tahun ini. "Setiap pelatih dikenakan bayaran pendaftaran RM200 dan yuran bulanan RM250 sebulan," ujarnya.

Antara syarat lain, pengambilan pelatih adalah secara sukarela, tempat terhad serta mempunyai komitmen dari kalangan ibu bapa masing-masing. Sesiapa yang berminat boleh hubungi pegawai terbabit di talian 018-895 3516, 012-957 6233 (En. Nordin).







______________________
Terbitan : 18 Julai 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com